Inche Kacak + Puan Chantik

Saturday 26 November 2011

Super Teenage Girls Bab 1

Penulis:CloveriQ

              

     CI-FAK TERMENUNG.Teringat kembali sewaktu kecilnya.Yang mana laki tu boleh buat dia anti dengan lelaki.Hum...
Di balkoni rumah,dia termenung mengimbau kembali ketika kecilnya.
     "Argh!Jangan la kejar lagi!"Ci-Fak terkocoh kocoh lari.Di dalam semak hutan itu,dia penat.Tapi digagah sedaya upayanya.
     "Kalau macam tu Shifak,janganlah lari!"Akram tersengih mengejar Ci-Fak.
     Bila leka,tanpa sedar kakinya tersadung pada sebuah batu.Dia pun tersungkur.Ci-Fak memegang kakinya.
     Akram menghampiri.Akram tersentak.Dia memegang kaki Ci-Fak.
     "Sorry."Hanya itu yang dilafazkan.Segera Akram mengambil sapu tangan dari poket seluarnya.Dibalut luka gadis itu.Wajahnya jelas kelihatan risau.
     Ci-Fak sekadar memerhati.Takkan nak marah kut.Setelah selesai membalut,dia berpaling ke belakang.Badannya juga turut berpaling.Seolah olah hendak mendukung.
     "Eh?Nak dukung ker?"Ci-Fak terpinga pinga.
     "Yer la.Habis?Nak Akram heret sampai rumah ke?"Kata Akram sambil ketawa kecil.
     Ci-Fak menturuti.Dharurat dah ni.Kena ikut je.
     Akram mendukung Ci-Fak sambil tersengih.
     "Sorry kalau berat."Ujar Ci-Fak.
     "Tak per.Akram ni kuat la.Lain la kalau berat Shifak macam gajah."Ketawanya meletus.Ci-Fak hanya mencebikkan bibir.Dah macam tikus mondok je.
     Akram mendukung Ci-Fak sampai la kerumah Ci-Fak.
     Kelibat Linda sedang berulang alik di depan rumah Ci-Fak membuatkan Ci-Fak mengangkat kepalanya yang selama ini dibenamkan di atas bahu Akram.
     "Akram!Tadi I pergi rumah you.Ibu you kata you takder.Ibu you kata you pergi rumah Shifak!Eh Shifak!You ni kenapa?Sampai nak kena dukung pulak."Kata Linda seolah olah tidak berpuas hati.Dia memeluk tubuh sambil mendengus.
     Tanpa menjawab pertanyaan Linda,Akram mendukung Ci-Fak masuk ke dalam rumah.Akram tidak menghiraukan keadaan Linda yang sedang terpinga pinga itu.
     Hey Shifak!Ko pehal?Kau tau kan yang aku ni dah lama syok dekat Akram tu.Yang kau cuba cuba rapat dengan dia apehal?Kau tengok yer Shifak!What you give,you will get back.More!,gumamnya rendah.
     Ci-Fak tunduk.Malu pun ader la jugak.
     "Okey?"Tanya Akram setelah selesai menyapu ubat.Ci-Fak mengangguk kecil.
     Akram sekadar senyum segaris.
     "Rasanya,awak boleh balik dah Akram.Takut ibu awak risau je."Ujar Ci-Fak perlahan.
     "Eh,ni kira menghalau ker ni?"Akram masih tersenyum.
     "Sepupu sepapat menghalau je."Selamba Ci-Fak menuturkan.Akram sengih.
     "Okeylah.nanti Akram datang lagi."Dia mencapai tangan Ci-Fak dan mengucup dahi Ci-Fak.Tersentak Ci-Fak dibuatnya.
     Ci-Fak tersedar dari lamunannya.Eii!Geli plak bila teringatkan.Bukan sekali dua laki tu buat.Dia mengeluh.Sampai sekarang,aku tak suka bila jumpa laki.

     HAN MENGELUH.Abang abangku dah balik.Mesti kena berleter je ni.Han memandang sekeliling ruang tamu.Gi-la!Semak nak mampus!Adik adiknya pula ada yang terbengkalai dekat lantai.Yang lain tengah lawan patung.
     Zikri masuk ke dalam rumah.Dia seperti teramat terkejut.Eleh!Macam tak biasa pulak mamat nih.
     "Kau tak jaga adik ker?"Soal Zikri.Han kaku.Angguk pun tidak,geleng pun tidak.
     "Rumah pun semak!"Zikir pulak berleter.Hadoi!Mentang mentang la korang berdua ni kembar,semua nak sama.Kalau sorang berleter,sorang lagi pun nak berleter ke!
     "Argh!Lantaklah!Korang pikir senang ke nak jaga adik adik yang perangainya super power hyperactive!Dah la aku ni pompuan sorang."Han menggeleng.Keempat empat adiknya,semua laki.Jenuh la dia nak menjaga.
     "Biar la!Sekarang aku nak kau buatkan air.Kawan aku datang.5 orang."Zikri mengambil patung patung yang berterabur di lantai.Diletakkan di dalam kotak.
     "Kawan kau,kawan aku jugak!"Sampuk Zikir.
     Han memandang bosan.Bertekak la korang!
     "Tambah aku dengan Zikri.Tujuh!"Kata Zikir.
     "Tambah kami empat orang,sebelas."Sampuk Amin mewakili adik adiknya.
     "Arh!Korang berempat ni pergi minum dekat dapur jer la.Ni minuman VIP sahaja!"Ujar Zikri.
     Ouh!VIP yer?Terangkat sebelah kening Han.Special punyer!
     Han masuk ke dapur manakala abang abangnya itu menjemput teman teman mereka.Abang aku kata VIP yer.Dia membancuh air.Diletakkan air di setiap cawan.Diambil garam dan dimasukkan ke dalam dua cawan.Special untuk abang abang aku la katakan.Dia mengacau dengan sudu.
     Hem..teringin la nak buat jenayah sikit.Dia mengambil tiga cubit garam dan dimasukkan ke dalam satu cawan lagi.Tengok la saper terkena!Hidung Han dah macam nenek kebayan sambil ketawa mengilai.
     Dia mengusung talam itu ke ruang tamu.
     Hingar betul keadaan ruang tamu itu.Gamat dengan ketawa.
     "Ar,minum!"Selamba Han menuturkan.Semua mata tertancap padanya.
     "Minum air,bukan saya."Meletus ketawa mereka semua.
     Sedang yang lain ketawa,ada pulak sepasang mata yang belum lagi beralih memandangnya.Lelaki yang memakai topi Nike.
     "Cukup cukuplah pandang adik aku tu Iz!."Zikir ketawa kecil.
     Aizuddin sengih.
     Oh!Kau usyar aku ye tadi,siap kau!
     Han memberikan tiga cawan berisi garam itu kepada kedua abangnya dan lelaki yang dipanggil Iz tadi.Yang lain diserahkan seperti biasa.
     "Minta diri dulu."Han berpaling sambil tersenyum sinis.Gempak ar!
     "Adik kau sweet la."Kata Azmi sambil menghirup air yang dibuat Han itu.
     "Air dia pun sedap."Sampuk Fikri.Yang lagi dua mengiakan.
     Aizuddin tergelak kecil.Dia mencuba meminum air yang dibuat adik kawannya itu.Zup!Tersembul Aizuddin dibuatnya.Lidah korang kena simbah asid ker!Masin nak mampus!
     "Kenapa ni Iz?"Tanya Zikri bimbang.Apalah yang dibuat dek adiknya tu.
     "Tarappapa.Air adik kau tu..sedap sangat."Aizuddin mengelap mulutnya dengan lengan.
     Zikri dan Zikir mencuba.Sedang kawan kawan yang lain menghirup air,mereka tersembul.
     "Ceh korang berdua ni.Aku ingatkan paip bocor."Kata kata Rafiq disambut gelak ketawa teman temannya.
     Mata Zikir dan Zikri dan berapi.Mereka saling memandang.
     "HANAN!"Jerit Zikri dan Zikir.
     Han terkocoh kocoh berlari keluar dari rumah.Waduh!Bala-saurus!Ngeri!

     AM`NA TERPANA.Mesej pertama yang dia dapat pagi tu.
                 Kita berpisah jer la
     Simple dan mudah difahami.Kekasih aku walaupun keliling pinggang,tapi satu pun tak lekat lama.
     "Acece...dapat mesej cinta ye?"Sengih Fiza. 
     Am`na memerhati mesej itu sejenak."Ni pun kira cinta jugak ker?"Tanyanya bendul.Dia menunjukkan mesej itu kepada temannya.
     Terpana Fiza dibuatnya.
     "Lagi sekali ke Amalina?!"
     Am`na tersengih.Dia menjongket kedua dua bahunya.
     Fiza menggeleng.Waduh!Ni dah lebih dua puluh kali dah ni.
     Erk..daripada aku nak kena leteran minah ni,baik aku blah dulu,getus Am`na dalam hati.
     "Pehal kau ni?Kalau kau dah tak suka,janganlah setuju nak jadi awek orang suka hati je."Fiza mula berleter.
     "Entah.Mana aku nak tahu,diorang tu suka aku ke tak.Dah la,aku nak ambik angin kejap."Am`na menolak kerusi ke belakang.Dia keluar dari kelas itu.
     Am`na berjalan menghampiri perpustakaan.Teringin nak masuk.Dia memerhati jam tangannya.Awal lagi.Dia akhirnya masuk.
     Saper tak kenal Nik Nora Amalina Binti Nik Ahmad.Budak pandai!Ngeh,ngeh,ngeh.Dia tersenyum sendirian.
     Dia mencari cari buku yang diminatinya.
     "Hey Amalina!"
     Terkejut dengan sergahan tu,dia berpaling mencari gerangan suara yang memanggilnya.
     "Aku lah,Azrai.Kekasih kau yang ke 15."Azrai bersandar pada rak buku.
     Am`na sekadar mengangguk kecil.Dari 23 kekasih aku,dia sorang je lekat dengan aku sampai sekarang.Tu pun sebab mamat ni ulat buku macam aku jugak.
    "Study?"Ajak Azrai.
    Am`na tersengih.Boleh jugak.
    Am`na menturuti langkah Azrai.
    Whatever I love study.Mungkin ni sebab aku takder kekasih yang tahan lama.Expert sangat belajar.Kalau kekasih ajak dating,mesti aku kata nak study.Huhu..
    Am`na menggeleng.Tapi,ini hidup aku,suka hati aku lah nak buat apa!

    NUR MENYUMPAH SERANAH SESEORANG.Eish!Kalau aku balik nanti,aku benam kau dekat parit belakang rumah!Dasar bala!Nur memerhati sekeliling.Huargh!Abang aku memang gila tahap tak ingat!Boleh pulak dia minta aku suruh tolong dia masuk aspura ambik sampul surat menatang pa ntah.Nur menggaru garu kepalanya yang tak gatal.
    Mentang mentanglah aku ni kembar pasang dia,boleh je sesedap nasi ayam dia minta tolong aku buat kerja gi-la ni!Nur menggeleng.Dia memerhati sekeliling.Nak tak nak,kena buat jugak kerja gila ni.Kang,lagi lama menyorok sampai bila aku tak dapat.Dia terimbau kembali kata kata abangnya.
    "Abang bukannya apa,cuma abang perlukan sangat surat tu.Kalau sampai dekat tangan orang yang tak diingini,mau tak mampus abang nanti!Kalau ikut abang pun boleh buat,tapi abang pergi KL,abang takut kalau orang yang simpan surat abang tu tersilap langkah,memang koma seminggu la abang jawabnya.Please."Rayu Syazwan Azwari atau Wan separuh mati.
    "Nur takut la bang.Masuk aspura tu bukan kerja senang.Kang terkantoi nanti,tak ke naya!"Muka Nur jelas gelisah.
    "Nur tak payah bimbang.Muka kita memang sebijik!"
    Har!Sebijik!Aku bagi sebijik penumbuk dekat kau nanti!Nur menggagahkan kakinya yang sebenarnya tak rela menjejak ke tangga aspura itu.Dia melangkah dengan hati hati.Dan terketar ketar.Dah kes jenayah ber...
    "Woih Wan!Pehal kau ni?Dah macam penjenayah bersiri je aku tengok!"Sergahan Dani mengejutkan Nur.
    Saper Wan?Aku ker?Alamak!Mampus!Aku dah la tak testing suara lagi ni.
    "Kau sakit ker Wan?"Syakir menepuk belakang temannya itu.Nur tergerak ke depan sedikit.
    Lembiknya kawan aku ni,curiga Syakir dalam hati.
    Lantaklah nak jadi hapa pun!Buat je la suara besar aku!Ngee!
    "Ar..aku nak masuk bilik kejap!"Nur buat suara besar.
    Yang lain mengangguk.
    "Ingat,bilik abang tingkat lapan.E00189-KP.Jangan salah bilik pulak."
     Teringat kata abangnya itu.Ahha!Dah jumpa bilik tu!Dia memulas tombol pintu perlahan lahan.Dibuka.Yes!Takda orang!Dia melangkah dan menutup pintu bilik perlahan lahan.
     "Pergi dekat meja yang ada nama Syakir,cari dekat laci dia.Okey!Selesai kalau dah jumpa sampul surat.Boleh balik terus sebab kawan kawan abang semua kepoh."
     Pesanan abang takkan dilupa.Balik terus.Dia bergegas ke meja belajar yang tertera nama Syakir.Ceh!Abang aku tak bagi tau pulak laci yang ke berapa.
     Dia membuka laci pertama,kosong?Laci kedua pula,kosong jugak?Pehal?Atas meja belajar banyak kemain barang.Dibuka laci ketiga.Ahha!Sampul surat.Terus diambil.Jumpa!Rasa macam nak menari kuda kepang je.Huhu..
     "Woi!Kau buat aper tu!"Woow!Sergahan tak cukup insuran tu mengejutkan Nur.Dipaling ke belakang.
     "Ar...Ak..Aku amik barang jap."Nur tersengih.Kalau hayat aku tercabut,aku saman abang aku!
     "Dekat laci aku?"Dia bertanya.Keningnya terangkat sebelah.Alamak!Empunya laci la!
     "Ar..aku amik barang yang aku letak hari tu dekat laci kau."Bedal je la!
     "Huh?"Jelas sekali dia hairan.
     "Aku baru je kemas barang aku tadi,takder pun barang kau."Dia membaringkan dirinya di atas katil.
     Patutlah kosong semacam je laci kau,baru kemas.
     "Erm..hari tu kau kata kau nak bagi benda tu dekat aku.Tapi sampai sekarang pun kau tak bagi bagi jugak.Tu yang aku amik tu."
     "Oo.."
     Nur melepas nafas lega.
     Aku dengar cerita hari tu,Wan pergi KL.Yang boleh terbit dekat sini apehal plak?Kembar dia ke?Hem..
     Dalam sunyi sepi itu,tolakan daun pintu memecah keadaan sunyi sepi.Haziq masuk sambil tersengih.
     "Awal kau balik Syakir?"
     "Saja!Rasa ada aura membunuh dalam bilik tadi,tu yang balik awal tu."
     Tersentak Nur dibuatnya.
     Haziq memandang Nur.Dia menarik kerusi dan duduk.
     "Wey Wan!Aku dengar citer kau ada kembar pasang?"Haziq angkat kening double.
     Nur lama lama mengangguk jugak.
     "Cun tak?"Haziq sengih.
     "Ar..cun..Cantik sangat."Nur tersengih.Sekali sekala puji diri sendiri takperlah.
     Perasan punya minah,gerutu Syakir dalam hati.Dia tersenyum sinis.
     Dia bangun dari pembaringannya dan berdiri.
     "Agak agak adik kau suka tak badan tough macam ni?"Syakir membuka bajunya sambil bercekak pinggang.
     "Ar.."Nur tidak jadi menjerit.Kalau aku menjerit,kantoi la!Syakir dan Haziq tergelak kecil.
     Nur terkocoh kocoh berlari lari anak. "Entah,aku tak tau la pulak.Dahlah.Aku keluar kejap.Ada hal!"
     Selepas keluar dari bilik itu.Dia bergegas berlari ke skuter nya.Malunya!Argh!Rasa nak menjerit!
     Skuternya meluncur laju meninggalkan aspura itu.
     2 jam kemudian....
     "Wan pergi mana woih!"Haziq menyoal Syakir.
     "Balik rumah kut."
     "Biar betul?"
     "Entah la.Weyh,kembar dia tu nama apa erk?"Syakir bertanya dan menuju ke meja belajarnya.Dibuka laci ketiga.Aku dah agak dah,dia tersenyum sinis.
     "Tak tau.Aku dengar orang panggil Nur je.Dah la wei,tidur."
     Syakir menutup lampu bilik itu.Nur.

     ARE-YEE MEMANDANG SEKELILING.Dipandang satu persatu ahli geng gangster yang sedang mengepungnya itu.Dasar cari nahas betul la korang semua ni!
    "Sayang!Jangan la sombong sangat."Ketua geng gangster itu,Amar Afifi merangkul pinggang Are-yee.Ma-hang-kuk betul la mamat ni!Memang nak kena belasah!
    "Aku dah bagi warning jangan kacau aku.Nak patah gigi ke?"Are-yee bersuara sinis.
    Amar tidak berkata apa.Cuma rangkulan itu makin erat.
    Sabar Are-yee dah memuncak.Dia membuka langkahnya.Korang jangan pandang rendah.Aku ni ada tali pinggang hitam taekwondo.Silat lagi,judo,karate.Semua la.
    Dia menendang,menumbuk Amar.Kalau patah kaki,aku tak tanggung beb!
    Amar akhirnya menggelupur di atas tanah.
    "Cium sikit tanah tu!Senak seminggu jugak la kau jawabnya!"Are-yee berpaling meninggalkan mereka semua.
    "Nasreen!Siap kau!Kami bakal balas dendam."Khalif berani bersuara.Ahli ahli yang lain merapati Amar.
    "Kau pun mengidam nak hilang kaki jugak?"Are-yee tidak berpaling.
    Khalif tersenyum sinis.
    Are-yee meneruskan perjalanannya.
    "Kalau korang rasa dah lama hidup,mai la jumpa aku.Sebelum tu,prepare amalam banyak banyak.Aku,tara hal!"Dia tersengih.

    "YE KAK,ni je yang saya dapat."Fazura menyerahkan sampul kepada Puan Hanim yang sedang duduk di atas kerusi ala mandat besar.
     Sampul bertukar tangan.Puan Hanim seperti membelek belek sampul itu.Dia membuka sampul itu.
     "Awak boleh keluar."
     Fazura tunduk hormat sebelum keluar dari bilik itu.
     Puan Hanim mengeluarkan segala kertas yang ada di dalam sampul.Dilihat satu persatu biodata budak budak itu.
    
     1)Nurul Shifak Amrina Binti Mohd Nor
        -Juara hafazan peringkat negeri.Pantang dicabar.Seorang yang anti dengan lelaki.Hatinya mudah terusik.Kuat makan tetapi tetap tak gemuk.Pandai selamatkan diri kalau kantoi.Lompat tinggi dan lompat jauh,memang terror.Nick name nya,Ci-Fak.

     2)Tengku Hanan Assyakirin Binti Tengku Hamid
       -Terror IT.Kekadang terrible jugak sebab pandai hack facebook bagi yang memerlukan.Pernah curi curi membuka peperiksaan akhir tahun sekolah menengah rendah.Suka menyakat.Gagstrik teruk.Ada abang kembar dengan empat orang adik lelaki.Sampai jemu dengan lelaki.Kawan kawannya memanggilnya dengan panggilan Han.

     3)Nik Nora Amalina Binti Nik Ahmad
       -Budak genius.Dengar cerita tak pandai atau berkomunikasi dengan lelaki.Kekasih keliling pinggang tetapi sorang pun tak lekat.boleh menjawab soalan matematik sebanyak 100 soalan hanya dalam masa 5 minit.Khatam bab kimia.Dan sekarang proses khatam Fizik dan Biologi Form 5 walaupun belum Form 5.Nick name dia Am`na.

     4)Syazwanuri Adilla Binti Dato` Shukeri
       -Pandai berlakon dan menyamar.Pernah curi curi masuk aspura.Ada kembar pasang.Pemalu dengan lelaki.Lari laju dan boleh angkat benda berat.Angkat batu yang besar dengan hanya sebelah tangan walaupun badannya kecik aja.Dipanggil dengan singkatan Nur.

     5)Nasreen Afrina Binti Tan Sri Shuib
       -Terror bab ilmu mempertahankan diri.Pemegang tali pinggang hitam taekwondo.Terror judo,silat karate dan macam macam lagi ilmu mempertahankan diri.Ganas dengan lelaki.Pernah melumpuhkan kaki seorang ketua gangster sementara.Orang memanggilnya Are-yee.

     Puan Hanim ketawa kecil.Kelakar pulak perangai gadis gadis ni.Dia akan mencari mereka berlima untuk operasinya berjalan dengan lancar.Dia tersenyum sinis.




    
     
     
     
     
     
     
     
  
     

Ditaip oleh tuan rumah!Follow yuk! :D

4 comments:

  1. best2, keja sengih ja aq time read nie, teringt Mags 7 dlm [tunas], antara my favourite novel, keep your keja, jgn jadi cam sya, de wan lazy write bdak...hehe

    ReplyDelete
  2. mnarik.... bila nk ltk smbungnnya?? x sabo nak baca.. hehehe

    ReplyDelete
  3. dh siap cuma x post lg..mggu ni post k :)

    ReplyDelete