“Terima kasih ye Encik Ryan.”
“Sama sama.”Adelia keluar dari bilik kerja Encik Ryan.
Ryan Iskandar diam.Bila difikrkan balik,dia selesa berbual dengan Ed.Rasanya macam dia bukan bercakap diantara lelaki tapi lelaki dengan perempuan.Rasa lain.
“Encik Ryan,nama penuh saya Eddy Sham Bin Faiz.Kenapa Encik Ryan tanya?”Terimbau kata kata Adelia sebentar tadi.
Kenapa bila bercakap dengan aku panggil Encik Ryan.Kalau dia lelaki kenapa tak panggil Ryan jer.Nampak janggal bila lelaki panggil dia begitu.
“Aku kena siasat status dia.”tekad Ryan Iskandar.
“PENAT jugak yer.”Adelia melabuhkan punggungnya ke atas sofa.Baru pukul 12.Ikhwan tak balik lagi punya.Ikhwan masih dalam proses ke sekolah baru.Sekarang dia pergi sekolah lama lagi.Datuk Fairuz balik malam ni.Datin Hani pergi mana erk?Adam pun sama,pergi mana?
“Argh!Bosan.”
“Ar.. Dah balik?”
Suara itu mengejutkan Adelia.
“Bibik.Terkejut Ed jer.”
“Tuan Adam pesan supaya Tuan Ed jangan keluar sebelum Tuan Adam pulang.”
“Terima kasih ye bibik.”Adelia mengeluh.
ADAM bimbang.Macammana ni?Jon kata dia bagi masa seminggu lagi.Gila ker budak tu.Haish!Macammana ni?.rungutnya.
“Wei Adam,Bimbang semacam jer.Ada apa?”tanya Zariff.
“Korang semua ni tahu tak yang Jon nak lawan dengan kita lagi seminggu.”
“Ha?”Bob,Zariff,Dani dan Haikal hairan.
“Tak tahu pun?”kata Bob.
“Patutlah steady tahap gaban.”kata Adam sambil memeluk tubuh.
“Relaks dulu Adam.”kata Haikal untuk menenangkan Adam.
“Banyak la kau punya relaks.Aku ni yang jadi mangsa pertaruhan.Kalau aku kalah kena jadi kekasih adik Jon tu.Hey,beza aku dengan minah tu macam langit dengan bumi tau tak.”
“Ed kan ada.”Dani mula bersuara.
“Yer la.Tapi,sekarang dia mungkin jarang berlatih.Dia sekarang dah kerja dengan mama aku.”Adam kelihatan bimbang.
“Tak per.Kita lawan je habis habisan.”
“WOi Adam!Penat aku tunggu kau.Kau pergi mana?”sergah Adelia di depan pintu rumah.
“Aku keluar kejap.Jom berlatih.”
“Berlatih?Aku penat la bro.Baru habis kerja.”
“Takder masa dah.Kita kena menang dalam game tu nanti!”tegas suara Adam.
“Game per?”Adelia kehairanan.
Alamak!Terlajak cakap pulak.Habis aku.Kantoi per nanti.
“Woi,game per?”Adelia mengulang pertanyaan tadi.
“Ala,kau ni.Game dalam komputer la.”
“Amenda pulak dah.Game dalam komputer?”
“Lantaklah.Jom berlatih.”Adam menolak belakang Adelia.
“PENAT tahap gaban.Satu jam berlatih rasanya aku dah macam mandi air terjun.”
“Hem.Aku pergi ambil air dalam peti sejuk.”Adam bangun.
‘Lepas aku jadi geng Adam,lain gila layanan yang aku dapat.Berbeza benor dengan layanan sebelum aku jadi geng ni.’fikir Adelia dalam hati.
“Nah!”Adelia mengambil cawannya.
“Kenapa kita berdua je yang bersusah payah berlatih.Ahli kumpulan kau yang lain tak berlatih?”
“Berlatih.Cuma dekat tempat lain.”bohong Adam.
SEDAR tak sedar tinggal lagi sehari untuk memulakan pertarungan.Tetapi perlawanan ini terpaksa dirahsiakan oleh Adam.
“Terima kasih Encik.Datang lagi yer.”kata Farha.
“Ed!Cantik la bunga yang kau hias tu.”
“Well.Aku kan memang hebat.”katanya sambil tersenyum.
Ting Ting Ting.
“Op,ada pelanggan lagi.”kata Farha.
Adelia terkejut.Ni mamat sombong yang hari tu beli bunga ni.
‘Tak silap nama dia Ameer Fadlan.’
“Saya nak bunga macam biasa yer.”
Adelia segera berlalu pergi.
Nak balas dendam ke tak.Orang kata ada ubi ada batas,ada hari aku kena confirm balas,monolognya.
Adelia menggaru garu kepalanya. “Takperlah,sebagai insan yang baik,yang tidak berdendam,aku merelakan hati ini untuk melupakan sahaja apa yang telah terjadi.”Katanya untuk menyedapkan hati.
Beberapa minit kemudian,Adelia keluar dengan sejambak bunga yang telah dihias cantik.
Adelia menyerahkan kepada Farha.Farha menyerahkan kepada Ameer.
Ameer membuka cemin mata hitamnya. Ha,terpesona sampai kena bukak cermin mata hitam tu.
“Kau yang buat?”tanya Ameer.
Adelia mengangguk.Terkembang jugak la Adelia ni.Tapi sikit jer.
“Betul ker ni?”tanyanya lagi.
“Betul!”Ameer membayar harga bunga itu kepada Farha.
“Tak percaya la aku.”Ameer blah macam tu jer.
Adelia sakit hati. Mangkuk tingkat punya mamat.Lain kali kalau kau datang confirm aku buat bunga lawat orang sakit.Siap kau!,tekad Adelia.
“Sabar ye Ed.”kata Farha.
“Takper.”
No comments:
Post a Comment