Inche Kacak + Puan Chantik

Thursday 8 December 2011

Aku Cinta Dia Bab 1




"YANI!Kau meh sini cepat!Hadoih!Yang ni pun kau tak boleh fikir ke?Aku suruh kau basuh semua ni.Memang la bukan tugas kau tapi,tukang cuci pinggan sekarang ni tengah keluar kejap."
     Izz Zayani menggaru kepalanya walaupun tidak gatal.
     "Tapi,bukan tugas saya bos."
     "Ha!Kau menjawab pulak.Ni nak kena ni." 
     Izz Zayani mencebikkan bibirnya.Mana tak geram.
     "Kau cebik la bibir tu lagi.Aku tembak kang dengan machine gun baru nak kecut.Dah!Pergi buat kerja tu dulu!"
     "Tapi bos!Pelanggan tengah tunggu saya tu."
     "Aku suruh kau pergi tu,kau pergi jer la!"tengking bos Izz Zayani tu lagi,Amar Afifi.
     Izz Zayani berjalan sambil memijak lantai  dengan kuat.Tanda protes la katakan.
     Amar hanya membiarkan.Dah biasa dengan sikap protes gadis kecil molek itu.
     Izz Zayani mengambil pinggan untuk dibasuh satu persatu.Dibasuh dengan kasar kesemua pinggan itu.
     Plak!
     "Alahai!Jatuh pulak pinggan buruk ni!"Izz Zayani mengutip serpihan kaca pinggan yang berterabur.
     Tak sampai 5 minit pun bunyi dentuman pinggan tu,bos aku dah datang.Memang tangkas betul kau ya bos.Bab bab kesalahan pekerja kau memang laju.
     "Macammana boleh pecah pinggan ni?"
     "Sebab saya terlepas pegang la bos.Takkan saya pegang kuat kuat boleh terjatuh pulak."Jawab Izz Zayani.
     "Kau ni kalau tak menjawab sekali tak sah!"
     Izz Zayani hanya memandang kosong bosnya yang bongkak dan sombong tu.Kalau aku ni hantu,dah lama aku cekik kau tau tak!
     Tanpa sengaja pulak kaki Izz Zayani terpijak kaca.
     "Ouch!"Darah mula keluar setitis demi setitis.
     "Yani!Kau tengok.Habis pinggan tu kau tau tak!Hadoih.Dah!Lakukan kerja kau!Aku nak tengok customer yang cun melecun kat luar tu."selamba Amar Afifi menuturkan.
     Izz Zayani mencebikkan lagi bibirnya.
     "Mangkuk punya mamat.Yang nak dihirau bukannya aku,tapi pinggan buruk ni."Izz Zayani mengutip satu persatu serpihan pinggan yang telah pecah itu.
     "Yani?You tak aper aper ke?Oh No!Kaki you,cedera!Alahai,why can jadi macam ni pulak ni.Yani oh Yani.Don`t make my heart bertambah bimbang."Ni lagi satu.Mamat pondan ni aku benci betul la.Tak habis habis kacau aku.Dah la English pun tunggang langgang.
     "Pehal Zafri?Aku tak der paper la.Okey ja.Ko pi sambung tugas kau."Malas Izz Zayani melayan Zafri tu.
     "Hey!Fifi la!Not Zafri."Dia menggeleng sambil mengipas dengan kipasnya ala mak datin.
     Parah la aku tengok kau ni Zafri,omel Izz Zayani dalam hati.
     Zafri tu pun pergi melakukan tugasnya sebagai penyapu sampah dekat luar kafe.Dekat belakang jer la.Sebab,kalau dia kerja dekat depan,mahu tak orang yang datang nak menjamu selera,pergi muntah plak.
     "Inilah hakikatnya,aku kerja dekat kafe yang penuh dengan orang ganjil.Ni baru kerja dalam dapur,tak dekat luar lagi."Izz Zayani menggeleng.Dia melangkah keluar selepas siap membasuh dan membalut lukanya.
     Dia pergi berjumpa dengan Farha,tukang kaunter  dekat kafe tu.
     "Farha?Banyak untung ak hari ni?"
     "Boleh la.Ko pehal?Takder kerja lain ka?Asyik nak kacau aku.Aku tau la yang kau suka aku pun."
     Farha,seorang yang rabun jauh,tapi dia taknak pakai spek atau kanta lekap.Katanya kalau pakai spek,tak cool.Kalau pakai kanta lekap pulak bahaya.Aku suruh pi bedah ja.Menangis terus.Relak a,bukan aku yang nak bedah.Tapi,satu lagi masalah,dia selalu perasan orang suka dia.Walaupun kaum sejenis.Tu la,aku suruh pakai spek kau taknak.Farha ni dulu ada kekasih nama Farhan tapi dah meninggal sebab kemalangan.Tu la orang sekeliling dia boleh nampak macam Farhan.'Aku tau la yang kau suka aku pun',tu la ayat dia bergurau senda dengan Farhan.
     Kesian la pulak aku dekat kau.Tapi nak buat macam mana.
     Izz Zayani mengorak langkah ke tempat lain.Dia mula keluar dari kafe itu.Kelihatan Fizi,tukang penyua kad kafe ni.Pelik kan?Memang la,ni semua arahan bos aku yang memang pelik tu!
     "Yo Fizi!"
     "Hay!Kau takder kerja ker?"
     Izz Zayani sekadar menggeleng.Kalau diikutkan,kau sorang jer aku nampak normal dalam kafe ni.Masalahnya,kerja kau pulak tak normal.Hadoih!
     "Ramai tak pelanggan?"
     Fizi sekadar tersenyum.Kalau tengok wajah kau pun,memang boleh tahan.Ada ala ala Nazim Othman kan?
     "Boleh la."
     "Kau ni macam Nazim Othman la!"selamba Izz Zayani berkata.
     Fizi hanya ketawa.
     "Biasalah.Memang takdir kot."Dia tersengih.
     "Kau tak bosan ke tercangak depan pintu kafe ni.Nasib ada kerusi dengan tenda mini.Tu pun kena buat rayuan dekat bilik bos kita tu."
     "Mana kau tahu aku buat rayuan?"
     "Aku ni kan spy.Aku tahu la.Budus betul la bos kita tu.Patut ke nak kena buat rayuan dulu.Dia pikir budak sekolah rendah minta SBP ngan MRSM ke."Izz Zayani menggeleng geleng.Disambut pulak dengan gelak ketawa Fizi.
     "Ehem,ehem."Terkejut Izz Zayani dan Fizi dibuatnya.
     Memang mati katak,mati kutu juga la dibuatnya.Alamak!Bos aku!
     "Diberi tenda,kau menghina,diberi kerusi,kau berdating plak ya!Yani!Tugas kau dah siap?!"soal Amar dicampur dengan suara tengkingan.Memang berasap betul la bos aku  ni.Masak telur goreng pun boleh siap.
     "Tugas saya sebagai pelayan.Pinggan tadi saya dah habis cuci.Mak Jah pun dah balik kan?Kiranya tugas saya kosong la sekarang ni kan?"
     "Banyak la kau!Bila masa pulak Mak Jah dah balik?Fakta sesat mana kau dapat ni?"Kasar betul bahasa bos aku ni.
     "Amboi Mak Jah ni.Kalau boleh keluar tu tak mau datang dah.Lama benar dia keluar bos?"
     "Mak Jah tepon aku tadi.Dia kata dia masuk kerja esok.Jadi,kau kena gantikan Mak Jah."
     "Aik?Kerja saya sendiri pun tak cukup tangan nak saya ganti orang lain."
     "Kerja sebagai pelayan biar saya yang buat."
     Cis,ko pikir aku tak tahu kau nak jumpa awek awek yang cun melecun ke.Fizi hanya diam menjadi pemerhati.
     "And this!"Amar menutup tenda mini itu.
     "Fine!"Amar mengorak langkah.
     Izz Zayani dan Fizi tercengang.
     "I am so sorry Fizi.Semua ni salah aku.Kalau aku tak duduk bersembang dengan kau mesti semua ni tak jadi."Kesal Izz Zayani.
     "Whatever.Semua ni dah jadi Yani."Fizi hanya menghadiahkan senyuman yang suka ditafsir sama ada kecewa atau dia mengalah.
     "Oh No!That`s all my fault!"

     "BOS!Tolong la bos!Mana ada kami dating tadi.Kami bual bual kosong je.Tolong la bos.Semua ni salah saya!"
     "So?"
     "Saya nak bos letak balik tenda mini tu!"arah Izz Zayani.
     "Amboi!Sekarang ni yang bos aku ker kau?Aku berhak la nak letak ke tak tenda mini tu.Ikut suka aku la."Amar memusingkan kerusi lagak seperti kanak kanak
     "Saya tahu la bos dengki dekat Fizi tu.Fizi tu kan putih melepak dari bos.Bos nak wajah dia tu gelap sikit dari bos kan?Betul tak?"
     Amar macam terkejut. "Fizi putih lagi dari aku?Tak boleh jadi ni!",ragunya dalam hati.
     "Dia hensem dari saya ker?"soal Amar mendapat kepastian.
     "Hem...memang la Fizi tu putih lagi,tapi bagi saya,bos hensem lagi dari dia.Tapi hensem kalau wajah bos ni baik ja."
     "Hem..bagus bagus!"Amar hanya mengangguk bila dipuji. 
     "Saya belanja Yani hari ni."tambahnya lagi.
     "Saya tak nak bos belanja saya.Saya nak bos letak balik tenda mini tu."
     "Orait!Saya akan letak balik.Tapi,dengan syarat.Yani perlu puji saya setiap hari walaupun satu perkataan."
     "Ala..kacang jer tu."
     "Puji saya depan Fizi."sempat ditokok tambah lagi.
     "Ha?"Tercengang Izz Zayani dibuatnya. 
     
     "PLEASE Fina!I just nak dekat you.I love you very much Fina!"rayu Naufal setengah mati.
     "Stop it Naufal!Dah I kata hati ni bukan untuk you."Acewah,ayat buku tu.
     "Fina,don`t make my heart still broken!"Naufal mulai mengingati kisah lampau dimana dia pernah dikecewakan seorang gadis,Miza.Adik Sorfina ni la.
     "Argh!Whatever!"
     "CUT!"Arah pengarah mereka,Syahmi.
     "Okey,jom berehat dulu."Hairna,pengawal peribadi Sorfina membawa Sorfina hingga duduk di atas kerusi.Hairna mula make up gadis itu.
     "Bagus lakonan kau Naufal.Good job.Ni la kawan aku."Syahmi menepuk bahu temannya itu.
     Naufal tersenyum.Dia mengambil sebotol air mineral kemudian meminumnya.
     "Naufal!Come la.Masa shooting lambat lagi la."pelawa Sorfina.
     Naufal mengambil tempat duduk disebelah Sorfina.Hairna dari tadi masih belum berhenti make up gadis itu.
     "Kenapa Fina?"
     "I am just boring.Jom la borak."
     "Takder apa yang nak diborakkan.You dengan I kan dah putus.Takder benda baru pun."
     "That`s the new thing la.Kita sama sama cari haluan sendiri.Mesti ada story kan?"
     "Whatever la Fina.Tapi,I sekarang takder cerita baru.You?"
     "Ada!You ni la.Tak baca paper ke?ada gambar I terang tang tang lagi depan paper tu.'Fina dah ada kekasih baru'."
     "So?You aderla ni?"
     "Yeah!Tapi bukannnya I suka sangat lelaki tu.Lelaki itu cuma bakal tunang I.Ni semua atas arahan papa I."
     "Boleh I tahu nama lelaki bertuah tu?"
     Sorfina ketawa kecil.Dia menyelak rambt di telinganya.
     "Amar."
     "Okey!Fina,Naufal.Shooting dah nak start!"Arah Syahmi.

Ditaip oleh tuan rumah!Follow yuk! :D

No comments:

Post a Comment