ASSALAMUALAIKUM Fizi!Lama tak jumpa brother?Ko amacam.Sihat?"
"Wa`alaikumussalam.Ko pehal Yani?Demam eh?Kan baru semalam je kita berbual."Fizi mula naik hairan.
Izz Zayani ketawa kecil. "Relaks ar brother.Aku melawak je."
Izz Zayani mula mengambil tempat di sebelah Fizi a.k.a Nazim Othman.
Selepas 5 minit,masing masing diam membisu.
"Ko pehal ni?Takder kerja ke?Tetiba ja duduk sebelah aku."Fizi mula bersuara.
Alahai bos aku ni,tadi kata nak muncul.Sekarang,batang hidung pun aku tak nampak.Hadoih!,Izz Zayani menggeleng geleng.
"Kau ni betul ke tak ni Yani."Fizi mulai hairan dengan tindak balas dari Izz Zayani.
Jeng jeng jeng!Keluar jugak mamat tak berapa nak betul ni.
Amar keluar dengan gaya machonya.
"Ouh Encik Amar.Hensemnya kau hari ni."kata Izz Zayani selamba.Tiada perasaan.
"Ouh.Thank you Yani.Saya nak masuk kerja balik."
Fizi mula garu kepala.Apehal dengan bos aku ni,keluar kafe dengan ala ala macho lagi.Lepas kena puji,nak masuk balik kafe sambung kerja.Kenapa semua orang pelik sangat hari ni!
"Thank you la Fizi sebab benarkan aku buang masa kau."Izz Zayani bangun sambil ketawa kecil.
Fizi hanya menggeleng geleng.
"AMACAM bos?Hebat tak lakonan saya tadi!"sergah Izz Zayani.
"Kepala otak kau!Keras macam batu betul la puji aku tadi.Nasib la aku pandai cover."Amar mula buat muka marah.
"La...bos jugak yang salah.Saya tunggu bos punya lama dekat luar tadi.Bos tak muncul muncul lagi."
"Tadi saya tengah perbetul spek hitam saya ni.Tie saya pun senget.Takkan kalau semua benda senget awak nak puji saya hensem jugak kot."
"Aper aper je la bos.Sekarang saya dah puji bos.Esok nak kena jugak ker?"
"Tak payahla.Buang masa saya jer.Kalau awak tak puji pun saya tahu saya ni memang dah hensem."
Berdekah dekah ketawa Izz Zayani.
"Tak betul ke apa yang saya cakap?"
"Tak der lah bos.Betul sangat!"Izz Zayani keluar dengan sisa baki ketawanya.
Selepas keluar,dia menggeleng geleng.Selalu perasan bos aku yang pelik tu.Hadoih!
"WOW!Cantiknya baju ni.Naufal,sesuai tak dengan I?"tanya Sorfina sambil membelek belek baju yang dia berkenan tu.
Sorfina yang sudah lama menanti jawapan Naufal mengalih memandang Naufal pabila pertanyaannya tidak berbalas.
"Naufal?Termenung aper tu?"
Naufal tersedar.
"Oh..sorry.You tanya I ke tadi?"
Sorfina hanya melepaskan keluhan.
"I tanya you,sesuai tak baju ni dengan I."
"Ar..sesuai."katanya dengan tersenyum.
Sorfina seperti tidak berpuas hati.
"Kalau you yang pakai memang la sesuai.You kan memang dah cantik.Pakai apa apa pun tetap nampak cantik."tambahnya lagi pabila melihatkan Sorfina seperti tidak berpuas hati dengan jawapannya.
Sorfina mula berpuas hati.Ni la satu perkara yang aku boleh suka kau.Kau pandai pujuk hati yang sedang berduka.
Sekali lagi,Naufal termenung.Teringat lagi sewaktu dia bersekolah menengah.Dia mengeluh.
"Naufal,Naufal.Tengok la ni.Cantik la bunga ni."jerit Izz Zayani memanggil Naufal.
Naufal berlari lari mendapatkan Izz Zayani.
"Nice."
Naufal memetik sekuntum bunga orkid.
"You minat bunga orkid?"tanya Naufal.
Izz Zayani hanya mengangguk.
"Kenapa?"
"Sebenarnya,dulu Yani tak suka pun orkid.Tapi entah,bila kita jadi kekasih,Yani nampak orkid ni muka macam Naufal la."kata Izz Zayani sambil ketawa.
Naufal juga turut ketawa.Naufal meletakkan orkid di sebelah mukanya.
"Serupa ker?"tanyanya dengan ketawa kecil.
"Serupa sangat!"Izz Zayani masih belum berhenti ketawa.
Kring,Kring,Kring
"Alamak!Rehat dah habis la.Naufal masuk kelas dulu yer."
"Ok."
Naufal tersedar.Dulu,siang malam fikirkan engkau.Tapi,sekarang apa artinya cinta tanpa kamu.
"Naufal,jom pergi makan."
"Makan dekat mana?"
"Jom makan dekat kafe bakal tunang I.Alang alang you boleh jumpa dia.Ok tak?"
Naufal tersenyum.
IZZ Zayani termenung.Naufal,Naufal,Naufal.Aku teringin sangat nak jumpa kau.Tapi,aku sendiri tak pasti kau dekat mana.
"Yani!"jerit Amar.
"Kenapa bos?
"Tadi bakal tunang saya call.Dia kata dia nak datang sini.So,Yani akan ambil pesanan dia dengan kawan dia sorang.Kalau boleh tu,pakai la minyak wangi."
"Minyak wangi?Tak nak la bos."
"Takperlah.Asalkan Yani nampak kemas nanti."
"Worait bos!"
Izz Zayani keluar dari kafe.
"Fizi!Aku okey tak macam ni."Izz Zayai siap berpusing pusing lagi.
"Kau memang dah okey dah.Kenapa ni?Tetiba ja tanya."
"Kejap lagi aku nak kena layan VIP la."
Fizi hanya mengangguk kecil.
Izz Zayani masuk ke dalam kafe.Macam budak budak.
"NAUFAL,cepat la."gesa Sorfina.
Naufal segera mengikuti Sorfina yang telah meninggalkannya jauh di belakang.
"Naufal.Look!Nazim Othman la!"jerit Sorfina.Dia menarik lengan Naufal.
"Mana?"
"Tu!Yang duduk bawah tenda kecik tu."
Mereka merapati Fizi.
"Nazim Othman?"tanya Sorfina.
Fizi mengangkat kepalanya.Kemudian dia menggeleng sambil tersenyum.
"Nama penuh saya Muhammad Hafizi Razmin Bin Mohd Nor.Nick name,Fizi.Muka saya mungkin memang ada ala ala Nazim Othman.Tapi,saya bukan dia."
Sorfina hanya mengangguk kecil.
"Dah la Naufal.jom masuk.Mati matian I ingat Nazim Othman tadi."Naufal hanya menjadi pak turut.
Selesai mengambil tempat duduk,Sorfina memanggil pelayan.Izz Zayani dah ready.
"Ler,kawan bakal tunang bos aku ni laki rupanya.Nasib aku tak tabarruj sangat."
Izz Zayani menghampiri.Dipegang bukunya dengan kemas.
Sampai di meja mereka,dia terus memandang buku.Tak sanggup rasanya nak pandang mereka berdua.Nampaknya,lelaki tu pun tak pandang dia.Selesai mengambil pesanan,dia segera berlari masuk ke dapur.
Lebih kurang beberapa minit,dia datang dengan mebawa dulang yang penuh dengan makanan.
Dia meletakkan satu persatu makanan di atas meja Sorfina dan Naufal.Dipandang wajah bakal tunang bosnya itu.
Tersentak dia dibuatnya.
"Mak ai,minah ni ka."desisnya.Nasib tak didengar sesiapa pun.
Dia berpura berpura tidak kenal gadis itu.Dipandang pula lelaki itu.
PANG!
Jatuh habis makanan yang dibawa dengan satu dulang itu.
Naufal?Dia menelan air liur.
Naufal memandang Izz Zayani.Izz Zayani tahu Naufal terkejut.Kemudian Izz Zayani tersenyum.
"Hye Naufal!"kata Izz Zayani ceria.
Amar yang mendengar bunyi dentuman la katakan segera ke Izz Zayani.
"Hey,saper ni Naufal!"berontak Sorfina.
"What`s happen ni?"Amar pula menyoal.
"You ni saper plak?"Sorfina mula kaget.
"I ni pengurus kafe ni la.Sorfina right?"
Sorfina terkejut.Hak amboih!Hensem jugak rupanya bakal tunang aku ni.
Naufal hanya diam dari tadi.
"Naufal!I tanya you ni.Pompuan ni saper dengan you."
Naufal mula bersuara.
"Maybe dia peminat I.Tu yang dia kenal I."
Izz Zayani tersentak.Weyh!Aku kekasih kau la.
"Naufal!Ni Yani la.Izz Zayani.Kekasih you dulu."
"Izz Zayani?Ko ni ke pompuan gila tepon aku hari tu?"Sorfina mula potong stim.
"Mana ada!"Izz Zayani menafikan.
"Ko ni betul ke kekasih Naufal?"tanya Sorfina.
Izz Zayani mengangguk.
"Naufal!"
Naufal menggeleng.
"I tak kenal dia pun.Dah la.Jom Fina,makan kat tempat lain.I takder mood la nak makan dekat sini."Naufal dan Sorfina mula mengorak langkah.Sorfina sempat mem`bye,bye' dekat Amar.Amar sekadar tersenyum.
Izz Zayani memandang kosong.Hatinya retak.Rasanya bagai dihiris dengan pisau yang tajam.
"Saya minta maaf bos."
"Hem..takperlah.Mak Zah,tolong Yani kemaskan ni."
Mak Zah hanya mengangguk.
IZZ Zayani duduk di belakang kerusi kafe.Dia menekup mukanya.Kemudian dia menangis.Terimbau pulak ketika di sekolah menengahnya.
"No one can change the fate."kata Naufal ketika di hari akhir persekolahan.
Izz Zayani menangis di kala itu.
"Yani mesti rindu dekat Naufal nanti."
"Naufal pun akan rindu dekat Yani."
"Naufal,Naufal janji ye dengan Yani,nanti kalau kita dah lama tak jumpa,kita ditakdirkan lagi untuk berjumpa,ambiklah Yani jadi kekasih Naufal semula."
Naufal tersenyum.
"Naufal janji.Naufal takkan lupa wajah Yani sampai bila bila."
Izz Zayani tersenyum.
Kini,baru dia sedar semua kata kata Naufal hanya palsu.Dia keseorangan menangis teresak esak di belakang kafe.
"Yani tak apa aper?"suara itu mengejutkannya.
Izz Zayani cepat cepat mengelap air matanya dari mengalir.Tapi,lagi diseka,lagi turun banyak.
Amar mengambil tempat di sebelah gadis itu.
"Nah!"hulur sapu tangan Amar kepada Izz Zayani.Izz Zayani mencapainya.Diseka air mata.Kemudian diletakkan di hidungnya.
'Alahai,sapu tangan aku tu dah la mahal.Biarlah.'omel Amar di dalam hati.
Akhirnya,Izz Zayani menangis jua.Dia bersandarkan kepalanya di bahu Amar.Dia tak tahan.Dia benci ditipu.Bertahun tahun dia tunggu Naufal,tak sangka Naufal dah lupa dengannya.Amar hanya mengusap usap belakang Izz Zayani.Tiada suara yang menghalang mereka.Sunyi sepi sehinggalah Izz Zayani terlelap.
No comments:
Post a Comment