Inche Kacak + Puan Chantik

Saturday 26 November 2011

Super Teenage Girls Bab 1

Penulis:CloveriQ

              

     CI-FAK TERMENUNG.Teringat kembali sewaktu kecilnya.Yang mana laki tu boleh buat dia anti dengan lelaki.Hum...
Di balkoni rumah,dia termenung mengimbau kembali ketika kecilnya.
     "Argh!Jangan la kejar lagi!"Ci-Fak terkocoh kocoh lari.Di dalam semak hutan itu,dia penat.Tapi digagah sedaya upayanya.
     "Kalau macam tu Shifak,janganlah lari!"Akram tersengih mengejar Ci-Fak.
     Bila leka,tanpa sedar kakinya tersadung pada sebuah batu.Dia pun tersungkur.Ci-Fak memegang kakinya.
     Akram menghampiri.Akram tersentak.Dia memegang kaki Ci-Fak.
     "Sorry."Hanya itu yang dilafazkan.Segera Akram mengambil sapu tangan dari poket seluarnya.Dibalut luka gadis itu.Wajahnya jelas kelihatan risau.
     Ci-Fak sekadar memerhati.Takkan nak marah kut.Setelah selesai membalut,dia berpaling ke belakang.Badannya juga turut berpaling.Seolah olah hendak mendukung.
     "Eh?Nak dukung ker?"Ci-Fak terpinga pinga.
     "Yer la.Habis?Nak Akram heret sampai rumah ke?"Kata Akram sambil ketawa kecil.
     Ci-Fak menturuti.Dharurat dah ni.Kena ikut je.
     Akram mendukung Ci-Fak sambil tersengih.
     "Sorry kalau berat."Ujar Ci-Fak.
     "Tak per.Akram ni kuat la.Lain la kalau berat Shifak macam gajah."Ketawanya meletus.Ci-Fak hanya mencebikkan bibir.Dah macam tikus mondok je.
     Akram mendukung Ci-Fak sampai la kerumah Ci-Fak.
     Kelibat Linda sedang berulang alik di depan rumah Ci-Fak membuatkan Ci-Fak mengangkat kepalanya yang selama ini dibenamkan di atas bahu Akram.
     "Akram!Tadi I pergi rumah you.Ibu you kata you takder.Ibu you kata you pergi rumah Shifak!Eh Shifak!You ni kenapa?Sampai nak kena dukung pulak."Kata Linda seolah olah tidak berpuas hati.Dia memeluk tubuh sambil mendengus.
     Tanpa menjawab pertanyaan Linda,Akram mendukung Ci-Fak masuk ke dalam rumah.Akram tidak menghiraukan keadaan Linda yang sedang terpinga pinga itu.
     Hey Shifak!Ko pehal?Kau tau kan yang aku ni dah lama syok dekat Akram tu.Yang kau cuba cuba rapat dengan dia apehal?Kau tengok yer Shifak!What you give,you will get back.More!,gumamnya rendah.
     Ci-Fak tunduk.Malu pun ader la jugak.
     "Okey?"Tanya Akram setelah selesai menyapu ubat.Ci-Fak mengangguk kecil.
     Akram sekadar senyum segaris.
     "Rasanya,awak boleh balik dah Akram.Takut ibu awak risau je."Ujar Ci-Fak perlahan.
     "Eh,ni kira menghalau ker ni?"Akram masih tersenyum.
     "Sepupu sepapat menghalau je."Selamba Ci-Fak menuturkan.Akram sengih.
     "Okeylah.nanti Akram datang lagi."Dia mencapai tangan Ci-Fak dan mengucup dahi Ci-Fak.Tersentak Ci-Fak dibuatnya.
     Ci-Fak tersedar dari lamunannya.Eii!Geli plak bila teringatkan.Bukan sekali dua laki tu buat.Dia mengeluh.Sampai sekarang,aku tak suka bila jumpa laki.

     HAN MENGELUH.Abang abangku dah balik.Mesti kena berleter je ni.Han memandang sekeliling ruang tamu.Gi-la!Semak nak mampus!Adik adiknya pula ada yang terbengkalai dekat lantai.Yang lain tengah lawan patung.
     Zikri masuk ke dalam rumah.Dia seperti teramat terkejut.Eleh!Macam tak biasa pulak mamat nih.
     "Kau tak jaga adik ker?"Soal Zikri.Han kaku.Angguk pun tidak,geleng pun tidak.
     "Rumah pun semak!"Zikir pulak berleter.Hadoi!Mentang mentang la korang berdua ni kembar,semua nak sama.Kalau sorang berleter,sorang lagi pun nak berleter ke!
     "Argh!Lantaklah!Korang pikir senang ke nak jaga adik adik yang perangainya super power hyperactive!Dah la aku ni pompuan sorang."Han menggeleng.Keempat empat adiknya,semua laki.Jenuh la dia nak menjaga.
     "Biar la!Sekarang aku nak kau buatkan air.Kawan aku datang.5 orang."Zikri mengambil patung patung yang berterabur di lantai.Diletakkan di dalam kotak.
     "Kawan kau,kawan aku jugak!"Sampuk Zikir.
     Han memandang bosan.Bertekak la korang!
     "Tambah aku dengan Zikri.Tujuh!"Kata Zikir.
     "Tambah kami empat orang,sebelas."Sampuk Amin mewakili adik adiknya.
     "Arh!Korang berempat ni pergi minum dekat dapur jer la.Ni minuman VIP sahaja!"Ujar Zikri.
     Ouh!VIP yer?Terangkat sebelah kening Han.Special punyer!
     Han masuk ke dapur manakala abang abangnya itu menjemput teman teman mereka.Abang aku kata VIP yer.Dia membancuh air.Diletakkan air di setiap cawan.Diambil garam dan dimasukkan ke dalam dua cawan.Special untuk abang abang aku la katakan.Dia mengacau dengan sudu.
     Hem..teringin la nak buat jenayah sikit.Dia mengambil tiga cubit garam dan dimasukkan ke dalam satu cawan lagi.Tengok la saper terkena!Hidung Han dah macam nenek kebayan sambil ketawa mengilai.
     Dia mengusung talam itu ke ruang tamu.
     Hingar betul keadaan ruang tamu itu.Gamat dengan ketawa.
     "Ar,minum!"Selamba Han menuturkan.Semua mata tertancap padanya.
     "Minum air,bukan saya."Meletus ketawa mereka semua.
     Sedang yang lain ketawa,ada pulak sepasang mata yang belum lagi beralih memandangnya.Lelaki yang memakai topi Nike.
     "Cukup cukuplah pandang adik aku tu Iz!."Zikir ketawa kecil.
     Aizuddin sengih.
     Oh!Kau usyar aku ye tadi,siap kau!
     Han memberikan tiga cawan berisi garam itu kepada kedua abangnya dan lelaki yang dipanggil Iz tadi.Yang lain diserahkan seperti biasa.
     "Minta diri dulu."Han berpaling sambil tersenyum sinis.Gempak ar!
     "Adik kau sweet la."Kata Azmi sambil menghirup air yang dibuat Han itu.
     "Air dia pun sedap."Sampuk Fikri.Yang lagi dua mengiakan.
     Aizuddin tergelak kecil.Dia mencuba meminum air yang dibuat adik kawannya itu.Zup!Tersembul Aizuddin dibuatnya.Lidah korang kena simbah asid ker!Masin nak mampus!
     "Kenapa ni Iz?"Tanya Zikri bimbang.Apalah yang dibuat dek adiknya tu.
     "Tarappapa.Air adik kau tu..sedap sangat."Aizuddin mengelap mulutnya dengan lengan.
     Zikri dan Zikir mencuba.Sedang kawan kawan yang lain menghirup air,mereka tersembul.
     "Ceh korang berdua ni.Aku ingatkan paip bocor."Kata kata Rafiq disambut gelak ketawa teman temannya.
     Mata Zikir dan Zikri dan berapi.Mereka saling memandang.
     "HANAN!"Jerit Zikri dan Zikir.
     Han terkocoh kocoh berlari keluar dari rumah.Waduh!Bala-saurus!Ngeri!

     AM`NA TERPANA.Mesej pertama yang dia dapat pagi tu.
                 Kita berpisah jer la
     Simple dan mudah difahami.Kekasih aku walaupun keliling pinggang,tapi satu pun tak lekat lama.
     "Acece...dapat mesej cinta ye?"Sengih Fiza. 
     Am`na memerhati mesej itu sejenak."Ni pun kira cinta jugak ker?"Tanyanya bendul.Dia menunjukkan mesej itu kepada temannya.
     Terpana Fiza dibuatnya.
     "Lagi sekali ke Amalina?!"
     Am`na tersengih.Dia menjongket kedua dua bahunya.
     Fiza menggeleng.Waduh!Ni dah lebih dua puluh kali dah ni.
     Erk..daripada aku nak kena leteran minah ni,baik aku blah dulu,getus Am`na dalam hati.
     "Pehal kau ni?Kalau kau dah tak suka,janganlah setuju nak jadi awek orang suka hati je."Fiza mula berleter.
     "Entah.Mana aku nak tahu,diorang tu suka aku ke tak.Dah la,aku nak ambik angin kejap."Am`na menolak kerusi ke belakang.Dia keluar dari kelas itu.
     Am`na berjalan menghampiri perpustakaan.Teringin nak masuk.Dia memerhati jam tangannya.Awal lagi.Dia akhirnya masuk.
     Saper tak kenal Nik Nora Amalina Binti Nik Ahmad.Budak pandai!Ngeh,ngeh,ngeh.Dia tersenyum sendirian.
     Dia mencari cari buku yang diminatinya.
     "Hey Amalina!"
     Terkejut dengan sergahan tu,dia berpaling mencari gerangan suara yang memanggilnya.
     "Aku lah,Azrai.Kekasih kau yang ke 15."Azrai bersandar pada rak buku.
     Am`na sekadar mengangguk kecil.Dari 23 kekasih aku,dia sorang je lekat dengan aku sampai sekarang.Tu pun sebab mamat ni ulat buku macam aku jugak.
    "Study?"Ajak Azrai.
    Am`na tersengih.Boleh jugak.
    Am`na menturuti langkah Azrai.
    Whatever I love study.Mungkin ni sebab aku takder kekasih yang tahan lama.Expert sangat belajar.Kalau kekasih ajak dating,mesti aku kata nak study.Huhu..
    Am`na menggeleng.Tapi,ini hidup aku,suka hati aku lah nak buat apa!

    NUR MENYUMPAH SERANAH SESEORANG.Eish!Kalau aku balik nanti,aku benam kau dekat parit belakang rumah!Dasar bala!Nur memerhati sekeliling.Huargh!Abang aku memang gila tahap tak ingat!Boleh pulak dia minta aku suruh tolong dia masuk aspura ambik sampul surat menatang pa ntah.Nur menggaru garu kepalanya yang tak gatal.
    Mentang mentanglah aku ni kembar pasang dia,boleh je sesedap nasi ayam dia minta tolong aku buat kerja gi-la ni!Nur menggeleng.Dia memerhati sekeliling.Nak tak nak,kena buat jugak kerja gila ni.Kang,lagi lama menyorok sampai bila aku tak dapat.Dia terimbau kembali kata kata abangnya.
    "Abang bukannya apa,cuma abang perlukan sangat surat tu.Kalau sampai dekat tangan orang yang tak diingini,mau tak mampus abang nanti!Kalau ikut abang pun boleh buat,tapi abang pergi KL,abang takut kalau orang yang simpan surat abang tu tersilap langkah,memang koma seminggu la abang jawabnya.Please."Rayu Syazwan Azwari atau Wan separuh mati.
    "Nur takut la bang.Masuk aspura tu bukan kerja senang.Kang terkantoi nanti,tak ke naya!"Muka Nur jelas gelisah.
    "Nur tak payah bimbang.Muka kita memang sebijik!"
    Har!Sebijik!Aku bagi sebijik penumbuk dekat kau nanti!Nur menggagahkan kakinya yang sebenarnya tak rela menjejak ke tangga aspura itu.Dia melangkah dengan hati hati.Dan terketar ketar.Dah kes jenayah ber...
    "Woih Wan!Pehal kau ni?Dah macam penjenayah bersiri je aku tengok!"Sergahan Dani mengejutkan Nur.
    Saper Wan?Aku ker?Alamak!Mampus!Aku dah la tak testing suara lagi ni.
    "Kau sakit ker Wan?"Syakir menepuk belakang temannya itu.Nur tergerak ke depan sedikit.
    Lembiknya kawan aku ni,curiga Syakir dalam hati.
    Lantaklah nak jadi hapa pun!Buat je la suara besar aku!Ngee!
    "Ar..aku nak masuk bilik kejap!"Nur buat suara besar.
    Yang lain mengangguk.
    "Ingat,bilik abang tingkat lapan.E00189-KP.Jangan salah bilik pulak."
     Teringat kata abangnya itu.Ahha!Dah jumpa bilik tu!Dia memulas tombol pintu perlahan lahan.Dibuka.Yes!Takda orang!Dia melangkah dan menutup pintu bilik perlahan lahan.
     "Pergi dekat meja yang ada nama Syakir,cari dekat laci dia.Okey!Selesai kalau dah jumpa sampul surat.Boleh balik terus sebab kawan kawan abang semua kepoh."
     Pesanan abang takkan dilupa.Balik terus.Dia bergegas ke meja belajar yang tertera nama Syakir.Ceh!Abang aku tak bagi tau pulak laci yang ke berapa.
     Dia membuka laci pertama,kosong?Laci kedua pula,kosong jugak?Pehal?Atas meja belajar banyak kemain barang.Dibuka laci ketiga.Ahha!Sampul surat.Terus diambil.Jumpa!Rasa macam nak menari kuda kepang je.Huhu..
     "Woi!Kau buat aper tu!"Woow!Sergahan tak cukup insuran tu mengejutkan Nur.Dipaling ke belakang.
     "Ar...Ak..Aku amik barang jap."Nur tersengih.Kalau hayat aku tercabut,aku saman abang aku!
     "Dekat laci aku?"Dia bertanya.Keningnya terangkat sebelah.Alamak!Empunya laci la!
     "Ar..aku amik barang yang aku letak hari tu dekat laci kau."Bedal je la!
     "Huh?"Jelas sekali dia hairan.
     "Aku baru je kemas barang aku tadi,takder pun barang kau."Dia membaringkan dirinya di atas katil.
     Patutlah kosong semacam je laci kau,baru kemas.
     "Erm..hari tu kau kata kau nak bagi benda tu dekat aku.Tapi sampai sekarang pun kau tak bagi bagi jugak.Tu yang aku amik tu."
     "Oo.."
     Nur melepas nafas lega.
     Aku dengar cerita hari tu,Wan pergi KL.Yang boleh terbit dekat sini apehal plak?Kembar dia ke?Hem..
     Dalam sunyi sepi itu,tolakan daun pintu memecah keadaan sunyi sepi.Haziq masuk sambil tersengih.
     "Awal kau balik Syakir?"
     "Saja!Rasa ada aura membunuh dalam bilik tadi,tu yang balik awal tu."
     Tersentak Nur dibuatnya.
     Haziq memandang Nur.Dia menarik kerusi dan duduk.
     "Wey Wan!Aku dengar citer kau ada kembar pasang?"Haziq angkat kening double.
     Nur lama lama mengangguk jugak.
     "Cun tak?"Haziq sengih.
     "Ar..cun..Cantik sangat."Nur tersengih.Sekali sekala puji diri sendiri takperlah.
     Perasan punya minah,gerutu Syakir dalam hati.Dia tersenyum sinis.
     Dia bangun dari pembaringannya dan berdiri.
     "Agak agak adik kau suka tak badan tough macam ni?"Syakir membuka bajunya sambil bercekak pinggang.
     "Ar.."Nur tidak jadi menjerit.Kalau aku menjerit,kantoi la!Syakir dan Haziq tergelak kecil.
     Nur terkocoh kocoh berlari lari anak. "Entah,aku tak tau la pulak.Dahlah.Aku keluar kejap.Ada hal!"
     Selepas keluar dari bilik itu.Dia bergegas berlari ke skuter nya.Malunya!Argh!Rasa nak menjerit!
     Skuternya meluncur laju meninggalkan aspura itu.
     2 jam kemudian....
     "Wan pergi mana woih!"Haziq menyoal Syakir.
     "Balik rumah kut."
     "Biar betul?"
     "Entah la.Weyh,kembar dia tu nama apa erk?"Syakir bertanya dan menuju ke meja belajarnya.Dibuka laci ketiga.Aku dah agak dah,dia tersenyum sinis.
     "Tak tau.Aku dengar orang panggil Nur je.Dah la wei,tidur."
     Syakir menutup lampu bilik itu.Nur.

     ARE-YEE MEMANDANG SEKELILING.Dipandang satu persatu ahli geng gangster yang sedang mengepungnya itu.Dasar cari nahas betul la korang semua ni!
    "Sayang!Jangan la sombong sangat."Ketua geng gangster itu,Amar Afifi merangkul pinggang Are-yee.Ma-hang-kuk betul la mamat ni!Memang nak kena belasah!
    "Aku dah bagi warning jangan kacau aku.Nak patah gigi ke?"Are-yee bersuara sinis.
    Amar tidak berkata apa.Cuma rangkulan itu makin erat.
    Sabar Are-yee dah memuncak.Dia membuka langkahnya.Korang jangan pandang rendah.Aku ni ada tali pinggang hitam taekwondo.Silat lagi,judo,karate.Semua la.
    Dia menendang,menumbuk Amar.Kalau patah kaki,aku tak tanggung beb!
    Amar akhirnya menggelupur di atas tanah.
    "Cium sikit tanah tu!Senak seminggu jugak la kau jawabnya!"Are-yee berpaling meninggalkan mereka semua.
    "Nasreen!Siap kau!Kami bakal balas dendam."Khalif berani bersuara.Ahli ahli yang lain merapati Amar.
    "Kau pun mengidam nak hilang kaki jugak?"Are-yee tidak berpaling.
    Khalif tersenyum sinis.
    Are-yee meneruskan perjalanannya.
    "Kalau korang rasa dah lama hidup,mai la jumpa aku.Sebelum tu,prepare amalam banyak banyak.Aku,tara hal!"Dia tersengih.

    "YE KAK,ni je yang saya dapat."Fazura menyerahkan sampul kepada Puan Hanim yang sedang duduk di atas kerusi ala mandat besar.
     Sampul bertukar tangan.Puan Hanim seperti membelek belek sampul itu.Dia membuka sampul itu.
     "Awak boleh keluar."
     Fazura tunduk hormat sebelum keluar dari bilik itu.
     Puan Hanim mengeluarkan segala kertas yang ada di dalam sampul.Dilihat satu persatu biodata budak budak itu.
    
     1)Nurul Shifak Amrina Binti Mohd Nor
        -Juara hafazan peringkat negeri.Pantang dicabar.Seorang yang anti dengan lelaki.Hatinya mudah terusik.Kuat makan tetapi tetap tak gemuk.Pandai selamatkan diri kalau kantoi.Lompat tinggi dan lompat jauh,memang terror.Nick name nya,Ci-Fak.

     2)Tengku Hanan Assyakirin Binti Tengku Hamid
       -Terror IT.Kekadang terrible jugak sebab pandai hack facebook bagi yang memerlukan.Pernah curi curi membuka peperiksaan akhir tahun sekolah menengah rendah.Suka menyakat.Gagstrik teruk.Ada abang kembar dengan empat orang adik lelaki.Sampai jemu dengan lelaki.Kawan kawannya memanggilnya dengan panggilan Han.

     3)Nik Nora Amalina Binti Nik Ahmad
       -Budak genius.Dengar cerita tak pandai atau berkomunikasi dengan lelaki.Kekasih keliling pinggang tetapi sorang pun tak lekat.boleh menjawab soalan matematik sebanyak 100 soalan hanya dalam masa 5 minit.Khatam bab kimia.Dan sekarang proses khatam Fizik dan Biologi Form 5 walaupun belum Form 5.Nick name dia Am`na.

     4)Syazwanuri Adilla Binti Dato` Shukeri
       -Pandai berlakon dan menyamar.Pernah curi curi masuk aspura.Ada kembar pasang.Pemalu dengan lelaki.Lari laju dan boleh angkat benda berat.Angkat batu yang besar dengan hanya sebelah tangan walaupun badannya kecik aja.Dipanggil dengan singkatan Nur.

     5)Nasreen Afrina Binti Tan Sri Shuib
       -Terror bab ilmu mempertahankan diri.Pemegang tali pinggang hitam taekwondo.Terror judo,silat karate dan macam macam lagi ilmu mempertahankan diri.Ganas dengan lelaki.Pernah melumpuhkan kaki seorang ketua gangster sementara.Orang memanggilnya Are-yee.

     Puan Hanim ketawa kecil.Kelakar pulak perangai gadis gadis ni.Dia akan mencari mereka berlima untuk operasinya berjalan dengan lancar.Dia tersenyum sinis.




    
     
     
     
     
     
     
     
  
     

Ditaip oleh tuan rumah!Follow yuk! :D

Saturday 19 November 2011

Cerpen:Sayang Mungkin Nanti





  Lama tak update blog kan? :) Achakk!Cerpen skit.Cuti panjang~~~

     "Nida`!Cepatlah sikit!Kang lewat pergi sekolah aku salahkan kau."Syamil ketawa kecil.
     "Sabar la Encik Syamil oii!"Nurunnida` terkocoh kocoh turun dari tangga.
     "Pergi sekolah nak belajar ye Cik Nida`.Bukan nak bergaya."
     Nurunnida memandang Syamil tidak berkedip.
     "Ada I pakai lipstick?Eyeshadow?Dan seumpamanya?Takder kan?Tapuk bedak jer sikit."Nurunnida memakai kasut sekolahnya.
     Syamil hanya tersenyum.
     "Dah jom!"
     Mereka berdua berjalan beriringan.Sekali sekala pandangan Nida` tertancap pada mata Syamil yang macam ais batu itu.
     "Kenapa ni?"Syamil menyoal bila terperasankan Nida` asyik memandangnya.
     Nurunnida` menggeleng.
     "Just,I like your eyes!"Katanya seolah olah teruja.
     Syamil tersenyum bangga.
     "Jealous ker?"  
     Nurunnida` menggeleng.
     "Aku lagi cantik dari kau la!"Nurunnida ketawa kecil.
     Syamil membuka buku notanya.
     "Kau nak tulis aper?"Nurunnida` menyoal.
     "Aku tak tulis,aku baca."
     "Aku luku kepala kau kang!."Nurunnida` mengusyar buku nota itu.
     "Ayat ayat jiwang kau ker?"
     "Banyak la kau!Ni nota nak SPM la."
     Nurunnida` mencebikkan bibirnya.
     "Try the best la man!"Nurunnida menampar bahu Syamil.
     "Kau pun walaupun tahun depan,start la dari sekarang.Tak la nak menyesal sangat nanti."
     Yang belum hadir,sukar kita nak merasakan.Walaupun dah diberi peringatan beribu kali.Tapi sukar.
     "Aku tak dapat rasa la."
     "Try la."

     *****

     "Kau ada kekasih?"Tanya Nurunnida`.Kalau ikutkan memang dah lama dia ingin menanyakan perkara itu tapi cuma takut.Entah kenapa dia ada keberanian pada hari itu. Di sebuah pondok di sawah padi,dia punya keberanian diri.
     Syamil yang sedang  membaca nota terhenti dengan ajukan soalan itu.
     Dia tersenyum kemudian menggeleng.
     "Kenapa?Nak jadi kekasih aku ke?"Syamil ketawa kecil.
     Nurunnida` angkat kening double.
     "Aku saja tanya la."
     "Kalau kau nak kau beritahu je la."Syamil memandang notanya.Dia mula berbaring di pondok itu.
     Nurunnida` menggeleng.Takda masa aku nak jadi kekasih jiran yang juga kawan aku.
     "Kita kawan ker?"Syamil pula mengajukan soalan.
     Nurunnida` mengangguk.Tetapi riak wajahnya menampakkan bahawa dia hairan dengan soalan yang baru diajukan tadi.
     "Bagi aku tak."Lembut sahaja suara Syamil.
     Sesak dada Nurunnida` dibuatnya.Maksudnya?
     "Maksud kau?Kita..."
     Meletus ketawa Syamil.Tersentak Nida` dibuatnya.
     "Kita bukan sahaja kawan Nida`,tetapi kita sahabat.Kau jangan fikir dekat lain pulak."Syamil menyambung ketawanya.
     Nurunnida` mencebikkan bibirnya.
     "Sahabat dengan kawan tak sama Nida`.Ingat tu."
     Sementara,fikiran Nida` melayang ke tempat lain.

     *****

     "Buat yang terbaik sahabat!Do the best!"Nida` menolak belakang Syamil.
     Syamil hanya tersenyum simpul.
     "Baca doa banyak banyak."Sempat Nida` memberi pesanan terakhir sebelum Syamil memasuki dewan peperiksaan.
     "Acece...kekasih dia nak SPM la."Usik Kirana.
     "Dia sahabat jer la.Bukan kekasih."Nida` tersenyum.
     "Tapi kau suka dia kan?"Uji Kirana.Dah lama dia perasan tentang perkara ni.
     Nurunnida` menggeleng.
     "Mana mungkin aku boleh jatuh hati dengan sahabat sendiri.Merepek la kau ni."Dalih Nida`.
     "Nida`,hati manusia kita tak boleh sangkal.Tapi gerak geri kau,pertuturan kau pada dia,I think it`s different."
     "That what I say,aku sahabat dia.Bukan kekasih dia.Mungkin betul cakap kau yang aku suka dia tapi,dia anggap aku sahabat dia.Dan..I will try harder to make my heart willing that we were friends."
     "Kau kuburkan perasaan kau?Pergi la mengaku dekat dia."
     "Ko biar betul!Dia tengah SPM tu.I don`t want to disturb his mind.Ala kau ni.Relaks ar..I can."Nida` menghadiahkan senyum tawar.
     Kirana menggeleng.
     Nurunnida` berjalan masuk ke dalam kelas.Dia membuka buku.
     Walaupun matanya tertancap pada isi buku itu,tapi fikirannya melayang ke tempat lain.Setitis demi setitis air matanya turun jua.Tak guna betul!Dia mengelap air matanya.
     "Kau okey?"
     Nida` mengangkat kepalanya.Kemudian dia menggeleng.
     "Kau nak tahu satu benda?"Dani menyoal.
     "Aper?"
     "Kau tahu tak Syamil ada kekasih?"
     Tersentak Nida` dibuatnya.Dia menggeleng.
     "Kekasih dia Junita.Kau kenal kan?"
     Nurunnida` mengangguk perlahan.
     Dan sekarang baru dia benar benar putus asa.
     "Aku tahu kau suka dekat Syamil."Dani berjalan meninggalkan Nida`.

     *****

     "Nida`!Cepatlah.Nanti aku lewat aku salahkan kau."Syamil ketawa kecil.Nida` turun dari tangga.Tetapi dia tidak berpakaian sekolah.
     "Sakit ker?"Syamil bertanya.
     "Aku tak pergi sekolah,demam sikit.Ouh ya..nanti tak perlu la kau datang rumah aku ajak pergi sekolah.Kau nak SPM,takut ganggu jer.Aku kan selalu lewat."Nida` menghadiahkan senyum tawar.
     "Kenapa ni?"
     "Oh.Takder pa perla.Kau pergi je.Aku takut menyusahkan kau.Nak SPM susah nanti."Nurunnida` melangkah masuk ke dalam rumahnya meninggalkan Syamil yang terpinga pinga.
     Nida` berada di hadapan pintu rumah.Dia menangis semahu mahunya.
     Susah kita nak buang semua ni.Sampai kadang kadang dia buat kita seksa sendiri.
     Nida` terlelap.Dia terjaga dengan sentuhan di bahunya.
     "Kau okey?"
     Tersentak Nida` dibuatnya.Macam mana pulak Dani boleh ada dekat sini?
     "Kau buat apa datang sini?"
     "Aku lari dari sekolah tadi."Dani tersengih.
     Nida` tunduk.
     "Sebab aku tengok kau tak datang sekolah."Sambung Dani.Dia memandang Nida`.Semakin merona pipi Nida`.
     Dani hanya tersenyum simpul.
     "Kau tahu,first time aku nampak kau,kau dengan Syamil.Kali kedua pun macam tu.Sehingga setiap kali aku nampak kau,mesti ada Syamil."
     Nida` diam.
     "Sehingga kadang kadang,aku rasa putus asa nak dekat dengan kau."
     "Kau?Kau.."Nida` tidak mampu menyambung.
     "Aku tahu kau faham maksudnya.I hope you understand what I mean it."Dani tidak berganjak.
     "Ouh.Kau tak pernah beritahu aku pun."Nida` tersenyum.
     "Tu sebabnya aku beritahu kau sekarang.Aku tak nak jadi serugi ruginya.Sekurang kurangnya,kalau kau tolak aku pun,aku puas sebab aku dah luahkan."
     Nurunnida` terkelu.
     "Want to be my girlfriend?"soal Dani.
     Lama Nida` terdiam.Kemudian dia mengangguk.Dani tersenyum simpul.
     "Kau buat aku nak meraung la."
     Merah padam wajah Nida`.

     *****

     "Nida`!Kenapa ni?Dari aku SPM sampai aku habis SPM pun kau tak cakap dengan aku.Kenapa?"
     Nida` sekadar menggeleng.
     "Kau ada kekasih kan?"Syamil menyoal.
     Nida` mengangguk.
     "Cakap la apa apa Nida`.Aku rindu la nak dengar suara kau."
     "Kau pergi la dengar suara kekasih kau tu."
     Syamil seperti kehairanan.
     "Aku rindu suara kau sebagai seorang sahabat.Suara yang memberi inspirasi.Ketika aku susah.Ketika aku perlukan motivasi.Ketika aku jatuh.Dan walaupun aku bangun,suara itu tetap ada.Dan bayangkan tetiba ja suara tu sudah tidak lagi kedengaran."
     Kelu lidah Nida` dibuatnya.
     "I need you sebagai seorang sahabat Nida`."
     Mulanya dari sebuah pertemuan dan berakhir dengan sebuah perpisahan.
     
     *****

     Walaupun hubungan aku dah biasa dengan Syamil,tapi sedikit kureng dari sebelum ni.Tak serapat dulu.Maybe sebab aku dah ada kekasih.Ya maybe.Memang,ada cerita antara kita dulu.Tapi semua musnah bila aku dapat tahu kau ada kekasih.Rupanya kau anggap aku hanya sebagai sahabat.Ok.memadai la tu.Hati manusia kita tak tahu.Dan aku pun dah ada kekasih.Dani,peminat dalam rahsia.
     Deringan telefon mengejutkan Nida`.Nida mengangkat telefon itu.
     "Assalamualaikum."
     "Waalaikumsalam."Suara makcik yang tidak pernah didengar sebelum ni.
     "Datang Hospital Aman sekarang.Syamil suruh datang.Dia accident tadi."Makcik itu menangis teresak esak.
     Jantung Nida` mula berdegup kencang.
     
     *****

     "Nida`,aku bukan apa.Accident sampai nak mampus pulak."Syamil ketawa kecil.
     "Kau ni,sempat lagi melawak ye.Aku tengah bimbang ni."
     "Aku dapat tahu yang kau suka dekat aku."
     "Tu dulu,lepas aku tahu kau ada kekasih aku buang la."
     "Aku pun nak buang tapi aku tak boleh buang la."
     "Maksud kau?"Nida` tidak memahami apa yang cuba disampaikan Syamil.
     "Aku ada kanser otak la.Sekarang,doktor sahkan aku dalam keadaan kritikal."Syamil memandang siling.
     Nida` terkelu.
     "Masa aku nak hidup pun mungkin tak lama.Dan aku harap,kau jawab elok elok ya SPM nanti.Aku sayang sangat dekat kau.Dan aku try to be love with you.Tapi aku tak boleh.Kita mungkin boleh jadi sahabat je."
     Nida` terpaku.
     "Okeyla.Aku pergi dulu.Banyak kerja.Nanti aku lawat kau balik yea."Dia tersenyum manis.
     Sebelum Nida` memulas tombol pintu,Syamil berpesan
     "Aku sayang kau.Dan aku harap kau pun sayang aku."
     Aku sayang kau lebih Syamil,sampai aku boleh cintakan kau.Nida` keluar dari bilik itu dengan tangisan air mata.Aku takkan menangis depan kau.Dan aku tahu,walaubagaimanapun aku tahan,nanti kau akan tengok aku nangis jugak depan kau.

     *****

     "Abang.Abang ingat tak lagi ni?"tanya Nida` kepada suaminya sambil menghulurkan sekeping gambar.Suaminya sedang memandu kereta.
     "Mestila ingat.Pengarang jantung sayang kan?"Dani tersenyum manis.
     Nida` diam.Dia memandang gambar itu.Syamil,selamat pergi.
     Setelah sampai ke destinasi yang ingin dituju,Nida` keluar dari kereta.
     Mungkin sudah sampai nida` kau Syamil.Seruan untuk kau kembali.
     Nida` akhirnya menangis di pelukan suaminya.
     Dan aku tahu,kau sedang melihat aku menangis.
     "Sayang,mungkin nanti sayang tahu apa yang terbaik." 
     
     
     
      


     




     
Ditaip oleh tuan rumah!Follow yuk! :D

Sunday 6 November 2011

Sinopsis Making A Love

Haha.Bila bosan,otak ligat buat kerja.Baca jer la!




"Cinta,cinta,cinta!Huh!Gila ke hapa!"Gerutu Hanan.Pesal dekat kolej ramai gedabak yang bercinta!Menyusahkan.Many couple say they cannot life without love but I think we cannot live without air.That`s fact!
"Cik Hanan oii,cinta itu adalah salah satu perkara yang melengkapi.Think!No love no couple!"Terang Julia kepada rakannya itu.
"Girl.Love,love,love.You think that can make you crazy right?Okay,
now we try.You couple with me and you will know how love feel.Orait?If you don`t love me after 3 months,so I agree with your suggestion that love is really crazy.Dan ada syaratnya."Cabar Hilman Zakwan.
-Hanan,gadis yang tidak faham apa artinya cinta.Memanglah,sepanjang hidupnya,cinta tidak pernah dicuit.Berkurung je dalam rumah.Bila meningkat dewasa,dia pulak yang hairan apa cinta itu.Herm...Cabaran dari Hilman Zakwan yang juga sepupu teman karibnya,Julia mula buat dia sesak dada.Kalau aku benar benar jatuh cinta macammana ya?

Dialog Pilihan
"Wey mamat.Aku nak duduk rumah la cuti ni.Malas la nak keluar dengan kau."Hanan menggosok gosok matanya.
"Jom!"Paksa Hilman Zakwan.
"Ko gila ker?Aku dah la tak mandi lagi ni!"
"Kau kan dah cukup wangi!Keluar macam tu pun mesti orang usyar pelik jer.Terlalu wangi bak perfume kan?"Ditekan tekankan perkataan wangi tu.
"Kalau kau kata macam tu lagi dekat aku,aku tak nak ikut."
"Kau ugut aku neh?"
"Taklah.Kau kan suka sangat puji aku.Takkan nak ugut pulak."Sengaja ditekan tekankan perkatan puji itu.Bidas balik.

Dialog Pilihan 2
"Love is beautiful."Hanya itu yang mampu diucapkan di telinga suaminya itu.
"I know Hanan.That I talk from time immemorial you do not believe."Hilman Zakwan mencuit hidung isterinya itu.
"I believe now.Not too late right?"
"Maybe."Hilman ketawa kecil.

Namun,disebalik kebahagiaan itu,masih ada yang cuba mengganggu.Linda,kekasih lama Hilman balik menuntut kasih.Linda seorang yang licik.
"I will get what I want regardless of whatever happens."Tekadnya.

Nanti ana buat citernya :D

Ditaip oleh tuan rumah!Follow yuk! :D

Saturday 5 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha!

     Ha,selamat hari raya ya kawan kawan.Raya nanti bersuka ria la.




Isnin
cari Selasa,
nak tanya nampak tak Rabu,
agar ingatkanKhamis
beritahu,
Jumaat
supaya tak lupa,
mesej kat Sabtu
yang Ahad
dah raya!!!



     Selamat Hari Raya Aidiladha!


(Makan banyak banyak)-pesanan jahat!Jangan ikut
           
-Gendang gendut tali habih,
 Anak cik Ani jatuh tangga,
 Lembu menanti untuk disembelih,
 Selamat Hari Raya Aidiladha.


(style tul!)


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!
Ditaip oleh tuan rumah!Follow yuk! :D

Friday 4 November 2011

Sinopsis Aku Bukan GG!

Novel ni terfikir jalan ceritanya time jawab Pai(Pendidikan Islam),ana ada periksa akhir tahun.Gempak betul la!.Haha!Sekali sekala tertidur dalam dewan periksa, normal la tu.Kehkeh!Ni jalan ceritanya,terimalah!




                                              (Cover buku tu) -edit by pizap-


     Aku?Nama aku?Hah!Nama penuh aku Nurul Azihan Izyani Binti Fahmi.Nick name aku G-Han.Han tu macam nama Korea la.Haha!G-Han memang si fanatik Korea!Terutama kumpulan Girl Generation.Tabib habis!Gelaran famous yang diorang semua beri dekat aku,GG!Aku rajin pergi jalan jalan dekat Korea.Hah!Aku ingatkan diorang semua kata aku ni macam ala ala Korea ker.Sebab ibu aku memang kacukan Korea.Aku ingat GG yang diorang maksudkan adalah Girl Generation tapi...
     Orang first yang bagi gelaran ni dekat aku,mamat yang aku syok namanya Syed Dani Farriel Bin Syed Razak.Time aku keluar dari kereta je,mesti semua orang serbu dan menjerit "GG dah sampai!"
     Aku pun dengan bangganya menyanyi la lagu OH!Dan akan ada sorang mamat jerit "Jangan panggil dia GG!"Namanya Ikhwan.
    Aku akan bidas "Sibuk ar kau!Aku tak kacau hidup kau pun!Shut up ar!"
Dan sekarang baru aku tahu maksud sebenar GG yang mereka berikan dekat aku dulu.Setelah bertahun tahun aku biarkan orang panggil aku GG,kini baru aku tahu.GG bukan untuk Girl Generation tapi untuk G-Han Gemuk!sekarang.aku dah kurus.Dan takder yang kenal aku.Mereka panggil aku Yani ataupun Iz.Wajah aku pun iras iras Korea.

Aku ingat lagi time reunion...
        "Hey gadis cantik.What`s name hah?"Syed Dani menegur.
        "Yoona!"
        Berkerut dahi seribu Syed Dani dibuatnya.
        "Tiffany."
        "Aik?"
        "Jessica."
        "Plak dah."
        "Taeyeon."
        "Lagi?"
        "Seohyun."
        "You ni la."
        "Yuri."
        "Serious k."
        "Hyoyeon."
        "Hem.."
        "Soo young."
        "Truth la."       
        "Sunny."
        "Nama you yang sebenarnya aper ni?"Syed Dani mula naik hairan dan marah.
        "Nama I Yoona,Tiffany,Jessice,Taeyeon,Seohyun,Yuri,Hyoyeon.Soo Young,Sunny."
        "Hey,tu GG la."kata Fathul Muiz.
        "Memang I GG pun!"
        GG!?G-han Gemuk!

        "Aku tak suka kau yang sekarang.Aku lebih suka kau yang dulu.Dulu kau comel.Sekarang kau sangat jelita tapi aku tak suka.Mungkin laki lain suka tapi bagi aku..."monolog Ikhwan sendirian.

Ana tak reti buat sinopsis la.Novel mantap argh!






Ditaip oleh tuan rumah!Follow yuk! :D