Inche Kacak + Puan Chantik

Saturday, 24 December 2011

Cepen:Cintaku Cintamu Jua



     "Okey,jadi saya nak kamu semua siapkan kerja ni.Saya bagi tempoh masa sebulan yer."Dr.Hasif sempat menghadiahkan senyuman sebelum melangkah keluar dari kelas.
     Shafa' melepaskan keluhan berat.Hensemnya mamat tu.Time dia mengajar la aku paling fokus.Fokus sangat dekat lelaki tu.Selama ni kalau ada yang mengajar,kepala aku dah terlentok.Bak orang kata,mati syahid.
     "Pehal nampak stress jer ni?"Julia memandang Shafa' sekilas sebelum pen di tangannya berlari pada kertas.
     "Aku bukan stress la.Aku dah kemaruk."Shafa' menyembamkan wajahnya pada meja.
     "Kemaruk dekat Dr.Hasif ek?"Julia meneka.
     "Yerlah!Kau kan tahu aku suka dekat dia."Shafa' mengangkat wajahnya kembali memandang Julia.
     Julia hanya menggeleng.
     "Itu hati kau.Soal perasaan kau.Aku tak boleh kacau.Kau suka,kau dapatkan.Senang."Julia memerhati kertasnya.Seperti sedang membaca.
     "Kau cakap senang la.Macam kucing berak sesuka hati dia."Shafa' meletakkan kepalanya di atas meja kembali.
     Terangkat kedua belah kening Julia.Malas nak dilayan.Apa punya kawan da...

     Shafa' mengembungkan kedua pipinya.Bila bosan,nilah kerjanya.Rawatan free je nak menembamkan pipi anda.
     "Shafa'!Sini kejap."
     Shafa' mencari gerangan suara.Huargh!Dr.Hasif.Bangganya dia panggil aku.Shafa' tersengih sengih menghampiri Dr.Hasif.
     "Kenapa?"Shafa' menyoal ceria.
     "Yang awak tersengih sengih ni kenapa?"Dr.Hasif tergelak kecil.Pergh!Hensem giler bila dia ketawa macam tu.Meruntun betul la.Shafa' menelan air liurnya.
     "Saya panggil ni sebab nak minta tolong awak hantarkan ni dekat Farouq.Saya ambik sekejap buku dia.Pinjam.Sekarang nak minta kejap awak pulangkan.Boleh tak?"
     Shafa' mengangguk.Alah,kacang je tu.
     Buku nota itu berubah tangan.
     "Terima kasih ye."Dr.Hasif menghadiahkan senyuman yang cukup menawan.Sesiapa yang tengok mesti nak cair dekat situ jugak.Nak bagi jadi manusia balik kena la letak dalam peti sejuk.
     Terpana Shafa' sebentar.Kemudian dia menggeleng.Mak ai!Aku dah macam kena sampuk je.
     Kemudian dia memandang buku nota Farouq.Shafa' menyelak sehelai demi sehelai muka surat.
     "Pandai juga si Farouq ni.Aku tak pernah cakap sepatah apa pun dengan mamat tu.Aku nampak kekadang je.Tu pun sebab sekelas dengan aku."Shafa' mengembangkan hidungnya.
     Lantaklah.Shafa melangkah masuk kedalam kelasnya.Mana si Farouq ni.
     "Kau cari saper ha?Dah macam penjenayah bersiri je aku tengok."Suara mamat mana ntah.Takder adab langsung.Namun Shafa' cepat cepat mengawal perasaan.Dia menarik nafas sedalam dalamnya.
     "Ni pulak dah macam Cikgu Pendidikan Jasmani plak.Kau terencat ke?"Suara lelaki itu datar je.
     Shafa' memandang.
     "Ler..kau rupanya.Aku ingat mamat tiga suku mana ntah.Ni,buku ni Dr.Hasif pulangkan." Buku nota itu berubah tangan.Farouq menyelak buku notanya sendiri.
     "Dah lah!aku nak blah dulu.Assalamualaikum."Shafa' pergi meninggalkan Farouq yang tidak mengalih pandangan dari buku nota itu.
     "Woih!Terima kasih yer!"Jerit Farouq.Tersentak Shafa' dibuatnya.Shafa' hanya mengangkat tangannya sambil membuat thumbs up.
     Farouq menelan air liurnya.First time cakap dengan minah tu.Rasanya jantung dah berdegup degup.Pergh!Jiwang siot!

     Dah dua hari aku duduk dekat rumah.Cuti semester la katakan.Shafa' membaringkan dirinya di atas katilyang empuk itu.Dipusing kanan dan kiri.Bosan.Akhirnya dia bangun dari katil dan memakai tudungnya.
     Dia keluar dari biliknya dan pergi ke ruang tamu.
     "Ibu,ayah Shafa' nak keluar.Bosan la."Shafa' tersenyum ceria.
     "Pergi la.Tapi jangan balik lambat pulak."Pesan ibunya,Puan Nora.Shafa' mengangguk.
     Akhirnya dia keluar dan menaiki basikalnya.Dipandu basikal ke taman.Seronok tengok bebudak main.Rasa macam nak jadi budak budak balik.Shafa' membrekkan basikalnya secara tersentak kerana ada kucing comel dihadapannya.Shafa' turun dari basikalnya.
      Shafa' mendukung kucing itu.Dibelai pulak kucing comel gebu  yang dari tadi bermeow meow.
      "Alolo,comelnya."Shafa' memandang kiri dan kanan.Takder tuan ker?Hem...
      Dia tersengih nakal.Nak curi la.Shafa' berjalan mendukung kucing itu.Diletakkan di dalam raga basikalnya.
      "Hoi!Kau nak curi kucing aku ke?"Tiba tiba ada seorang lelaki keluar dari semak.
      Terjatuh basikal Shafa' dan kucing itu keluar dari raga dan pergi ke tuannya.
      Shafa mencebik.Tuan dia la.Shafa' mengangkat kembali basikalnya.
      "Aku ingat takder tuan tadi,tu yang nak bela tu."Shafa' memandang kucing itu lagi.Comel sangat!Geram la.
      "Kau nak bela?"Soal lelaki itu tetapi masih tidak memandang Shafa'.Dia menggeletek kucingnya itu.Alolo,comel la.
      Shafa' mengangguk.
      "Nak la.Comel kut."
      Dia tergelak kecil.Kemudian diturunkan kucing itu.Kucing itu berlari ke arah Shafa'.Shafa' sengih dan mendukung kucing itu.
      "Aku boleh bagi kau."
      Terlopong Shafa' dibuatnya.Dia memandang lelaki itu tidak percaya.
      "Tapi dengan syarat la."Shafa' mengangguk dan membawa kucing itu ke sebuah pondok.
      "Syarat per?"
      "Kau kena la jaga dia elok elok.Dan,setiap hari sabtu kau bawa la dia datang sini.Okeh?"
      "Aku tak boleh la.Aku duduk 'U' .Sibuk."Shafa' mengembangkan hidungnya.Bosan.
      "Takper,bila kau cuti.Hari sabtu je kau bawa."
      Shafa' mengangguk.
      "Tapi nanti mak aku la yang jaga.Sebab mak aku suka kucing.Tapi kan,mana kau tahu aku cuti nanti."
      "Aderlah."
      Sepi.
      "Nama kau?"Dia menyoal
      "Shafa'.Kau?"Shafa' menggeletek kucing itu.
      "Syamil."
      "Kau percaya ke dekat aku?Kita baru je kenal.Tak takut ke kalau aku tak tepati janji."Shafa' memandang Syamil.
      "Aku tengok kau macam seorang yang jujur."
      Shafa' mengembangkan hidungnya.Bangga beb!
      "Okeylah.Aku nak balik dulu."Shafa' mengangkat kucing itu dan memasukkan kedalam raga.
      "Nama dia Bobot.Jaga elok elok."
      Shafa' mengangguk.
      "Lain kali,kalau kita jumpa tu, kau rajinkanlah tangan kau tu potong rambut dan cukur misai.Dah macam penjenayah yang dikehendaki je.Okeh?"
      Syamil tersengih.Sempat perli aku lagi.Kurang asam.Hampeh betul.Dah aku bagi jaga kucing tu bukan reti nak bersyukur.
      Shafa' melambai tangannya sebelum mengayuh basikal meninggalkan Syamil.
 
      Shafa' termenung.Rindunya dengan kucing aku.Dah lama tak jumpa.Minggu depan baru boleh jumpa pastu cuti panjang.Hahaha,pejam celik,pejam celik dah nak cuti balik.
      "Shafa'!Kau termenung apa nih."Julia menyentak tangannya pada meja Shafa'.
      "Assalamualaikum."Shafa' menarik salam dengan harakat yang panjang.
      "Waalaikumussalam.Perli padat beb!"Julia menarik kerusi dan meletakkan begnya di atas meja.Julia seperti mencari cari sesuatu didalam begnya.Shafa' sekadar memerhati.Akhirnya,Julia mengeluarkan sekuntum bunga mawar dan diletakkan di atas meja Shafa'.
      "Dia bagi?"Julia sengih.
      "Aku taknak la.Kau nak tahu,dah macam 5 jambak bunga dia bagi dekat aku kalau setiap hari dia bagi sekuntum."Shafa' menyembamkan mukanya pada meja.Menyampah betul la.
      "Dah orang bagi tu kau ambik jer la."
      "Aku menyampah betul dengan mamat tu.Kalau Dr.Hasif tak panggil aku suruh bagi  buku dekat si Farouq tu,konfem dia takder hati punya dengan aku."
      "Pehal plak?'Terangkat sebelah kening Julia.
      "Yerla,aku dengan dia mana kenal selama ni.Nak bercakap pun tak pernah.Benci betul la.Semak!"
      "Nak buat macam mana.Rezeki kau.Lagipun si Farouq tu boleh tahan per."Julia sengih.
      "Kau tahu kan hati aku ni suka dekat Dr.Hasif.Taknak la.Si Farouq tu playboy."
      "Eleh.Sikit sikit Dr.Hasif tu."Julai mencebik.
      "Dia tu Prince Charming la.Weh,nanti kau amik sikit bunga yang mamat tu bagi.Semak kau tau tak."
      "Hey!Aku nak buat apa dengan bunga bunga tu."
      "Kau simpan jer la.Okeh."
      "Yer la."
      Farouq memerhati.Sampai hati kau.Aku bagi tu semua untuk kau jer.Kau nak bagi dekat orang.Siap kau.

      Shafa' memandang kiri dan kanan.Mana bas ni?Aku nak balik la.Rindu beb.Tiba tiba ada orang datang peluk Shafa'.
      "Wei mangkuk!Kau ni kenapa ha?!"Shafa' menjerkah.Dahla nak malam ni.
      "Sampai hati kau!Kau sanggup buang aku macam tu jer."
      "Tolong!Orang gila!Tolong!"Shafa melaung dengan kuat.Berharap ada yang mendengar.
      GDGUSH!Penumbuk lekat di pipi lelaki yang menerkamnya tadi.
      "Terima kasih encik.Ark,Dr.Hasif."Shafa' menggigit bibir bawah.
      "Cepat ikut saya."Shafa' menturuti.
      "Saper tu Dr?"Shafa' menyoal.
      "Farouq."Sepatah Dr.Hasif menjawab.
      "Kenapa dengan dia tu.tak betul ke."Shafa' mencebik.
      "Saya pun tak tahu.Tiba tiba tadi dia datang dia tumbuk saya.Lepas tu,nak balasa dendam saya pun nak tumbuk dia balik."Dr.Hasif sengih.
      "Am,Dr.Saya nak beritahu sesuatu boleh tak."Shafa' rasa yakin untuk meluahkan isi hatinya.
      Terangkat kening kanan Dr.Hasif.Alolo,hensemnya.
      "Cakaplah."
      "Saya suka dekat Dr."Selamba Shafa' meluahkan.Al-maklumlah,hari ni hari last.Shafa' sengih.
      Dr.Hasif berubak riak.Terkejut pun ada jugak.
      Dr.Hasif menarik nafasnya dahulu.Kemudian dia mengangguk.
      "Saya nak minta maaf dulu."Dr.Hasif memandang Shafa'.
       Tersentak dia dibuatnya.Air liur terasa susah ditelan.
      "Saya dah bertunang.Dan tak lama lagi saya akan berkahwin.Sebenarnya pertunangan saya kena dirahsiakan,sebab itu tiada yang tahu.Jadi.."
      Air mata yang ingin turun cuba untuk ditahan.Dia mengedipkan matanya berkali kali.
      "I'm so sorry."Dr.Hasif rasa simpati pulak.Kesian.
      "Saya amat sayangkan tunang saya.Walaupun kakinya lumpuh.I'm very love her.Saya tidak akan tinggalkan dia kerana kami dah berjanji.Saya tak kisah bentuk fizikal dia.Sebab cinta kami datang dari hati."
      "Takperlah."Shafa' tunduk.
      "Saya tak boleh buat apa apa pun."Sambung Shafa' lagi.
      Dr.Hasif sekadar memerhati.
      Rasa hati macam kena hiris je.Pergh!Biar gunung terbelah dua,biar langit jatuh ke darat,biar air terjun berhenti sekalipun,dia memang cintakan tunangnya.Shafa' menghembuskan nafas.

      Perkahwinan Dr.Hasif berlangsung.Dan aku,di bawah pondok.Kalau boleh aku nak jadi pengantin Dr.Hasif tapi macam lawak pulak!
      Hari ini,hari sabtu.Aku tepati janji aku.Kucing ditangan dipegang erat.Bersih suci jer kucing ni.
      "Tunggu seseorang ke?"
      Shafa' mengangguk dan mengalihkan pandangannya.
      "Wei,akulah!Syamil.Tuan kucing!"Syamil sengih sambil membuka cermin mata hitamnya.
      Terlopong Shafa' dibuatnya.
      "Wow!Hari tu aku jumpa kau muka macam penjenayah,sekarang dah macam putera ja."Shafa' sengih.
      "Banyak la kau.Meh kucing aku."Bobot berubah tangan.
      "Aku rasa aku nak ambik balik la kucing aku.Kes aku dah selesai la."Syamil mengusap usap Bobot.
      "La...kes per wei?Kau jahat ke dulu siap berkes kes lagi."
      Syamil senyum segaris dan duduk disebelah Shafa'.
      "Aku memang jahat pun dulu.Derhaka dengan mak ayah.Mesti kau tak percaya,aku kena tuduh bunuh orang.Aku lari.Walaupun aku tak buat sebab aku tahu orang tu dia hantar peguam hebat.Tapi aku lari bukan lari saja saja,aku lari sebab aku pun nak cari bukti sendiri."
      Tersentak la juga Shafa' dengan cerita Syamil tu.
      "Sekarang kau buat apa?"Shafa' menyoal.
      "Aku jadi peguam.Sepatutnya ayah aku suruh aku kerja dekat syarikat dia jer tapi adik beradik aku ramai la.Kasi dekat diorang la."Syamil sengih.
      "Kau ni rupanya orang hebat hebat jugak yer."
      Syamil mengangguk.
      "Kau pulak?"Syamil pula menyoal.
      "Cerita aku berakhir dengan kesedihan la."Shafa' tunduk.
      "Jalan cerita kita panjang lagi la.Mana kau tahu ia dengan kesedihan.Mungkin kesedihan kau tu mengajar untuk kau mendapat kebahagiaan."Syamil memandang Shafa' penuh bermakna.
      "Yerlah.Moga moga betul.Kau nak tahu,orang yang aku suka kahwin hari ni.Tu yang sedih tu."Shafa' menggoyangkan kakinya.
      "Dr.Hasif?"Syamil mengagak.
      "Mana kau tahu?"Terangkat kepala Shafa'.
      "Ak..aku hentam jer.Betul ker?Tak sangka pulak."
      Shafa' menolak bahu Syamil.
      "Takkan kau hentam tepat seratus peratus.Mesti ada orang beritahu ni."Mata Shafa' mencerun memandang Syamil.
      "Okey fine,aku tahu dari mak kau."
      "Mak aku?"
      "Aku selalu pergi rumah kau la.Nak jumpa Bobot.Sampai satu hari,mak kau rupanya curiga aku selalu sangat jenguk rumah kau.Lepas tu aku cerita la dekat mak aku.Lepas tu rapat pulak.Mak kau cerita plak dekat aku pasal kau."
      Shafa' mencebik.
      "Kau takut jumpa dentist waktu kecik kecik sebab dentist makan orang."Syamil ketawa berdekah dekah.
      Shafa' mencubit pinggang Syamil.
      "Aku mimpi la."
      Sepi.
      "Kau nak tahu.Kita kenal 15 minit je.Tapi dalam masa 15 minit tu,aku gunakan betul betul sama ada benarkah aku suka dekat kau.Kau nak tahu jawapannya?"
      Shafa' menelan air liurnya.Part ni part yang paling aku benci.Jiwang!
      "I'm falling love with you."
       Shafa' tunduk.Malu la.
      "Kau nak tahu,aku sendiri tak sangka Bobot pilih kau.Hari tu aku terpaksa serahkan Bobot sebab aku nak larikan diri.Aku tak boleh bawa Bobot sekali.Aku pun kata dekat Bobot. Bobot,kau kena pilih tuan baru.Aku sibuk.kau pilih je mana kau nak.Nanti aku bagi.Aku akan pastikan orang tu jaga kau.Lepas tu Bobot pilih kau.First time aku tengok,jantung aku berdegup kencang."
      "Jiwang la kau ni."Shafa' menolak bahu Syamil.
      "Sekali sekala."
      Shafa' senyum segaris.
      "Lusa aku hantar rombongan."Selamba Syamil berkata tanpa riak.
      "Okey.Takper,aku setuju."Shafa' sengih.
      "I'm serious la."
      Shafa' mengembangkan hidungnya.
      Lawak spesies apa la mamat ni buat.Aku tak boleh gelak pun.(-..-)

      "Buat air."Puan Nora memberi arahan.
      "Siapa datang ibu?"Shafa' menghirup air teh yang panas itu.
      "Ada orang merisik kau."Tersembul air yang diminum Shafa'.
      "Ish kau ni,ibu ingatkan paip bocor mana la tadi."
      "Siapa ibu?"Shafa' menelan air liurnya.
      "Nama dia Syamil Hariz tak silap."Puan Nora mengambil jug.
      ARGH!!!Betul la mamat tu memang takder otak!

       "I love you."
       "Me too."
       Syamil mengucup dahi isterinya.
       "Sayang awak ketat ketat."kata Syamil perlahan di telinga isterinya.
       "Benci awak longgar longgar."Shafa' sengih.
       "Loyar buruk ye isteri abang ni."Syamil menarik hidung isterinya.
       "Isterimu memang suka loyar buruk.Tulah,gatal lagi nak peristerikan dia."
       "Tapi kita sayang dia la.Tu yang nak jugak tu."
       Shafa' senyum mekar.
       "Sayang abang sangat sangat."Shafa; bersandar pada dada suaminya yang tegap itu
       "Muahaha,abang memang disayangi pun.
       "Gegeh la abang ni."Shafa' mencubit pinggang Syamil.
       "Suamimu memang gegeh.Siapa suruh setuju nak kahwin.Padan muka."
       "Saya cintakan abang la."
       Syamil merangkul pinggang isterinya.Dikucup dahi Shafa'.
       "I really love you.Hati abang dah memuncak ni.Tak tahan sangat cintakan sayang."
       "Abang,mungkin abang bukan lelaki pertama yang bertakhta di hati ini tapi abang lelaki pertama yang menjadi pasangan hidupku.Shafa' harap,abanglah lelaki terakhir yang akan Shafa' cintai."
       "Begitu juga abang.I love you."
       "I love you too."Pelukan dieratkan.Sesungguhnya,aku amat mencintaimu.Biar malam berganti siang,biar siang berganti malam,cintaku padamu adalah cinta terakhir yang mana hanya satu di hati.I love you.
        

Ditaip oleh tuan rumah!Follow yuk! :D

No comments:

Post a Comment