Inche Kacak + Puan Chantik

Friday, 19 August 2011

Cerpen:Keberkatan Bulan Ramadhan

Untuk bulan puasa ni....sesaja tangan ni gatal nak menulis.Semoga berseronok ya.
Cerpen:Keberkatan Bulan Ramadhan        Penulis:Clover Iq@Asya Aifiqah(Syafiqah Ismail)
Cerpen first aku yang kali pertama siap!Chayokkk...semoga terhibur dari Clover Iq

     

     SEPANJANG perjalanan pulang ke kampung,aku melihat keindahan pemandangan sambil aku memandu.Kadang kadang sedih pula sebab aku sudah lama tak balik ni.Bila aku dah besar baru aku teringat nak balik.Sekarang,umur aku mencecah 23 tahun.
     Aku teringat time aku kecik kecik dulu.Comel jer.Hehe...Bila puasa,waktu malam teman teman aku akan ajak aku main mercun.Aku ketawa kecil sendirian.Paling lawak bila abang Fitriah join.Erk..Fitriah dan teman teman aku yang lain macammana la agaknya.Aku rasa bersalah meninggalkan mereka dengan persoalan.Tak perlah,raya nanti aku minta maaf.Hehe...
Saat aku memandu,terimbau kembali ketika di zaman kecilku.Di mana,pada waktu kecik aku boleh jatuh hati..Oh!

     Sekumpulan kanak kanak kecil sedang aktif bermain layang layang di sawah padi.Tak silap berumur dalam 9-12.
     "Woit!Kau tak penat ke Khairil?"soal Yana dengan keadaan tercungap cungap.
     "Buat aper nak penat?Kita kena aktif always."Steady je ayat lepas dari mulut Khairil.Memang dasar!
     "Tapi aku penat.Aku dah la puasa ni."Yana terduduk.
     Khairil dengan tidak berperikemanusiaannya bertanya "Kau puasa ker?"
     "Pehal?Kau nampak muka aku macam tak puasa ker?"
     "Ader la sedikit tidak kepercayaan lagi aku kepada kau."Khairil memperbetul layang layangnya itu.
     "Lantak kau la nak percaya aku puasa ke tak."Yana mencebik.
     Khairil memandang Yana sejenak.Kemudian dia membawa pandangan ke tempat yang lain.Dilihat teman temannya yang lain masih aktif sedang berlari lari.Korang puasa ke tak?
     "Kau fikir aku tak puasa ker?Aku pun puasa jugak.Cuma...well aku ni kan aktif."Khairil siap buat gaya model lagi.
     Yana memandang Khairil. Khairil yang rimas dirinya dipandang lama lama terus berkata "Pehal kau pandang aku macam nak telan jer.Well...aku tahu la yang aku ni hensem pun.Jangan la pandang lama lama."Dia buat gaya model dia lagi.
     Yana tertawa kecil. 
     "Kau megah la bulan puasa ni.Batal puasa kau aku tak tahu."Yana masih ketawa dengan tawa kecilnya itu.
     "Ar..cik adik jangan salah faham.Encik Khairil bukannya megah tapi dia cuma bersyukur."kata Khairil.
     Yana akhirnya ketawa juga. 
     "Kau ni tak serius betul la."kata Yana sambil melempar daun yang ada berdekatannnya kepada Khairil.
     Khairil hanya tersenyum melebar.
     "WOih!Pehal korang berdua tak main dah layang layang ni?"tanya Fitriah sambil diekori Faiz.Bukannya nak mengumpat bulan puasa ni,cuma Faiz tu tembam sikit.Tapi dia cute per!
     "Layang layang ni tak ada masalah tapi orang ni yang ada masalah sikit."kata Khairil sambil memandang Yana.
     Fitriah mendekati Yana. "Kau puasa ker?"
     Yana hanya mengangguk. Tetiba je Fitriah ketawa.Khairil,Yana dan Faiz hairan.Lawak ke kalau ada orang puasa?
     "Pehal kau gelak Fitriah?"tanya Faiz.
     "Kau tak puasa ke Fitriah?"straight je ayat Yana.
     "Woi!Banyak kau kata aku tak puasa.Hoi,kau tak payah la dengki dekat aku pun kalau aku puasa.Hey!Aku ketawa sebab tak percaya orang macam Yana yang cepat dahaga ni boleh puasa.So?Jangan kau tuduh aku tak puasa suka hati kau!"tengking Fitriah.Mungkin dia marah sungguh.
     "Fitriah..aku nak melawak je dengan kau.Pehal kau over sangat?"Yana macam tak berpuas hati.
     "Relaks ar.Kenapa bergaduh ni?Bulan puasa la.Takkan nak gaduh lagi."Khairil sebagai abang abang mereka menjalankan tanggungjawab.
     Yana dan Fitriah ni selalu bergaduh.Tak faham dia.Yana dan Fitriah kedua duanya berumur 11 tahun.Dan Faiz yang comel kau umur 10.Paling muda beb antara kita.Aku,yang bakal menghadapi UPSR boleh main layang layang lagi.Aduhai,omel Khairil dalam hati.
     Fitriah bagaikan merajuk.Dia melemparkan layang layang dekat Yana.Lidi yang sedikit tajam terkena tangan Yana.
     Kemudian,dia berlari meninggalkan tempat itu.Ditambah sakit hatinya pabila Khairil seperti membelek luka di tangan Yana.Dia tak pernah tengok hati aku.Betapa sakitnya bila aku tengok kau dengan dia.Fitriah menangis sepanjang perjalanan.

     YANA berbaring di atas katil selepas Solat Maghrib. "Assalamualaikum...Yana.Oh Yana!"kedengaran macam suara Khairil.
     Yana bangun dan pergi ke hadapan pintu. Dia tersenyum manis melihat Khairil dan Faiz datang ke rumahnya.Tetapi,senyumannya terus pekat pabila dilihat Fitriah mengekori Faiz.
     "Relaks ar Yana.Aku nak ajak kau berdamai dengan Fitriah ni."kata Khairil.
     "Sorry.Aku over sangat dengan kau tadi."Keras je pernyataan Fitriah.Fitriah menghulurkan tangannya.Macam tak ikhlas jer.
     Yana menyambutnya.Fitriah hanya tersenyum sinis.Ko pikir aku ikhlas sangat ke?Aku salam ni pun sebab Khairil yang suruh,katanya dalam hati.
     "Dah la.Jom main mercun."ajak Faiz.
     "Kejap ar.Time orang solat terawih baru kita main."cadang Yana.
     Fitriah macam tak berpuas hati. 
     "Khairil,biarlah kalau dia nak main time orang solat terawih.Kita main la sekarang.Only you and me."Fitriah memuncungkan mulutnya.
     Yana pelik dengan Fitriah.Bukannya dia tak tahu yang Fitriah ni syok dekat Khairil.Lagipun dia tahu kalau setiap kali Khairil dengannya,pasti ada yang iri hati.
     "Habis?Faiz kau nak letak mana?"soal Yana.Faiz macam tertunduk tunduk.Dia mencebikkan bibirnya.comel per.
     "Aku rasa ikut cadangan kau la Yana.Lepas solat Isya` time orang solat terawih."kata Khairil mengusap usap dagunya.
     Fitriah nampak macam tengah panas.Mungkin marah sebab Khairil membelanya.
     Yana hanya berpeluk tubuh.Hati Fitriah memberontak.Kau tunggu masa kau Yana,tekad Fitriah.

     "READY Yana?"tanya Khairil.
     "Aku okey jer."kata Yana sambil tersenyum.Fitriah macam marah.Dia tak tanya pun sama ada aku ni ready ke tidak.Dasar berat sebelah,gerutunya dalam hati.
     Khairil memberi seorang satu mercun.Hehe..main la.Niat Fitriah ingin membalingnya kepada Yana.
     Sedang yang lain seronok bermain mercun,Fitriah membaling mercunnya berdekatan Yana.Setakat baling tak pasang dengan api buat apa...Mesti la Fitriah ni dah pasang dengan api.
     Yana mula mulanya tak perasan tapi...
     Khairil menolak Yana dan kedua duanya jatuh berdekatan semak.
     "Kau okey?"tanya Khairil yang masih menghempap Yana.Namun tiada respon.
     Khairil bangun dan menepuk nepuk pipi Yana. "Yana?"
     Fitriah dan Faiz menghampiri. Fitriah buat muka terkejut.Akhirnya,Khairil mengongkong Yana masuk ke dalam rumah.Jeles beribu batu la Fitriah ni.Sakit hatinya.
     
     "Aku tak nak main mercun dah."kata Khairil kepada Yana.Mereka duduk di satu pondok pada suatu malam.
     "Kenapa?Bukan kalau ada kau mesti ada mercun dan kalau ada mercun mesti ada kau."kata Yana sambil tergelak kecil.
     "Sebab kes kau pengsan hari tu,aku trauma dah."
     Yana hanya tersenyum.
     "Hey!Hey!Dah..aku tak ambik kisah pun pasal tu.Dah,jom ubah topik.Sekarang kan raya dah nak dekat.Nanti kau nak kumpul baper banyak duit raya dekat kampung?Dekat kampung bukan dari ahli keluarga kau"
     "Aku?Aku ingat nak kumpul semaksimumnya RM30.Tapi macam tak boleh jer.Ar..Seminimumnya RM 10.Tapi,selama ni pun aku dapat kumpul berbelas belas.Dicampur pulak dengan ahli keluarga aku bagi.Memang banyak le."
     Yana hanya tersenyum. 
     "Buat apa kau kumpul duit banyak banyak ni?"
     "Aku nak belajar tinggi tinggi lepas tu aku nak jadi Pilot.Boleh aku bawa mak aku buat haji."Khairil melempar daun daun kecil ke atas tanah.
     "Oh.Kalau aku,aku nak jadi Doktor.Boleh rawat nenek aku yang tengah sakit.Hehe.."
     "Hem.Besarnya cita cita kau."kata Khairil.
     "cita cita kau pun besar jugak per."
     "Tapi,aku ni aper la sangat.Nak jadi pilot tu pun belum tentu."
     "Takper.Sekurang kurangnya kau ada cita cita."

     "MAK!Yana ada penyakit."kata Yana dengan keresahan.
     "Penyakit?Kenapa ni Yana?"tanya ibunya,Puan Raihana.
     "Ada darah dekat tu."Yana sudah mula menangis.Dia takut terjadi apa apa padanya.
     Puan Raihana hanya mengangguk.Kemudian dia tersenyum.
     "Anak mak dah besar."Puan Raihana mengusap usap kepala Yana.
     "Selama ni Yana tak besar lagi ke?"kata Yana sambil mengelap air matanya.
     "Anak mak sekarang dah matang."
     "Aper tu mak?Yana tak faham."
     Puan Raihana pun menerangkan segalanya kepada anaknya itu.

     KHAIRIL sengaja ingin mengejutkan Yana.Dia berlari di belakang rumah Yana.Namun,dia terkejut melihat kelibat seseorang tengah makan.Dasar tak puasa,sape ni?Khairil hairan.
     "Yana?"
     Yana memusingkan badannya.Keropok di tangannya disorok bawah tudung.
     "Kau pakai tudung?Lagipun..kau tak puasa?"
     "Aku..aku bukannya apa..Aku..sebenarnya..."
     Khairil hanya tersenyum. 
     "Tak per.Aku faham."
     "Aper yang kau faham?"
     "Ader la."Start dari sekarang,aku tak nak sentuh kau,katanya dalam hati.
     

     MEMANG hari yang dinanti terutama untuk budak budak sudah tiba.Raya...Raya...Raya..!
     "Yana!Cepatla.Kau ni lambat la."omel Fitriah.Di belakang Fitriah,Faiz.Cepat betul korang bab nak amik duit raya.
     "Aku tengah cepat la ni."Yana berlari lari.Namun,takdir tiada siapa dapat menghalang.Dia tersungkur.Lutunya..berdarah.
     Khairil berlari lari anak pergi ke Yana.
     "Yana okey?"tanyanya.
     Yana menggeleng. 
     "Tak okey."
     Khairil mengongkong Yana. "Jom balik rumah Yana.Nanti takut lagi teruk."
     "Tak nak!Yana nak tengok pemandangan dekat sini dulu."
     "Yana?Jangan degil."
     Yana siap menangis lagi.Untuk pengetahuan,ibunya memberitahu bahawa mereka mungkin bertahun tahun tidak akan ke sini semula.Kerna akan menjaga nenek mereka yang sedang sakit teruk.Jadi,dia berharap dia dapat bersama Khairil untuk kali terakhir.
     "Yer la.Khairil bawak Yana pergi sawah padi."
     Yana hanya tersenyum sambil menangis.

     "KHAIRIL dapat duit raya berapa?"tanya Yana.Mereka sedang duduk di atas sebuah pondok.
     Khairil memasukkan tangannya ke dalam saku bajunya.Dia mengeluarkan duit duitnya.Ada 4 helai duit kertas dan 2 duit 50 sen.Semuanya 5 ringgit.
     Yana teringat perbualan mereka tempoh hari.
     "Aku?Aku ingat nak kumpul semaksimumnya RM30.Tapi macam tak boleh jer.Ar..Seminimumnya RM 10.Tapi,selama ni pun aku dapat kumpul berbelas belas.Dicampur pulak dengan ahli keluarga aku bagi.Memang banyak le."Itulah kata kata Khairil tempoh hari.Dia tahu Khairil kecewa.
     "Banyaknyer.Nanti kalau ada masa Khairil belanja Yana yer."kata Khairil dengan senyuman.
     Yana mengeluarkan duitnya bersama linangan air mata.
     "Nah!Yana bagi dekat Khairil duit raya."Yana meletakkan duit rayanya bersama duit raya Khairil.Yana kan ikut sekali Khairil.Berapa yang Khairil dapat sama dengan apa yang Yana dapat.
     Semuanya RM 10.
     "Yana.Kenapa Yana menangis?"tanya Khairil kebimbangan.Dia menghampiri Yana.
     Yana menangis teresak esak.
     "Dah la.Yana nak balik."Yana menyuakan tangannya untuk di kongkong Khairil.Khairil masih lagi dalam keadaan tertanya tanya.

     TAK sangka Yana terlelap pula.
     "Mak cik.Saya datang ni nak hantar Yana.Tadi dia terjatuh."
     "Ar..terima kasih ye Khairil.Ar..kejap.."Ibu Yana mengangkat Yana dan memasukkan Yana ke dalam bilik.Kemudian,Puan Raihana mengeluarkan duit raya dari dompetnya.
     "Khairil,khairil ambik RM5 ni."kata Puan Raihana dengan senyuman.
     "Mak cik.Khairil nak tanya mak cik,kenapa Yana menangis?"
     Puan Raihana terdiam seketika.
     "Yana tak cerita ke dekat Khairil?"tanya Puan Raihana.
     "cerita apa mak cik?"
     "Kejap lagi keluarga mak cik nak balik ke Melaka.Mungkin,kami sekeluarga tak balik dah dekat sini untuk bertahun tahun lamanya."
     Khairil tersentak.
     "Ta..ta..tapi kenapa mak cik?"Khairil mula rasa tidak sedap hati.
     "Sebab..nenek Yana sakit teruk."Puan Raihana mula memandang tempat lain.
     Khairil cuba menahan sebak dalam dada.
     "Mak cik,mak cik ada kertas dengan pen?"tanya Khairil.Puan Raihana mengangguk.
     "Minta maaf ye makcik menyusahkan mak cik."Puan Raihana hanya tersenyum.
     Khairil menulis sesuatu di atasnya.Kemudian dilipat dan diserahkan kepada Puan Raihana.
     "Mak cik.Nanti kalau Yana dah sedar,tolong serahkan surat ini padanya."Puan Raihana sekadar mengangguk.
     
     YANA terjaga. Itu pun dikejutkan oleh ibunya.Ibunya kata mereka sudah mahu berangkat.
     "Yana...cepat!Kita dah lewat ni."Yana mengikut langkah ibunya.Mereka berdua memasuki kereta.
     "Hana?Barang semua dah masuk dalam kereta."tanya ayah Yana kepada ibunya.
     "Dah bang."Kereta itu meluncur laju.
     "Ar...Yana,mak ada sesuatu."Puan Raihana mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya.Yana mengambil surat itu.Dibuka.
     Yana...Khairil nak minta maaf kalau Khairil selama ini ada buat salah.Khairil selalu menyusahkan Yana.Duit yang Yana bagi,terima kasih yer.Untuk pengetahuan Yana,Khairil sayang sangat dekat Yana.Khairil sanggup tunggu Yana walaupun bertahun tahu.Sekian dari Khairil yang hensem.
     Yana ketawa kecil sambil setitis demi setitis air matanya turun.
     "YANA!"Yana terdengar jeritan dari belakang kereta.Dia memandang ke luar.
     "KHAIRIL TUNGGU YANA PULANG SEMULA NANTI!"jerit Khairil.
     Yana tersenyum sambil diberi flying kiss kepada lelaki itu.Aku pun sayang kau Khairil.

     Sedar tak sedar,Yana dah masuk perkarangan kampung halaman ibu dan ayahnya.Sejak dia dah jadi doktor,ibu dan ayahnya menyuruh dia menjaga nenek di Melaka dan ibu dan ayahnya pulang ke rumah mereka yang asal.Tapi,untuk raya kali ini,dia pulang ke kampung halamannya.Nenek dijaga sebentar oleh temannya,Mei Ling yang juga sama bidang dengannya.
     Dilihat sekumpulan orang dewasa lebih kurang 23-25 sedang bermain main sesuatu.Dia memarkir di sebelah supaya tidak mengganggu mereka.Dia keluar dari kereta.
     Sekumpulan itu menghampirinya.
     "Kau Yana?"tanya seorang perempuan.Ya,seorang perempuan dan tiga orang lelaki.Semua nampak macam model.
     Yana hanya mengangguk.Tiba tiba,perempuan itu memeluknya.
     "Yana!Maafkan aku.Aku banyak iri hati dekat kau.Aku selalu dengki dekat kau.Kau maafkan aku."Perempuan itu siap mengalirkan air mata.
     "Kau siapa?"
     "Aku ni Fitriah la.Takkan kau dah lupa?"
     Yana tersentak.Fitriah?Bermakna tiga tiga lelaki ini..Aik?Pehal ada 3 pulak.
     "Ni Faiz."tunjuk Fitriah kepada seorang lelaki.
     Faiz?Slimnya kau.
     "Assalamualaikum kak."
     Yana menjawab salam.
     Seorang lelaki tadi dah hilang ke mana ntah.Mungkin dia takder kena mengena kot.
     "Maknanya,kau Khairil?"tunjuk Yana.
     Lelaki itu menggeleng.
     "Ini suami aku la."kata Fitriah dengan malu malu.
     "Habis?Khairil mana?"Yana macam bimbang.
     "Aku kat sini la."Yana melihat dalam kereta.Cish.laki tu dah masuk dalam kereta aku.
     "Aku dah lama merinduimu Yana."katanya seakan berbisik.
     Yana hanya tersenyum. 
     Aku pun,namun kata kata itu langsung tidak dilafazakan di bibir.
     
     SELESAI solat terawih,Yana keluar memakai kasutnya.
     "Akak,tadi ada seorang abang hensem suruh jumpa dekat pondok yang dia kata selalu kak pergi."kata seorang budak sambil melihat kertas.Mesti Khairil.Laki tu selalu puji diri sendiri.Yana denga senyuman pergi ke sana.
     "Kita berdua je ni.Tak elok la."kata Yana.
     "Mana ada kita berdua.Tu,adik aku teman."
     "Adik?"
     "Ala..budak yang tadi panggil kau."
     Yana tersenyum. "Mana dia?"
     "Ala..dia ada dekat dekat sini jer.Kejap lagi la jumpa dia.Dia tengah sibuk main game tu."
     "Pehal kau panggil aku datang sini?"
     "Saja..relaks your mind."
     "cepatlah.Aku tak larat tunggu kau."
     "Selama bertahun tahun kau pergi,takkan seminit pun kau tak boleh luangkan untuk aku."
     Yana tersentak.Kemudian dia mengangguk.
     "Okey!Tapi aku takut.Malam malam ni.Takut orang lain salah faham."
     "Kalau macam tu,jom kita kahwin.Takder la orang nak salah faham."Terkejut Yana dibuatnya.
     "Kenapa terkejut?"
     "Dah la,aku nak balik dulu."
     "Kenapa?Kau tak sabar tunggu pinangan aku?Esok aku pergi rumah kau."
     "Betul ker ni?"
     "Betul la."
     Yana tidak dapat mengawal senyumannya.
     "Ala..dia senyum.Suka la tu."kata Khairil mengusik.
     Yana berlari meninggalkan pondok itu.Namun,Khairil mengejarnya.
     "Abang!Jangan tinggal adik seorang dekat sini."
     "Khalif!Kau balik rumah dulu!"jerit Khairil.
     Malam yang penuh keberkatan itu,akhirnya kau dan aku bertaut juga hati.Semoga kekal sampai ke anak cucu.
     
     
     
     
     

     
    
     

Ditaip oleh tuan rumah!Follow yuk! :D

1 comment: