Inche Kacak + Puan Chantik

Friday, 9 December 2011

Aku Adalah Aku! Bab 1


Citer baru, 10/12/2011  

     "Ready ke korang bertiga ni?"Farzana menyoal apabila melihat ketiga tiga orang sudah berada pada line masing masing.
     Ketiga tiga mereka mengangguk.Dari kanan,Adrina Bt Yusuf.Anak yatim piatu.Kini tinggal bersama maksu dan paksunya.Di tengah pulak,Azmi Bin Shukri.Mat rempit terhebat.Di kiri pulak,Johan Bin Jais.Selalu merempit dan selalu selamat kalau kantoi.
     "Ready!"
     Vroom,vroom,vroom.Ketiga tiga motor memecut laju.
     Di tempat pertama,Azmi sedang fokus pada perlumbaan.
     "Kemenangan mesti milik aku!"Jeritnya sambil memecut dengan lebih laju meninggalkan Johan dan Adrina di belakang.
     Adrina dan Johan pula tengah berselisih.
     "Wei minah,ko tu kecik ja,motor besar!"Johan ketawa.
     Adrina memandang Johan sekilas kemudian kembali pada pengawalan motornya.
     "Loh,yang kau sibuk tu pehal ha?!"Adrina memecut dengan lebih laju.
     Johan terpinga pinga.Dia ditinggalkan jauh di belakang.
     Adrina memecut.Akhirnya,dia sudah nampak kelibat Azmi.Dia memecut lagi.Akhirnya,dia di sebelah Azmi.Dia melambai ke arah Azmi.Azmi terkejut.Kawalannya ke kiri sedikit.Adrina sengih dan memecut.Dah nak sampai ke garisan penamat.
     Penyorak yang lain sudah bersorak.
     "Adrina!"Sorakan itu di sebelah kanan.
     "Azmi!Go!"Sorakan yang tu di sebelah kiri.
     Azmi pula memecut cuba untuk memotong Adrina.
     "Tangkap gambar!Ready!"
     Vroom!Kedua duanya melepasi garisan penamat.
     Adrina membrekkan motornya.Begitu juga Azmi.Mereka masing masing membuang helmet dari kepala.Kedua duanya tercungap cungap.Selepas itu baru kelihatan motor Johan menghampiri.
     "Pemenangnya..."Farzana bersuara lanjut.
     Adrina memandang bosan.Ceh,buat suspen boleh!Cakap je la.
     "Seri!"Farzana menjerit.
     Terangkat kening sebelah kanan Adrina.
     "Wei,ada ke budak nama Seri.Ke kau dah tukar nama dari Azmi jadi Seri?"Adrina memandang Azmi dengan wajah yang jelik.
     "Woih!Lembab la kau ni!Kita seri!Draw!"Azmi menjulingkan matanya memandang Adrina.
     Adrina sengih sambil mengangguk.
     "Aku tau lah.Saja buat buat tak faham.Habis?"
     "Ar,Azmi,Adrina.Korang berdua lawan lain ye nanti.Minggu depan okey?"Farzana tersenyum dan meninggalkan Azmi dan Adrina.
     Adrina menggaru garu kepalanya.Dia memakai helmetnya kembali.
     "Dah la wei,aku blah dulu!Banyak kerja.Nanti maksu aku tu bising!Kang kanser jugak telinga aku."Adrina menggeleng.Azmi ketawa.
     Adrina melambai tangannya sebelum memecut motornya pergi dari situ.

     "ABANG!Dia tu dah naik lemak tau tak!"Datin Syima berleter di luar rumah.
     "Sayang,kita tak boleh buat apa dah budak tu.Memang lumba motor ni kegemaran dia.Nak buat macammana."Dato' Syamsul memujuk.
     "Kalau macam tu,Syima tak nak bela dia!"Tegas kata kata Datin Syima.
     "Kalau Syima tak nak,abang nak!Kalau Syima tak nak abang bela dia,abang yang akan rasa bersalah nanti.Ni amanah terakhir arwah ayah Adrina kepada abang.Lagipun,Adrina tu bukannya saper saper,anak sedara kita jugak."
     "Tapi Syima tak nak anak sedara perempuan macam lelaki!"
     "Syima,dia perempuan.Kalau orang pandang sebelah mata pun dah boleh nampak dia perempuan.Rambut dia paras bahu.Walaupun dia kasar sikit,tapi dia perempuan.Dia tetap pakai baju perempuan.Macammana Syima boleh nampak dia macam lelaki?"Suara Dato' Syamsul semakin sinis.
     Datin Syima memeluk tubuh.Kang aku jadi angrybird baru nak melutut juga orang tua ni!
     Vroom,vroom,vroom!Adrina memasuki perkarangan rumah.
     "Ha!Tu dia dah balik!"Datin Syima menghampiri Adrina yang sudah mem'parking'kan motornya.
     "Baru nak balik?Kenapa tak esok je balik?"
     Adrina memandang wajah Datin Syima dengan pandangan bosan.Kalau ikut memang aku tak nak balik pun.Tapi memandangkan aku ingat lagi mak ayah aku,aku balik jugak.
     "Minyak tak cukup kut."Adrina memberi alasan.
     Adrina berjalan selamba dihadapan Datin Syima tanpa riak.Dia dah lama tahu yang Datin Syima ni tak suka dekat dia.Sebabnya,cepat sangat aku tahu.Datin Syima takut harta harta tu jatuh dekat aku.Arwah ayah aku,dengan Dato' Syamsul adik beradik.Arwah ayah aku berjaya buat syarikat maju.Arwah ayah aku bagi la kerja dekat adik dia jugak.Lepas tu arwah ayah aku meninggal.Dia suruh la adik dia tu tolong uruskan.Dato' Syamsul diamanahkan untuk jaga aku.Sebab ibu aku meninggal waktu aku lahir lagi.Tapi,aku pun tak berapa tahu apa yang dia nak buat sangat dekat aku sampai nak benci benci pulak.
     Datin Syima memerhati langkah Adrina.Perempuan ni langsung tak hormat aku!
     "Assalamualaikum uncle!"Adrina mengangkat tanggannya.Dato' Syamsul tersenyum.
     Adrina melangkah tanpa mempedulikan mata Datin Syima yang tajam memandangnya.Kau fikir aku kisah?Sorry de!
     Adrina masuk ke dalam rumah.Masuk masuk terus nampak Rafiq dengan Dayana tengah ketawa.Rafiq kadang kadang melarikan tangannya pada laptop.
     "Assalamualaikum."Adrina menutur perlahan.
     Dua kepala lipat maut memandangnya.
     "Minah rempit bagi salam?Euk!"Dayana buat gaya gedik.Disambut pulak gelak ketawa Rafiq.
     Ni yang bikin aku berasap ni!Adrina mengawal wajahnya.
     "Nak jawab salam ke tak bukan aku punya pasal le.Lebih baik dari kau,masuk masuk rumah terus 'Hey everybody ' ."Adrina siap buat gaya Dayana masuk rumah lagi dengan gaya gedik.
     Adrina melangkah tanpa mempedulikan jelingan maut Dayana.Apatah lagi Rafiq pula ketawa.
     Adrina naik ke tangga.Dibuka pintu biliknya.Sorry,bukan bilik aku,bilik Shakira.
     "Assalamualaikum Kira.Kenapa tak tidur lagi ni.Dah lewat malam tau tak?"
     "Facebook kak."Shakira sengih.Dalam banyak banyak ahli keluarga ni,uncle,Kira dengan Imran je rasa rasa dapat terima aku.Yang lain,hampeh!
     Adrina duduk di atas katil dan meletakkan helmetnya di atas meja.Shakira ajak aku tidur bilik sekali dengan dia.Datin Syima kata dah takder bilik.Tuih!Banyak lagi bilik tetamu aku jumpa.Lebih kurang tiga empat macam tu.Hampeh betul la!
     "Daripada main facebook ni kan baik latih body malam malam.Tengok macam kak,sukan je malam malam."Adrina sengih.Shakira ketawa.
     "Tapi kak tetap kecik la."Shakira ketawa lagi,malah lebih kuat.Adrina mencebik.
     "Dahlah!Akak nak tidur.Esok gerak kak ye.Kang terlajak."

     DOKTOR Zairiel turun dengan memperbetul speknya.Dia menarik kerusi meja makan.
     "Kamu ni susah betul dapat cuti ni kenapa?"Puan Ziqa mula bertanya.
     "Mak,sekarang ni susah dapat cuti.Mat rempit keliling.Ramai sangat yang kerap accident.Tak boleh buat paperlah."Doktor Zairiel menyedok nasi goreng ke dalam pinggannya.
     "Abang,abang nak tahu tak.Sekarang Zafrul dah cuti sampai 3 kali sedangkan abang tak cuti cuti lagi."Adiknya Zafrul bersuara.
     "Tengoklah dulu mak.Kalau ada sinar kecutian tu nanti Zairiel try minta."Doktor Zairiel sengih.
     Adiknya,Zafrul bekerja sebagai engineer.Heran betul,budak pemalas macam tu.Tapi Zafrul ada kelebihan dia tersendiri,dia pandai melukis.Tapi pemalas.Pemalas tahap dia tu pun boleh jadi pandai.Sedangkan aku,bertungkus lumus baru dapat macam ni.Hampeh betul la!
     "Abang,kejap lagi Zafrul nak pergi tempat kerja abang boleh tak?"
     Doktor Zairiel meneguk air.
     "Buat apa?Sakit ker?"
     "Taklah.Zafrul ni rasanya patut cari calon deh.Zafrul try pekerja tempat abang boleh jugak.Mungkin sebab ramai sangat perempuan cantik tu yang abang susah nak cuti tu."
     Tersedak Doktor Zairiel dibuatnya.
     "Kau jangan merepek la."
     "Nanti Zafrul pergi jugak!"
     Doktor Zairiel,susah nak bercinta sedangkan adiknya memang kasanova.Wajah pun tak serupa.Memang takder iras iras.Perangai pun lain.Tapi masing masing memerlukan.

     
     
     

Ditaip oleh tuan rumah!Follow yuk! :D

No comments:

Post a Comment