ADRINA naik ke atas motornya yang besar tu.Ramai dah kata motor aku ni besar.Ada yang kata lagaknya macam tikus naik basikal.Besar tu.Huh!Tapi,aku kisah per.Asal aku boleh bawak,aku bawak la.Korang kata macam tu sebab korang tak reti bawak.Blah la.
"Nak pergi mana pagi pagi ni?"Imran menyoal sebelum membuka pintu keretanya.
"Ak..nak keluar.Sarapan.Da!"Adrina melambai tangannya.Baik aku blah,nanti mamat ni tanya soalan macam aku kena tahanan FBI ja.
"Le..awat tak nak makan dekat rumah je?Takut eh?Pergi jer la."Imran memujuk.Ha,nak bagitau ni,dia ni anak kedua dari empat orang adik beradik.Bekerja dekat YF Holding.Sebagai CEO.Yang sulung tu Rafiq,buat business sendiri.Dayana tu pula bukak butik.Last sekali Shakira,baru Form 4.Kalau tengok,semua anak anak dia berjaya la sebab Shakira tu PMR staright's A.
"Ar..saya ada hal sikit.Tu yang nak keluar.Alang alang,breakfast kat luar terus la."Adrina memberi alasan.Tapi betul per aku ada hal sikit cuma tak berapa nak penting pun.
Imran mengangguk perlahan.Walaupun dia memang tahu ibunya itu tak suka dekat Adrina.Hem..
"Okeylah.Assalamualaikum.Bawak motor elok elok.Jangan bagi motor bawak awak plak."Imran sengih.
"Tara hal punya lah.Motor ni lepas kena backhand sekali dengan saya hari tu,ikut perintah saya macam tikus dengar arahan harimau la lagaknya."Imran ketawa.Adrina sengih.Sekali sekala bergurau senda pagi pagi nih kan mengeratkan hubungan.Tapi kalau aku bergurau macam ni dekat Datin Syima tu,mau tak dia yang backhand aku pulak.Ngee!
"Saya pergi dulu ye cik abang oi!Assalamualaikum."Adrina melambai tangannya.Imran sekadar tersenyum mekar.
Vroom,vroom,vroom!Motornya memecut laju.Harap badan je kecik,tapi motor bawak laju!
Alamak,traffic light dah nak merah la.Baik aku pecut.Sempat lagi ni!Vroom!
Gdush!Terpelanting Adrina.Nasib jatuh dekat rumput,tak la wassalam sangat.Aduhai,sakitnya.Dia cuba bangun tapi kakinya dah rasa tergeliat je.
Dia memerhati seorang lelaki yang menghampirinya.
"Sorry cik."Tanpa nada penuh simpati lelaki itu menuturkan.Adrina mencebik.Minta maaf macam beruk!Adrina mengusap usap lengannya yang kotor itu.Luka sikit.
"Ok takper.Best!"Adrina membuat thumbs up di hadapan lelaki itu.Kalau kau tak faham jugak maksud aku memang wassalam betul la.
"Ouh,kalau best nanti saya langgar banyak kali lagi ye."Lelaki itu membuang spek mata hitamnya.
Adrina mengangguk.
"Ouh,tangan cik luka tu.Nak saya buat aper aper ke?"Lelaki itu menyoal tanpa perasaan.Datar je suara.
Adrina menggeleng.
"Kalau nak bagi hilang sakit dekat tangan saya ni,encik kena la makan tangan saya.Tapi dekat sini susah.Terbuka la katakan.Dah la encik.Boleh blah la.Minta maaf macam beruk,perli tak faham.Bodoh betul la!"Adrina berlari lari ke arah motornya.Nasib motornya terpelanting dekat dekat dengannya.Tak la kacau pemandu lain.Lelaki itu pun sebelum datang dekat aku siap parking lagi.Hampeh betul la!
Lelaki itu tersentak.Dia mengetap bibir.
"Kau kata aku bodoh ke?"Suara lelaki itu bergetar amaran.
"Kenapa?Encik salah dengar ke?Saya kata encik bodoh.Bodoh!"Adrina mengangkat motornya.Mujur tak parah!Tapi,tangan aku ni...eeh,biarlah.Sikit je.Letak plaster tamat la.The end!
"Kau tu yang bodoh!Traffic light tu dah nak merah kau pecut jugak.Kang amik kau.Accident.Kan lagi baik mampus terus je.Tak la menyusahkan masyarakat yang lain!Bodoh!"Lelaki itu membidas kembali.
Adrina mencekak pinggang.
"Wey mangkuk.Kau tau tak istilah bagi aku,time traffic light warna oren,kita kena pecut beb!Kalau kau yang skema ni,aku tak tahu la."
"Aku skema!Kau tu yang terlebih matured sangat!"Zafrul mencengkam penumbuknya.
"Dah lah brother!Aku blah dulu.Buang masa,air liur,tenaga je bertekak dengan beruk macam kau!"Adrina naik ke motornya.Dia sempat melambai sebelum memecut.
Bodoh punya minah.Dasar cakap main bedal je.
"ADRINA,you okay?"Wafiah menyoal seraya melihat tangan Adrina berbalut.Adrina menarik kerusi.Kawan nya itu,bekerja sebagai pelayan.Aku rajin datang sini.Berborak borak dengan dia.
"Ish kau ni.Aku sebenarnya tengah koma ni.Yang kau nampak ni mayat hidup tengah berjalan."Adrina menggaru garu kepalanya malas.
Wafiah mengelap meja.Dia mencebik.
"Aku tanya kau baik baik,kau jawab macam beruk.Menaikkan darah aku betul la."Wafiah mengetap bibir menahan geram.
"Yer la.Tadi aku accident."Datar suara Adrina.
Wafiah terkejut.
"La..macammana boleh accident ni?"Wafiah menjulingkan matanya.
"Tak,tadi ada pokok depan tu,aku pun kona la.Akhirnya selamat.Tu la pasal accident."Adrina membenamkan dagunya di atas meja.Dia menjawab malas.
"Tengok tu!Aku tanya dengan sopan santun,kau bidas gaya samseng.Mana boleh gitu."Wafiah mengurut urut dahinya.Rasa pening cakap dengan minah depannya itu.
"Dah nama pun accident cik Wafi oi,kau faham faham sendirilah.Tak kira la aku dengan kereta ke,bas ke,helikopter ke,kereta kebal ke,pokok ke.Dah accident tu kau faham faham sendiri la."Adrina memejamkan matanya.
"Huh!Dahlah.Kau nak makan apa ni.Minum ke?"
"Kasi aku air minyak petrol ya.1 liter!"Adrina membuka matanya sambil tersengih.Wafiah yang mula hilang tahap kesabarannya menarik telinga kanan Adrina.Adrina merengek sedikit.
"Nak cari minyak kau pergi la tempat lain.Dekat sini,minuman manusia je okey.Kalau nak kasi motor kau minum,kau cari tempat lain."
"Ish kau ni.Kesian Bobi aku.Dahlah,aku nak milo ais."
Wafiah mengangguk.
"Makan?"
"Nasi ayam."
Wafiah mengangguk lagi sambil mencatit.
"Tapi nasi ayam tu kau belanja la."Adrina sengih.
"Mangai punya kawan.Mana boleh.Kosong la duit aku.Kau nak makan,kau bayar."Wafiah menjulingkan matanya ke arah Adrina.
"Kawan pun berkira.Ceh!"
"Kau nak makan ke tak ni?Wafiah menyoal sekali lagi mendapat kepastian.
"Yerlah.Aku makan."
Wafiah mengangguk sebelum meninggalkan Adrina.
Adrina menggaru garu kepalanya.Sebab mamat tadi aku tak sempat breakfast.Dah la accident,bertekak lagi.Pergi hospital pulak.Berjam jam aku tunggu.Alih alih aku lunch terus.
"PAKCIK,dah okey?"Sapa Doktor Zairiel mesra.
Pakcik itu tersenyum.Dia mengangguk.
"Meh saya check sekali lagi.Rasanya dah nak stabil ni.Insya Allah,dalam masa terdekat ni,pakcik dah boleh keluar."Doktor Zairiel menghadiahkan senyuman manis.
"Baguslah.Pakcik dah lama rindu dekat anak anak pakcik."
"Kau tengok tu.Hensemnya.Dah la hensem,baik,mesra pulak tu."Kata Dania gedik.
Doktor Hanim tersenyum sinis.
"Kau dah cantik ada chance la nak ngorat dia."Doktor Hayati menolak bahu Doktor Hanim.
"Proses la.Kita kena buat pelan pelan.Tu la,I will get him no matter what."Doktor Hanim tersenyum bangga.
Siapa tak kenal Doktor Hanim.Dialah doktor yang paling cantik dekat hospital itu.Dan Doktor Zairiel pula adalah doktor yang paling kacak.Kakitangan yang lain selalu memadankan mereka berdua.Namun,Doktor Zairiel langsung tidak mempedulikannnya.Dia tidak rasa langsung untuk mencintai gadis itu walaupun gadis itu selalu mendekatinya.
"Zairiel,jom lunch.Time lunch ni."Pelawa Doktor Khairil.Doktor Khairil ialah kawannya dari sekolah rendah lagi.Mereka masih berhubung sehingga sekarang.
Doktor Zairiel mengangguk sambil tersenyum.Doktor Zairiel bukan sahaja kacak,baik,mesra.Dia juga boleh kata alim.Namun,bila ditanya soal kahwin dia hanya menjawab.
"Bila dah datang jodoh tu,aku terima la.Bercinta selepas kahwin kan lebih menarik."
Mereka berdua memasuki kereta Doktor Khairil.
"Kau tak nak kahwin ke?Kau tu bukannya muda sangat."Soal Doktor Khairil.
"Sabar la.Aku ni kalau tua pun masih hensem lagi."Doktor Zairiel sengih.
"Banyak la kau.Tengok macam aku,bulan depan tunang!Yuhu!"
"Tahniah la.Kau doakan aku cepat jatuh hati dan cepat dapat jodoh ya."
"Yerlah.Semoga sahabat karibku di sebelah ni bertemu cintanya dan cepat kahwin.Amin."
"Amin."
Mereka sudah sampai ke destinasi.Hospital Indah ke Kedai Makan Fiz tidaklah sejauh mana.Perjalanan itu hanya mengambil 5 minit.Itu pun kalau tidak sesak.
Mereka keluar dari kereta.
"Kau masuk dulu,cari tempat.Aku nak ambik handset jap."Doktor Zairiel sengih.Doktor Khairil mengangguk dan masuk ke dalam kedai makan itu.
Selesai mengambil handsetnya,Doktor Zairiel berlari lari anak masuk ke dalam kedai makan.Dia nampak kelibat Doktor Khairil melambaikan tangannya.Doktor Zairiel tersenyum.Dia berlari lari anak menghampiri meja Doktor Khairil.
KPLANG!
Adrina terkejut.Dia bangkit dari tempat duduknya.Cawan pecah!
Doktor Zairiel tersentak.
"Sorry."Hanya itu yang mampu Doktor Zairiel lafazkan.
Adrina tunduk.Mak ai!Hen..hensemnya!Tak sanggup nak marah.Dup dap,dup dap.
Tup,tup,tup.Doktor Zairiel memandang ke tempat lain.Rasanya wajahnya dah merah menyala.Kenapa rasa lain ni.Apa yang aku rasa ni.Rasanya macam nak meraung.
Aku nak kata apa ni,Adrina berfikir.
a)Wey mamat!Boleh blah la.Kau tengok sekarang.Kau nak gantikan ke?
b)Apa apa jadi.Kau punya salah.Kau ganti.
c)Ok,takperlah.Saya yang salah sebab letak dekat hujung.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment