Inche Kacak + Puan Chantik

Thursday 2 February 2012

Super Teenage Girl Bab 3

Penulis:CloveriQ 

 
 

     "HAN!KAU DUDUK la elok elok sikit.Sempit tau tak!"Are-yee menggesa sedikit tubuhnya menolak Han.Han buat muka blur.
     "Kau ni,nak besar mana lagi.Kau fikir kau mandat besar."
     Are-yee menjelir lidah.Karate satgi kang!
     Han akur.Dia memang jenis bertolak ansur pun.Biarlah.
     "Kau boleh tak duduk tu biar beradab sikit.Kangkang je kerja."Am`na memarahi Nur.
     Nur mencebik.Lemak berkrim kau tengking aku dalam kapal terbang ni yer.Nanti kau,balik nanti aku balas dendam punya!
     Ci-Fak memandang belakang.Hem,semua yang datang ni semua orang Melayu cuma buat dekat luar negara je.
     "Nama awak?"Tanya orang sebelah Ci-Fak.
     "Shifak.Call me Ci-Fak."
     Gadis di sebelahnya tersenyum.
     "Hayani.Just call Yani.You group mana?"Yani menyoal lagi. 
     "Ar,dengan tu dengan ni,tu,tu,tu."Ci-Fak menunjuk kepada Yani.
     "Dah kenal?"
     "Nama tahu la."Ci-Fak tersengih.
     Di kapal terbang itu,memang riuh dengan suara tidak berpuas hati.Biasalah,belum kenal sesama sendiri.Mula la nak tengking tengking.


     "EWAH!BESTNYER dah sampai."Are-yee tersenyum lebar.Mereka membawa beg mereka masing masing ke dataran.Ada ceramah.Cair jugak tahi telinga aku nanti,gerutu Are-yee.
     Am`na melepas keluhan berat.Meletop jugak telinga aku nanti,Am`na menggeleng geleng.
     "Pehal kau mengeluh ha?"Han mencebik pada Am`na.
     "Ceramah la satgi."
     "Banyak la kau punya ceramah.Ni bukan ceramah,yang ni nak perasingkan kumpulan dengan si FC."Han menepuk bahu Am`na.
     Am`na tersengih.Sengih jer la.Nampak natural sikit.Buat malu aku je.
     Nur tersengih.Hensem la plak mamat yang conduct kami semua nanti.Nur menjerling tag nama lelaki itu.Muhammad Hasif.Waduh!Tergugat iman pulak.
     "Woih!"Sergahan Are-yee buat Nur tersedar dari angaunya.
     "Kau ni.Aku tengah melayan perasaan tadi."Nur tersengih.
     "Yang kau dok perhati mamat tu apa pasal neh?"Are-yee menolak belakang Nur.
     "Kau ni la.Cara kau tolak belakang aku ni buat aku teringat dekat seseorang la."Nur menggaru garu kepalanya yang tidak gatal.
     "Saper?Balak kau ker?"Are-yee tersengih.
     "Tak.Budak aspura yang aku curi curi masuk kat aspura malam malam."Nur segera menutup mulutnya dengan tangan kanan.Alamak!Kantoi beb!
     Are-yee terlopong.Aspura?Gila punya budak.
     "Kau biar betul?"Suara Are-yee yang kuat itu dapat didengar oleh semua yang hadir itu.
     Semua memandang mereka berdua.Are-yee menutup mulutnya pulak.Hadoih!Malunya.
     "Ar..yang berdua tu harap senyap sikit yer.Jangan terlalu excited sangat."Encik,oh tidak..muda lagi.Hasif menegur mereka berdua.Are-yee dan Nur sekadar mengangguk kecil.
     "Okey,semua duduk dalam kumpulan.Bincang,siapa yang akan jadi ketua dan penolong.Nanti fasilitator kamu semua akan pergi ke kumpulan kamu."Hasif mengangguk kecil sebelum pergi ke tempat lain.
     Mereka duduk di dalam kumpulan.Ci-Fak memerhati sekeliling.Semua sekali ada 10 kumpulan.Ramai jugak tu.Setiap kumpulan ada 5 orang.Kemudian Ci-Fak memfokuskan kembali pada kumpulannya.Dia memerhati setiap satu persatu.
     Semua macam tak bagi respon je.Semua dengan melayan perasaan sendiri.Bila kita nak bincang ni?Ci-Fak tidak berani nak bercakap.Malu!
     "Kau ni.Citer sikit dekat aku macam mana kaki kau yang takder insuran tu boleh jejak aspura tengah tengah malam."Perlahan suara Are-yee menuturkan seolah olah berbisik.
     "Hari tu,aku.."Suara orang sedang berdehem di belakang Nur mematikan suara Nur untuk terus bercakap.
     "Ni dah bincang ke?"Hasif memeluk tubuh.Pakai spek pulak.Hak amboih!Hensemnya.Nur memandang Hasif.
     Semua diam.Nur pulak masih ralik memandang Hasif.
     "Saya tanya ni!Dah bincang ke belum?!"Suara Hasif agak meninggi.Sampai semua kumpulan memandang ke arah mereka.
     Ci-Fak mengetap bibir.Han tunduk.Am`na menggaru garu kepalanya.Are-yee mencuit pinggang Nur.Nur pula ralik memandang Hasif.Dari tadi tak lepas lepas.
     "Dengar ke tak ni!"Hasif mula menjerkah.Nur tersentak.Mak ai!Harap muka je hensem,garang nak mampos!Pigidah!
     Nur menggeleng."Kami tak bincang lagi."Jawab Nur berani.
     "Jadi,kenapa ada yang bersembang?"Hasif mengangkat kening kanannya.
     "Mengeratkan ukhwah dulu sebelum buat tindakan."Bidas Nur.
     "Banyak la ko punya ukhwah!"Hasif mula baran.
     Hasif memandang sekeliling.Semua memandangnya.Ada juga yang tergelak gelak mendengarkan jawapan dari Nur.
     "Yang lain bincang dalam kumpulan cepat!"Hasif masih belum habis habis marah.
     Yang lain semua berpaling dari memandang Hasif.
     "Dan,kumpulan kamu ni,sewaktu habis aktiviti dan yang lain nak tidur,kamu kena jumpa saya dahulu.Ada denda!"Hasif tersenyum sinis sebelum meninggalkan mereka yang terpinga pinga.
     Nur tercengang.Yang lain terlopong.Tengah tengah malam nak buat denda?
     "Dah,dah.Jom bincang cepat.Kang nanti kena double denda pulak."Han memberi arahan.Serik sudah selepas kena jerkah.
     "Okey,sekarang siapa nak jadi ketua?"Am`na bertanya.
     Semua diam.Konfem la tak nak!
     "Okey,kita buat lat talilat laili tamplum."Are-yee memberi cadangan.
     Put,put,put.Rasa macam nak tersembul je Han dengan Nur dibuatnya.Ahaha!Ci-Fak mengusap belakang Han.
     "Jangan ketawa la.Nanti kena jerkah sekali lagi alamatnya demam seminggu la."Ci-Fak berbisik.
     Are-yee memandang dengan matanya yang mencerun.Terdiam Nur dibuatnya.Tapi dia cuba menahan dengan mengambil sapu tangan di dalam poket seluarnya dan diletakkan pada mulutnya.Mak ai!Meletup jugak aku tahan ketawa ni.
     "Be serious k."Are-yee bersuara serius.
     Walaupun semua macam ketakutan,tetapi masih terdengar bunyi orang menahan ketawa.Are-yee memandang orang disebelahnya.Nur masih lagi menahan ketawa.Nak tak nak aku kena tahan jugak!Mampus aku macam ni.Buat keluar akhbar nanti ` Gadis mati menahan ketawa yang dibuat temannya.Lat talilat laili tamplum.`
     "Nur!"
     "Okey okey.Sorry la."Nur sengih.
     Mereka pun buat lat talilat laili tamplum.Ketuanya,Han!
     Dibuat sekali lagi,penolongnya Ci-Fak.
     Am`na,Nur dan Are-yee ketawa.Muka mereka berdua macam tak percaya jer.
     "Nasib aku tak dapat.Aku sebenarnya bukan nak datang sini pun tapi dah sebab mak aku paksa,aku buat.Anak mithali la katakan."Are-yee mengusap-usap dadanya.
     "Aku lagi mithali la dari kau.Aku datang sini tak payah kena paksa pun."Nur mencebik.
     "Okey,pemilihan sepatutnya sudah selesai.Fasilitator akan masuk dalam kumpulan kamu semua.Perkenalkan diri.Dan berikan nama kumpulan.Fasilitator akan bincang sekali dengan kamu semua."Cikgu Nabila memberi arahan.Yang lain mengangguk.
     Mereka berlima menunggu bosan.
     Harap harap tak dapat Hasif tu.Mereka berlima berdoa dalam hati.
     "Assalamualaikum."
     Gadis berlima menjawab salam.
     "Ni fasilitator kami ker?"Am`na bertanya.
     Lelaki itu mengangguk.Nur dan Are-yee menginjak sedikit ke belakang supaya fasilitatornya boleh duduk.
     "Terima kasih."Lelaki itu tersenyum dan duduk.
     "Urm...kumpulan kamu semua ni kumpulan yang ke 7 tau.Jangan lupa.Okeyh.Sekarang perkenalkan diri,beritahu nama,dengan cita cita.Dan satu lagi nickname."Lelaki itu masih tersenyum mekar.
     Alhamdulillah,dapat yang mesra amat!Gadis berlima itu bersyukur dalam hati.Rasa macam nak buat sujud syukur dekat sini plak.
     "Erm..dimulakan dengan gadis sebelah kiri saya ni.Yang cantik ni."Are-yee tersentak.Terkembang la jugak.
        Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
        Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
        Sujud syukur padamu atas segala cinta
     Are-yee ketawa dalam hati.Merepek la aku ni.Dia tersengih.
      "Ar..nama penuh saya Nasreen Afrina Binti Tan Sri Shuib.Cita cita saya nak jadi jurukamera.Boleh panggil saya Are-yee."Are-yee senyum.
     "Nama saya Nik Nora Amalina Binti Nik Ahmad.Cita cita nak jadi saintis.Nickname,Am`na."Am`na sengih.
     "Nama saya Tengku Hanan Assyakirin Binti Tengku Hamid.Cita cita nak jadi doktor.Urm..boleh panggil Han."Han menggaru kepanya yang terasa gatal.
     "Nama..nam..nama Nurul..Shi..Shifak Amrina Bin..Binti Mohd..Nor."Tergagap gagap Ci-Fak menuturkannya.Lima kepala lipat maut memandangnya.Wow!Nak sebut nama pun seminit.Jenuh la.
     "Shifak jangan takut.Jangan ketar.Anggap ni keluarga.Okeyh?"Fasilitator itu tersenyum ceria.
     Fuh!Punya baik fasilitator kumpulan aku ni.Kalau Hasif tu yang yang jadi fasilitator tu agak agak dia kata aper?Are-yee membayangkan.
     "Ko cakap tiga perkara tu pun dah setengah jam.Cakap jer la!"Jerkah Hasif.
     Are-yee menggeleng.Gi-la!Ni nasib dapat mamat peramah yang hensem ni.Are-yee sengih.
     "Minta maaf.Cita cita saya nak jadi pensyarah.Nick name Ci-Fak."Muka Ci-Fak memang merah menyala.
     "Nama saya Syazwanuri Adilla Binti Dato` Shukeri.Cita cita nak jadi CEO.Boleh panggil saya Nur je."
     Lelaki itu tersenyum. "Nama penuh Syed Izzaq Zaqwan Bin Syed Johari.Cita cita nak jadi Pilot.Sekarang tengah dalam proses ni.Boleh panggil Izzaq."Izzaq senyum kembali.
     "Abang Izzaq umur berapa?"Are-yee berani bertanya.
     "Ar..25.Tapi,tak payahla panggil abang.Izzaq je."Izzaq tersenyum lagi.Waduh!Tak larat dah la tengok senyum tu.
     "Ouh..saya pergi toilet jap.Bincang nama kumpulan."Izzaq bangun dan berlalu pergi.
     Mereka sendiri pun hairan.
     "Ah!Macam mana aku boleh rasa tak malu dengan lelaki tadi sedangkan aku ni pemalu dengan lelaki."Nur bercakap perlahan.Dia jadi kaget.
     "Aku boleh jadi mesra plak dengan dia tadi padahal aku ni ganas dengan lelaki."Are-yee menggaru garu kepalanya yang tidak gatal.
     "Aku bercakap straight je tadi kan?Padahal aku ni jenis tak reti berkomunikasi dengan laki.Cakap main bedal jer."Am`na cuma buat muka blur.Biarlah.
     "Aku memang jemu dengan laki la."Han menutup mulut menahan kuap.
     "Aku memang tercengang tadi.Tapi lepas dia bagi nasihat,terus boleh."Ci-Fak mengeluh.
     Mereka melayan perasaan masing masing.
     "Urm..semua ni dah bincang ker?"Izzaq kembali dan duduk.
     Semua terkejut.Alamak!Tak bincang aper lagi ni.
     "Takperlah.Macam tak bincang je lagi.Okey takper...Jom bincang."Izzaq senyum mekar.
     "Tadi waktu habis balik dari toilet,saya ada jumpa satu nama kumpulan dekat buku laporan tahun 1988.Ada kumpulan nama Super Teenage Girl.Nak ambik tak?"Izzaq menyoal.
     Semua mengangguk.Malas nak fikir,ambik sajalah.
     Dan...ukhwah kami rasanya makin erat.Mereka tersenyum.
    
           
      
     
     
      
     

Ditaip oleh tuan rumah!Follow yuk! :D