Inche Kacak + Puan Chantik

Friday, 8 July 2011

Kisah Sebiji Epal








Indah sungguh cuaca pagi itu. Angin bertiup kencang. Sinaran mentari lembut menerangi alam. Tapi sayang, itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada di nun pucuk. Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir,kenapa aku tidak dipetik? Kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihat pasti terbakar seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku. Tapi kenapa aku masih tidak dipetik orang? Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan,manusia memilih rakan-rakannya yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah rakan-rakanku itu yang ada yang sudah buruk dirosakkan serangga? Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan bukan dirinya yang belum tercemar dicuit orang. Apa kurangnya diri ini? Perasaan rendah diri mula bertandang. Semakin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang. Murungnya tidak tertanggung lagi. Lalu,pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah. Apabila sudah berada di bawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitki yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka. Epal menanti manusia bertuah itu. Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun yang datang mengambilnya. Buah-buah yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang. Yang sudah dibelek-belek,dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan. Rasa gembira bertukar menjadi risau. Daripada risau menjadi sedih. Siang berganti malam,hari berganti minggu. Kasihan...akhirnya epal tersebut busuk di tanah menjadi habuan ulat dan serangga...Ketahuilah,wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik. Ia berguguran di tanah. Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada di puncak. Susah dipetik,susah digapai. Mahkota seorang gadis adalah sifat malu. Apabila hilang sifat malu, hancurlah maruahnya. Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang seperti rakan-rakannya yang lain. Akhirnya,tiada lagi wanita yang suci dan mulus, di sekeliling kita ini. Wahai para pembaca yang budiman, ingatlah ketika anda semua melihat anak-anak gadis berpegangan tangan dengan sang kekasih dan bercumbuan di taman bagai suami isteri, ingatlah anda pada kisah ini...Berdasarkan kisah di atas tadi. Apakah yang dpat anda ulaskan di sini? Bukankah ada baiknya epal itu biarkan sahaja dirinya berada di puncak daripada menggugurkan dirinya ke tanah dan akhirnya menjadi hina disebabkan kejahilan dirinya sendiri....
Ditaip oleh tuan rumah!Follow yuk! :D

No comments:

Post a Comment