IZZ Zayani melangkah masuk ke rumahnya perlahan lahan.Matanya sembap.Tak sangka aku boleh jadi macam ni.Serabut kepala otak aku ni.Dia menggaru garu kepanya.Setitis air mata tetap jatuh walaupun ditahan.Dia melangkah masuk ke dalam bilik.Dilempar begnya di atas katil.Dia pun merebahkan dirinya ke atas katil.Malu pulak bila teringatkan dia boleh terlelap di atas bahu bos dia.Dibuka handsetnya.Nak call saper?
Kepalanya berserabut.Nasib aku cuti.Dia memejamkan matanya.Membawa dirinya ketika zaman sekolah menengahnya di mana dia boleh jatuh hati dekat si Naufal tu.
"Yani!Bahaya la!"jerit Dania dari jauh.Izz Zayani masih berenang,malah pergi lebih jauh.
"Relaks ar Nia.Aku kan terer berenang."
"Yani!Ombak la!"Dania masih tidak henti henti menjerit.
Tak sangka ombak itu telah menelan Izz Zayani.Izz Zayani sempat tersenyum.Nak berpura pura lemas la.Bagi suspen sikit.Hehe.
Naufal dan rakan rakannya yang tidak jauh dari situ menghampiri pabila mendengarkan jeritan meminta pertolongan.
Naufal menyelam menyelamatkan Izz Zayani.Dibawa Izz Zayani ke darat.
"Dia okey."kata Naufal.
Izz Zayani sempat mengusyar lelaki yang menyelamatkannya.
Sejak itu,dia mulai jatuh hati pada lelaki tampan itu.Dan sejak itu juga,mimpi apa pun,sentiasa dibayangi wajah lelaki itu.
NAUFAL memandang pemandangan malam dengan mata yang redup.
"Naufal okey ke tak ni?tanya Datin Syima.Bimbang juga dengan anaknya itu.Selepas balik keluar berjalan jalan tadi,anaknya asyik mengurung diri di dalam bilik.
Naufal mengangguk kecil.
"Ibu,Naufal nak tanya satu soalan."Perlahan Naufal menuturkannya.
"Kenapa ni Naufal?Tanyalah."Lembut Datin Syaima berbicara.
"Naufal keliru ibu.Naufal dulu ada kekasih.Tetapi,bila dah lama,perasaan Naufal untuk dia sekarang...Naufal tak tahu!Naufal rasa bersalah.Sebab Naufal pernah berjanji dengan gadis tu.Naufal rasa teramat berdosa.Macammana ni ibu?"
Datin Syima hanya diam membisu.
"Ni lah padahnya bila berkasih bukan seorang.Berjanji pulak.Kesian pulak dekat gadis yang kamu janji tu."
Naufal hanya menggeleng geleng.
"Naufal kena matang sikit.Ibu nak Naufal cari jalan penyelesaiannya sendiri!"
Naufal terdiam.Yani!Aku tak tahu apa perasaan aku pada kau!Kalau dulu,aku nak sangat memperisterikan kau tapi sekarang aku pun tak tahu.Aku bingung!
IZZ Zayani melangkah masuk ke dalam kafe perlahan lahan.Hari ni tak sangka dia lewat pulak.Biarlah.Matanya pun kedua dua belah bengkak.Hoho,malu la pulak.Yang lain hanya memandang Izz Zayani dalam keadaan hairan.Fizi pun.Langsung tak bersuara.
"Yani,masuk dalam bilik saya."kata Amar memberi arahan.Izz Zayani mengekori.
Setelah masuk,dia duduk di atas kerusi.
"Yani?Boleh buat kerja tak ni?"
Izz Zayani diam.Kemudian dia mengangguk kecil.
Amar memandang gadis di hadapannya sejenak.
"Jom Yani!"
"Pergi mana bos?"
"Ikut jer la."
Izz Zayani berlari lari anak mengejar Amar.
Amar menghampiri keretanya.
"Masuklah!"
Izz Zayani membuka pintu.
Kereta meluncur laju.
"Pergi mana bos?
"Usah bimbang la.Saya tak buat apa apa punya.Suka shopping tak?"
Izz Zayani tersenyum kecil.Tak berapa nak ikhlas.
Amar melepaskan keluhannya.
"Saya dah dengar lagu Apa Artinya Cinta tu.Best sangat!"ceria Amar menuturkannya.
Izz Zayani tersenyum.
"Best kan!Saya suka sangat."
Amar mula lega.Hakikatnya,aku tak dengar lagi pun.Hehe!
Dalam kereta,Izz Zayani menyanyikan lagu itu.
"Belum jugakah kau menyadarinya,akulah yang pantas,untuk kau cintai,dibawah langit biru aku bersumpah....di..di...diriku tan..pamu..apa artinya..cin..cinta."Terdengar sendu sendan tangisan.Amar mula panik.
"Yani!Jangan buat macam ni."
Izz Zayani masih menangis tersedu sedu.
"Relaks ar bos.Saya ok jer.Saya memang macam ni.Suka feeling."katanya dengan ketawa kecil.
Amar diam.
"Saya faham perasaan awak Yani.Sewaktu saya sekolah menengah,saya rasa semua ni!"Kata Amar sedikit meninggi.
"Hehe,bos pernah bercinta erk?"Kata Izz Zayani sambil ketawa.
"Laki hensem macam saya mestilah ada kekasih."Amar menarik nafas lega.
"Bos perasan!"
Hanya terdengar suara gelak ketawa di dalam kereta itu.
"Naufal!Jom tengok kawasan baju tu.Cantik la."Sorfina menarik lengan Naufal.
Sorfina membelek baju idamannya itu.
"Yani!Nice la yang ni."Aik?Macam kenal suara ni?Saper?Sorfina mengalih ke belakangnya.
AMAR?
"Amar?"Sorfina mengagak.Naufal dibelakang hanya memerhati.
Izz Zayani mengangkat kepala.Dipandang wajah Naufal.Kemudian,pandangannya itu dikalih ke tempat lain.
"You buat apa Amar?"Sorfina bertanya.Jeles la sikit.
"Ouh.I temankan Yani ni.Bad mood jer.Nak buat kerja pun tak bersemangat.Tu yang bagi dia happy sikit."spontan Amar menjawab.
Izz Zayani mengalirkan air matanya.
Amar segera menghulurkan sapu tangannya.Izz Zayani mengelap.
Amar memandang Izz Zayani.
"Gadis ni susah nak menangis.Tapi,kalau dia dah menangis,dia tak akan berhenti menangis.Bagi saya,saper yang buat dia menangis,akan saya cari dia sampai lubang cacing!"tegas Amar.
"Lubang jamban bos tak nak cari ker?"sempat lagi Izz Zayani bergurau.Katanya dengan ketawa kecil.Amar tersenyum.Dicubit pipi tembam gadis itu.
"Dah lah,kami pergi dulu.Fina,nanti I call you back."
Naufal hanya terpaku.Seolah olah watak dia tidak dimainkan.Dia tunduk.Dia akui,ada sedikit rasa cemburu.
IZZ Zayani termenung sendirian.Aku ingat lagi masa mula mula kita masuk Form 4.Hehe,keputusan PMR aku elok,tu yang dapat sekolah yang lebih baik.Sejak tu aku jumpa kau Naufal.
Aku ingat lagi masa sebelum kelas diasingkan...
"Nur Izz Zayani Binti Muhammad Syukri.Sila bangun dan berikan jawapan nombor 13."arah Cikgu Hafizah.
Izz Zayani bangun.Bagus betul cikgu aku ni.Soalan yang satu ni yang aku tak jawab juga yang dia tanya.
"Ar..ar..."
Lelaki di hadapannya membuat tanda pangkah menggunakan jarinya.
"Jawapannya salah!"
"Salah jawapan kamu tu.Jawapannya betul."kata Cikgu Hafizah.
Dia duduk.Dilihat lelaki di hadapannya terketar ketar menahan ketawa.Malunya.Dah la dengan bangganya aku jawab salah.
30 minit kemudian,dia menghampiri lelaki yang telah memberikan jawapan kepadanya.
"Hey,yang awak bagi jawapan salah dekat saya tu kenapa?"
Lelaki itu menyambung ketawa.Lebih kuat.
"Haha!Saya saja jer.Bosan."
Merah muka Izz Zayani dibuatnya.
"Nama saya Muhammad Amirul Naufal Bin Dato` Fairuz.Selamat berkenalan."
Izz Zayani tersenyum kecil.
Bunyi handsetnya mengejutkannya dari lamunan.Diangkat handsetnya.
"Assalamualaikum.Saper ni?"
"Mr.Mystery..."katanya melirit.
"Weyh,tak payahla kau nak mengarut lagi.Aku tefon encik polisi kang baru kau nak kecut."
Terdengar suara di talian ketawa besar.
"Nama kau Mr.Mystery bin per?"
"Bin?Bin ar..ar.."tergagap lelaki itu menuturkannya.
Izz Zayani menutup handsetnya.Dimatikan terus.
"Kacau betul.Baru tengah nak feeling sikit."Saper Mr.Mystery tu?
"PEHAL dia tutup handset ni?Siap matikan plak."Amar memandang telefonnya.Sorfina,kan I dah beritahu you yang I akan call you balik.Amar mendengus.
Dilempar handsetnya ke atas katil.
"Dah banyak kali I nampak you keluar dengan dia.I tak berani nak tanya."Dia mengeluh.
"No woman no cry.I takut nanti I menangis lagi sebab you dengan dia.Tak silap nama dia tu Naufal.Hem...Alia Damia.Alia Damia.Alia Damia."Nama itu takkan lupus dalam ingatannya.Kerna wanita itu yang mengajarnya erti cinta.Terimbau ketika mana dia berjumpa Alia Damia tempoh hari.
"Hey babe!"Jerit Alia Damia.
"Mia?Kenapa jadi kasar ni?"Amar mula naik hairan.
Alia Damia menguak rambutnya berkali kali.
"Do I care?"
Amar mendengus.
"Kenapa you panggil ni?"
"I ada kekasih baru la.So kita putus jer la.Worait?"
Amar tersentak.Dipandang Alia Damia dari bawah hingga ke atas.
Amar mengangguk.Dia dah lain.Yang aku kenal dulu,sopan,tutup aurat tetapi sekarang?Kau dah macam minah rempit!Tapi,wajah ayu kau memang tak berubah.Sayang sekali.
Kau ni tak matured la Amar.Kau boleh biar macam tu je.Tu lah!Habis madu sepah dibuang!
No comments:
Post a Comment