Inche Kacak + Puan Chantik

Thursday, 1 December 2011

Cerpen:Cinta Bertulis

 Penulis:CloveriQ




     "Kau ni la.Jom ikut aku!Ada pertandingan bola sepak la dekat kolej!Jom argh!"Sergah Julia selepas Amiya mengangkat telefon.
     "Kau ni,aku baru je enak tidur.Kacau la!"Amiya menggaru garu kepalanya.Dia menggeliat malas.
     "Dah,dah!Lama benar kau tak datang kolej.Baru masuk dah liat!"Julia mula membebel.
     Amiya berbaring.Malas nak dengar makcik ni berleter.
     "Cuti MC kau 3 hari je pun,yang kau sambung sampai seminggu tu apa pasal?"Julia masih berleter.
     Mata Amiya mula kuyu bak disiram dengan ketul emas.Beratnya nak bukak.Dan akhirnya dia terlelap.
     "Miya?Kau dengar tak ni!"Julia mula menyoal bila sedar kata katanya tadi bagai tiada respon.
     Memang tiada respon pun.
     "Miya!"Jerit Julia.Tersedar Amiya dari tidurnya.
     "Yer la."Amiya menjawab malas.
     "Kau siap cepat.Aku ambik kau dekat depan rumah."
     Amiya terpaksa akur.Kalau aku tak pergi,lagi la makcik ni berleter.Amiya menggeleng geleng.Nak tak nak kena juga merelakan kaki aku ni masuk bilik air.
     Selepas 20 minit dia keluar.Nasib aku cuti,try la terlajak sikit.Dia mengambil baju kurung.Anak gadis melayu beb!Dia menyarung baju itu.
     Setelah selesai bermakeup gitu gitu,dia keluar.Chak,chak!Julia dah ada depan rumahnya.Terror betul budak ni.Amiya sengih pada Julia yang mukanya masam.Amiya membuka pintu kereta.Julia sekadar menggeleng.Bertuah betul budak ni,boleh dia sengih dekat aku.
     Kereta Viva meluncur laju.
     "Pehal kau tak datang kolej lama dah ha?MC kau 3 hari je."Julia memandang sekilas Amiya dan kembali fokus pada pemanduannya.Wajahnya serius.
    "Entah la.Virus penyakit aku tu rasa nak terlajak kut.Sebab aku cuti 3 hari je.Mana cukup.Lepas tu virus tu kata.'Kesian budak perempuan yang comel ni,mesti sakit dia tak lega lagi.'Lepas tu virus pun bagi la aku sakit lebih hari sikit."Amiya sengih.
    "Kau tak payah buat lawak antarabangsa yang langsung tak lawak bagi aku yang tengah serius ni."Julia tidak memandang Amiya.
    Amiya mencebik.
    "Pehal kau serius sangat ni?Happy la skit."Amiya memandang Julia.
    Julia meletakkan tangan kirinya pada dahi.
    "Aku bukan aper pun,just tertekan.Sebab..ada jiran aku ni,dia cabar aku kalau kolej aku kalah bola sepak hari ni,aku kena jadi awek dia.Gi-la!Jiran aku tu,kolej dia la yang lawan dengan kolej aku!"Julia memandang serius wajah Amiya.
    "Pandang depan woi!"Amiya memberi arahan apabila tengok kereta yang dibawa Julia semakin ke kiri.Buat jatuh gaung budak ni baru nak insaf bawa kereta tengok depan.
    "Kesian kau."Amiya gelak kecil sambil meletakkan tangan kanannya ke bibir.
    "Macam tu cara kau kesian dekat aku.Tak patut."Julia menggeleng.
    "Banyak la kau!"
    Selepas setengah jam berada di dalam kereta,baru mereka berdua sampai ke destinasi.Amiya keluar dari kereta dengan malas.Mesti ramai yang tanya aku kenapa lama tak datang kolej.Kepoh ar!
    Amiya menggaru garu kepanya.Bedal jer la.Mereka pergi membeli makanan dan minuman dulu.
    Amiya dan Julia masuk ke tempat penonton.Sempitnya.Datang lewat gini ler.Julia nampak dua tempat kosong.Cantik!
    "Miya,ikut aku?"Julia bersuara biasa.
    Disebabkan tempat itu bising,Amiya tak berapa faham apa yang dikatakan Julia.Lagipun,pendengaran dia pun memang dah kabur gitu.
    "Tanam kau?"Amiya mengangkat kening sebelah.
    Julia memandang masam.Mesti budak ni dengar benda pelik pelik ni.Julia menarik tangan Amiya dan menghampiri dua tempat kosong itu.
    "Kau masuk dulu!"Julia jerit.Amiya mengangguk.Dengar dengar!
    Amiya masuk.Julia kemudian duduk.
    "Game start dah!Kau punya pasal la lewat!"Julia menggerutu.
    Amiya mengangguk sambil tersenyum.Tak dengar la wei!Lantaklah.
    Amiya makan popcorn.Dijerling orang di sebelah.
    "Encik!Game berapa dah?"Amiya bertanya pada lelaki yang memakai spek mata hitam itu.
    "Ha?"Wajah lelaki itu menggambarkan yang dia tak dengar.
    Ish,bising betul la orang dalam stadium ni!Aku cepuk dalam lubang jamban kang senyap!Getus hati Amiya.
    "Game berapa dah encik!"Amiya menjerit.
    Lelaki itu mengangguk kecil.
    "Dua dua kosong lagi.Game baru berlangsung selama 5 minit!"Lelaki itu pun menjerit.
    Amiya mengangguk.Dia minum air pulak.
    Macam tengok wayang jer,cuma bezanya sini bising,sana tenteram habis!
    "Weyh Miya!Kau tengok tu!Dia tu la Rafiq!Pemain bola sepak terhebat dekat kolej kita!Dah la famous!"Julia menjerit jerit.
    Amiya mengerutkan dahinya.
    "Laki mana wey?Banyak kut!"Amiya dah sakit tekak nak menjerit.
    "Yang pakai jersi nombor 10 tu!"
    Amiya mencari cari.Ouh!Tak hensem pun.Ke aku yang rabun.Memang aku rabun pun.Hehe!
    "Aku tak nampak la.Tak jelas!"Amiya sengih sambil jarinya menunjukkan di matanya.Dia tahu Julia faham.
    "Pakai la spek kau!"Julia kembali memandang perlawanan.
    Menyusahkan aku betul la,semata mata nak tengok mamat tu,aku kena cari dalam beg.
    Amiya membuka beg sandang tepinya.Diambil kotak spek.Oo mak ai!Speknya terjatuh ke bawah!Waduh!Buat ada yang lalu lalang memang aku penyepak ar!
    Bila dia tunduk,lelaki disebelahnya juga tunduk.Lelaki itu mencapai speknya.Kemudian lelaki itu senyum mekar.
    Dia memakaikan spek Amiya itu dekat Amiya.Tercengang Amiya dibuatnya.Julia pula sampai terlopong.
    "Khairul Azfar!"Dia menyebut namanya.
    Julia mencuit Amiya.
    "Balak kau ker?"Julia berbisik di telinga Amiya.Amiya menggeleng.
    "GOL!"Semua menjerit.Julia memandang depan.Yeye!Gol!Rasa macam nak sujud syukur je dekat tengah tengah orang ramai ni.
    
   ***


     Amiya menyepak batu dihadapannya.Kalau aku dah datang kolej ni,lain hari pun kena datang jugak la!Kalau aku kata sakit lagi,nampak sangat pembohongnya!
     Amiya menggeleng.
     "Oi!Kepala badak sumbu terbang!"Latah Amiya selepas bola terkena kepalanya.Semua mata memandangnya.Ark..aku latah beb!Dah lama aku buang tabiat tu boleh muncul balik!Ngee!Malunya.
     Mereka yang melihat tergelak gelak.Merah padam muka Amiya.
     "Er..minta maaf."Nada tanpa perasaan Rafiq menuturkan.
     Amiya mencebik.Macam mangkuk la kau minta maaf!Dah kena kepala aku satu hal,buat tabiat lama aku jadi balik satu hal,malukan aku depan orang ramai pun dah satu hal.3 in 1 beb!Dah macam iklan nescafe gitu.
     Amiya mengusap usap kepalanya.
     "Tengok bola ni sama oke?Dah,aku nak blah dulu."Rafiq memusingkan bolanya.
     "Aku jalan tengok depan brother!Bukan tengok belakang macam lu!"Amiya menjelir lidah.
     Rafiq sekadar memandangnya.
     "Pesan dekat bola kau,pasang brek!Nanti terlajak."Sambung Amiya sebelum meninggalkan Rafiq yang bengong tu.
     Amiya masuk kedalam kafe.Dia duduk di satu kerusi.Dia mengusap usap kepalanya.Sakit tahap gaban betul kepala aku ni!Bola dia tu ada besi 100 kilogram ke!
     "Dah la minta maaf macam beruk!Dia fikir best ke kena hentuk dengan bola!"Amiya menggeleng geleng.
     "Cik marah dekat saper tu?"Kata lelaki dihadapannya sambil tersengih.
     Ni mamat yang duduk sebelah aku tadi.Huh!Khairul Zufar tak silap namanya.
     "Khairul Zufar kan?"Amiya meneka.
     Azfar ketawa.
     "Khairul Azfar la!"Dia ketawa lagi.
     "Ni mesti sebab bola mamat tu tadi yang boleh buat segenap ingatan aku hilang!Ceh."
     "Mamat mana ni cik?"
     "Ntah..tak silap namanya Rafiq."

     Azfar menggangguk.
     "Cik nama aper?"Azfar meminum jus orennya.
     "Amiya."
     "Comel nama tu."
     Amiya mengangguk kecil.
     "Rafiq tu sepupu saya."Azfar memandang Amiya.
     "Perangai dia memang macam kera ke?"Amiya menyoal geram.
     Azfar ketawa.
     "Taklah.Bagi orang yang dia rapat.Dia memang sweet."
     "Perangai macam beruk tu pun sweet ke?Blah la."Amiya terbayang beruk memegang bunga ros menunggu di pokok.Pelik?
     
   ***


     Amiya berjalan jalan sambil fikiran melayang.Dah seminggu aku school balik dekat sini.Kerja berkajang kajang pulak bila dah lama tak datang kolej.Menyusahkan!Tapi nak pandai,kena la buat.
     GEDEBUK!!!
     Terlepas semua buku buku,kertas kertas di atas lantai.Ma-hang-kuk betul la.
     "Cik?Tak aper aper ke?"Suara ni macam kenal?Em..dah sah!
     Rafiq sekadar memandang.Kut ye pun kutip la barang barang aku yang jatuh tu.Dia pergi ambik bola dia je!
     "Saya okey je.Best la!Rasa macam nak kena lagi belah macam ni."Amiya sengih sambil bangun.Kalau kau tak faham faham jugak maksud aku memang wassalam la.
     Rafiq mengangguk kecil.
     "Pergi dulu."Dia mengucap dua patah tu dan berlalu pergi sambil memegang bolanya.
     Amiya mencebik.Memang mangkuk tingkat betul mamat ni.Amiya akur.Dia tunduk dan mengutip balik buku buku dan kertas kertasnya satu persatu.
     "Mari saya tolong awak."
     Amiya angkat kepala.Azfar?
     "Thanks."
     Azfar senyum sambil membantu mengambil buku buku yang berselerakan.
     Amiya tahu ada yang memerhati.Takut gossip jer la.
     Setelah selesai mengutip semua,Azfar mengeluarkan sesuatu dari begnya.
     Sebuah buku.'Apabila Anda Jatuh Cinta.'
     "Nak pinjam.Saya dah khatam."Azfar sengih.
     Amiya mengambil.Kemudian dia senyum dan mengangguk.
     
   ***


     "Kau tau tak,tadi Azfar dengan Amiya kemain la mesra tu.Aku ada nampak Azfar tu bagi buku tajuk 'Apabila Anda Jatuh Cinta' lagi beb!"Teruja Hayani menceritakan kepada Aliya.
     "Erk..Tapi nampak sweet la couple tu.Amiya tu kan comel.Azfar pun tak kurang hensemnya kan?"
     Hayani mengangguk.
     Amiya tutup bukunya selepas dua gadis itu berlalu pergi.Dasar!Dah aku kata punya memang jadi gossip.
     Amiya menggeleng.Nak perbetul pun rasanya macam susah.
     "Woih Miya!Pehal ni?"Julia sergah Amiya macam tu jer.
     "Gosip kau dengan Azfar dah meluas la."
     "Kau pun tahu jugak ker?"Terangkat sebelah kening Amiya.
     Julia mengangguk.
     "Waduh!Macam mana ni.Aku bukannya suka pun dekat mamat tu."Amiya buat muka risau.
     "Aku ada satu idea."
     "Idea per?"
     "Kau belajar suka dekat dia.Amacam?"Julia memandang Amiya.
     Amiya merenung jauh.


   ***


     "Aku dah dengar gossip kau dengan Miya tu.Amacam?"Rafiq membaringkan dirinya di atas katil Azfar.Azfar pula sibuk dengan komputernya.
     "Tersebar luas dah ke?"Azfar tidak mengalihkan pandangannya di skrin komputer.
     "Rasanya.Sebab setapak aku melangkah,cerita pasal kau dengan dia je."Rafiq bermain patung monyet Azfar.Dibuat gaya main bola sepak.
     "Baguslah kalau dah tersebar luas."
     Rafiq terbangun dari pembaringannya.
     "You very like her?"Rafiq bertanya hairan.
     Azfar memandang Rafiq.
     "Yes."
     "Wow!Dahsyat kau Azfar.Cinta pandang pertama ke?"Rafiq berbaring semula.

     Azfar mengangguk.
     "Tahniah la."Rafiq sengih.
     Azfar kembali fokus pada skrin komputer.Rafiq memandang Azfar sekilas.
     Dia tersenyum hambar.Entahlah,kenapa aku macam tak seronok je bila dengar berita ni?
   
   ***


     Amiya mencapai buku yang diberi Azfar.Bala betul la!Macam mana ni?Amiya menggaru garu kepalanya.Sadis!Azfar,aku baru masuk je kolej tu,alih alih gossip dah tersebar luas.Ni rasa nak cuti lebih lagi ni!
     Tiba tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej.Amiya segera mencapai telefon bimbitnyaDia membuka mesej.
         Jumpa dekat Taman Frise pukul 5 pagi.
     Ni je yang dia tulis.Weyh,bahaya tu.Walaupun Taman Frise tu dekat je dengan rumah aku.Dia segera menelefon Julia.
     "Huh?Ade per call aku tengah tengah malam ni ha?"
     "Ada orang hantar mesej kat aku nak jumpa pukul 5 pagi dekat Taman Frise.Gila ke hapa?"
     "Kau tak payah pergi la.Menakutkan la.Buat kena culik nanti ha!"
     "Okey,aku tak pergi!"
     "Dah,aku nak tidur!"Julia menutup telefon bimbitnya.
     Amiya menyambung pembacaannya.Lantaklah!


   ***


     "Pehal la kau tak keluar keluar lagi dari rumah kau tu.Sekarang dah pukul 6 tau tak!Ke kau tak bangun tidur lagi."Lelaki itu menggerutu sendirian.
     Dia menggeleng geleng.Kemudian,dia mengambil kertas dan pen.Ditulis di atas kertas itu.
     Dia pergi ke rumah Amiya.Dia masukkan ke dalam peti surat.Takder masa aku nak biar bersampul!
     Lelaki itu pergi meninggalkan tempat itu.
     15 minit kemudian,Amiya keluar dari rumah.Uikss,surat dah sampai.Amiya menghampiri peti surat.Dia mengambil surat itu.Wow,fesyen per ni,takder sampul.
           Weyh!Pehal kau tak datang ha?Penat aku tunggu jer tau!Aku luku kepala kau kang.Dah!Pukul 5 pagi nanti kau datang tau!I'll wait for you!Love you!
     Terangkat sebelah kening Amiya.
     "Miya,surat dah sampai ke?Awal tu."Suara Puan Nora mengejutkannya.
     "Eeh,takderlah.Tadi Miya nak amik angin kejap.Tu yang Miya keluar tadi."Amiya sengih.
     Hem..dah besar anak dara aku sorang ni.Aku sendiri pun tak sedar.


   ***


     "Ni yang aku dapat pagi tadi."Amiya menolak surat yang berada di atas meja kepada Julia.Julia mengambil dan membacanya.Julia pun terkejut.
     "Kau tak payah keluar jugak nanti."Julia memberi nasihat.
     "Tapi aku kesian la dekat dia."Amiya memandang sayu.
     "Apa kata kita cari orangnya nak?Sebab aku rasa ada klu.Kau try cari orang yang selalu sebut `Aku luku kepala kau kang`.Try!"Julia sengih.
     Amiya mengangguk kecil.
     "Aku luku kepala kau kang!"Dua kepala lipat maut memandang tuan punya suara.
     Azfar?
     "Weyh!Kau curi ayat aku.Aku selalu guna ayat tu."Plak dah?

     Rafiq pun guna ayat tu?
     Julia dan Amiya saling berpandangan.Hairan.
     "Jom siasat?"Julia memberi cadangan.
     "Aku rasa Azfar la."
     "Aku pun rasa dia juga.Tapi,jom la siasat!"Julia bersemangat waja.
     "Oke."
     
   ***


     "Kau ke yang bagi surat ni?"Amiya menyuakan surat itu kepada Rafiq.Rafiq dengan berwajah hairan mengambil dan membaca.Kemudian lelaki itu gelak!Eh?
     "Kau fikir aku ke yang bagi surat ni?Lawak la kau ni?Kau fikir aku suka kau?"Rafiq ketawa terbahak bahak.
     Amiya mencebik.Nampak sangat bukan kau!
     Dia blah macam tu jer meninggalkan Rafiq yang masih ketawa.Buat sakit hati jer.
     Amiya mencari cari kelibat Azfar.Mana ni?Batang hidung pun aku tak nampak.
     "Miya!"yes!Azfar.
     "Azfar!Saya nak tanya awak ni."
     Terangkat sebelah kening Azfar.
     "Awak nak tanya aper?"
     "Awak ke yang bagi surat tu?"Amiya bertanya bimbang.
     Azfar lama lama mengangguk.Dia senyum.
     "Kenapa awak bagi dekat saya?"Amiya rasa susah untuk menelan air liurnya.
     "Sebab saya nak luahkan perasaan saya terhadap awak."Wow!Malu siot!
     Orang lain yang melihat menepuk tangan mereka.Malunya!
     "Saya sukakan awak."Azfar senyum mekar.
     Amiya berdebar debar.
     "Nak jadi gilfriend saya?"
     Amiya memerhati sekeliling.Bedal jer la!Kata jer la hati aku ni dah dicuri.Tapi siapa?Aku mana kenal orang lelaki.Rafiq!Ya!Rafiq.Amiya mencari cari lagi.Nasib Rafiq takder.
     "Tapi hati saya dah ada orang yang curi."Selamba Amiya menuturkan.
     Azfar seperti terkejut.
     "Siapa?"
     Amiya menelan air liurnya. 
     "Rafiq."
     Azfar tersenyum hambar.Kalau dah memang takdir untuk bukan kau memiliki aku,aku memiliki kau,aku rela.
    "Okeylah.Nak buat macam mana kan?"
    Amiya tahu Azfar teramat kecewa.Kecewa sangat.Senyuman pun dah jadi hambar.
    "Minta maaf."


   ***


    Amiya merenung jauh padang kolejnya.Dia sekarang tengah mengelamun sesorang dekat belakang kolej.Rasa bersalah pulak dekat Azfar.Dia memejam matanya sejenak.Tup tup,dah ada sekuntum bunga ros depannya.Dia berpaling melihat tuan punya tangan yang memegang sekuntum bunga ros itu.Rafiq?
    "Kau dah tahu ker?"
    Rafiq tersenyum dan mengangguk.Dan aku akui,senyuman tu memang menawan.
    "Ambillah."
    Lama lama Amiya mengambil juga sekuntum bunga ros itu.Rafiq mengambil tempat di sebelah Amiya.Dia tersenyum simpul.
    "Just nak tanya,betul ker?"Rafiq memandang Amiya sekilas.Kemudian,pandangannya kembali pada padang kolej.
    "Entah."Amiya mengjongket bahunya sambil memandang Rafiq.
    "Kau berpura pura betul jer la."Rafiq sengih.
    "Mana boleh gitu."Amiya mencebik.
    "Sebab...aku sukakan kau."Perlahan Rafiq menuturkan.Dia tidak memandang Amiya.
    "Aku salah dengar ker ni?"
    Rafiq tersenyum."Dan orang yang bagi surat dekat kau tu,akulah."
    "Eeh jap!Habis,kenapa Azfar mengaku tu surat dia?"
    "Sebab hari tu,Azfar suruh aku bagi surat cinta dia dekat kau pada hari Isnin.Hari ni la kan?.Tapi aku tak bagi lagi la.Tu la yang dia ingat surat tu dah sampai."
    Rafiq mengeluarkan sesuatu dari begnya.Sampul surat.
    "Nah."Rafiq menyuakannya.
    Sampul surat itu beralih tangan.
    Amiya tidak membuka.Dia meletakkan di dalam begnya.
    "Kenapa selama ni kau berlagak je dengan aku?"Amiya memandang Rafiq.
    "Aku dah banyak kali jatuh cinta,tapi semua gagal.Lepas tu aku buat keputusan tak nak jatuh cinta.Tapi,kali pertama nampak kau,aku tahu aku jatuh cinta balik.Tu sebab malas nak layan kau,takut aku patah hati lagi."
    Amiya mengangguk perlahan.
    "Want to be my gilfriend?"
    Amiya menggeleng.
    "Habis?"
    Amiya berbisik di telinga Rafiq.
    "Oke."
    Mungkin betul kata kau Azfar yang Rafiq ni...
    "Taklah.Bagi orang yang dia rapat.Dia memang sweet."Terimbau kata kata Azfar.Walaupun aku tak rapat lagi dengan dia,tapi aku dah rasa.


   ***


     "Miya,abang dah perkenankan permintaan Miya.Amacam?Suka?"Rafiq merangkul pinggang isterinya itu.
     "Mesti la suka."Amiya sengih.Dia mencium pipi suaminya.
     "Nakal."Rafiq pula mencubit pipi Amiya.
     "Abang,abang ingat tak lagi waktu Azfar luahkan perasaan dia dekat Miya?"Amiya bersuara manja.
     "Siapa tak ingat.Kawan abang la tiba tiba ja tarik tangan abang waktu tu.Tup tup,Miya sebut nama abang.Bila abang tanya kawan abang.Dia cerita habis."
     "Azfar macam mana la sekarang.Rasa bersalah pulak."Mata Amiya jadi kuyu.
     "Miya,malam ni kita berdua je.Mana boleh ada orang lain.Kan?"Rafiq bersuara nakal.
     "Abang gatal la."Amiya mencubit pinggang Rafiq.
     "Jangan la macam tu."
     Rafiq mengucup dahi isterinya.
     "I love you Miya."
     "I love you too Rafiq."
     Dengan itu,malam itu,tahun itu,bulan itu,hari itu,jam itu,minit itu,saat itu...mereka melayari bahtera sebagai suami isteri.Malam pertama beb!Hehe... :)


Ceita ni suka suki jer.Layan jer la .. (-_-llll) 
    
     
    
     
     
     
     
     
     
     
     
    
  


Ditaip oleh tuan rumah!Follow yuk! :D

No comments:

Post a Comment