PUAN HANIM MENCEDOK nasi goreng dihadapannya.Senyap dari tadi.Akhirnya,anak lelakinya bersuara.
"Ibu,betul ke ibu nak hantar mereka semua ni pergi sana bu?"Suara Adam memecah sunyi di ruang makan.Suaminya dan anak perempuannya memandangnya sekilas.
"Ini keputusan ibu."Puan Hanim memakan nasi goreng.Perlahan lahan dia menyuapkan juga nasi itu walaupun fikirannya melayang.
Adam menggeleng."Kem tu bahaya ibu.Ibu dah minta kebenaran ibu bapa mereka?"Adam masih diamuk resah.Takut pula ibunya kena saman.
"Adam.Ibu memang tak minta kebenaran,tapi ibu mereka sendiri yang datang menyuruh agar bawa anak anak mereka pergi sana."Puan Hanim meletakkan sudu ke tepi.Dia sudah tidak lalu untuk makan.
"Kan kem tu bahaya.Sampai ada yang patah riuk."Encik Zamri menyampuk perbualan isterinya dan anak lelakinya itu.
"Ibu pernah cerita kan dekat Fifi yang waktu ibu pergi kem tu,boleh kata 58 peratus yang pergi sana patah kaki la,tangan la.Kan?"Kini,anak perempuannya pula menyampuk.
Puan Hanim menunduk.Susah untuk diterangkan.Kem di Europe.Bukan calang calang kem.Puan Hanim sekadar menggeleng.
Biarlah,nanti keluarganya akan tahu juga keputusan yang dia buat ini adalah benar!
NUR TERKELU apabila membuka surat yang baru dihantar posmen tadi.Gi-la!Kem dekat Eropah!Dia menggaru garu kepalanya yang tidak gatal.Ni mimpi ke realiti ni?Dia berlari lari pergi ke arah ibunya.
"Ibu,Nur tengah mimpi ke?"Soalan bendul Nur tu dibalas dengan ketawa kecil dari ibunya.
"Taklah!Kau tu mayat hidup tengah berjalan jalan."Sampuk abangnya,Wan.Ibunya dan Wan sama sama gelak.
Nur mencebik.Sibuk betul abang aku tu.
"Ibu,Nur dapat pergi kem di Eropah.Betul ker ni?"Ibunya,Puan Fira hanya tersenyum.Dia tahu lebih awal dari anaknya itu.
Wan yang sedang meminum air teh akhirnya tersembul."Weyh!Eropah?Gila ke hapa!"Abangnya terkejut badak.
Nur hanya tersengih.Jeles la tu!
Puan Fira mengusap usap kepala anaknya.Takperlah anakku.
"Ibu benarkan.Sebab ibu pun pernah pergi kem tu.Tapi dekat Vietnam la.Kem yang penuh marabahaya.Meh ikut ibu.Ibu nak cerita pengalaman ibu pergi kem tu.Bukan senang nak pergi.Bukan calang calang orang yang bakal dipilih."
"Kenapa Nur boleh terpilih bu?"
Puan Fira tersenyum."Meh la sini ibu ceritakan."
"Bukan senang nak dapat tawaran macam ni.Aktiviti mereka,memang very challenging."Puan Fira siap buat thumbs up.
"Tak sah kalau lepas balik ada luka luka.Boleh kata badan kita ni hampir separuh ada luka.Trust me."
Nur sekadar mengangguk.Very chellenging ni la yang aku nak cuba.Nur tersengih.Alang alang boleh shopping!
LIDAH ZIKIR MACAM KENA POTONG.Tak boleh bercakap.Eropah!Yeye!Zikir meloncat kegembiraan.Akhirnya!Gaya dah macam menang piala jer.Han yang sedang peluk tubuh tercengang tengok abang dia.Dah macam dapat hidayah je aku tengok abang aku sorang ni.Han menghampiri abangnya itu.
Dia menyentap sampul surat yang dipegang oleh abangnya itu.Heh?Eropah?Tapi..ni nama aku,pehal abang aku yang terloncat loncat ni.
"Wow!Aku pergi Eropah kut."Han bersuara perlahan.Mungkin abangnya silap tengok.
"Ha?Kau perasan per?Aku yang pergi la."Zikir buat muka blur.
Han menunjukkan namanya."Kau nak pinjam spek aku?Nah!"Han mencabut speknya dan diletakkan di depan Zikir.
Zikir menjulingkan matanya memandang surat itu.Han tersengih.Lawak la plak!
"Jangan jeles dewh!"Han membawa sampul surat itu kedapur.Dia menunjukkan kepada ibunya,Puan Zita.
Puan Zita hanya senyum mekar.Dia tahu lebih awal.
"Han nak pergi?"Soal ibunya yang sedang menggoreng ikan.
Han sekadar mengangguk lemah.Dibelek sampul surat itu.Dibuka dan diambil surat.Dibaca penuh teliti.
"Han takder pengalaman le."Han menarik kerusi dan duduk.
"Takper,nanti lepas ibu habis masak,ibu citer.Sebab ibu pernah pergi Vietnam buat kem tu.Best tapi kena tahan la.Sebab sangat mencabar.Redah hutan,tasik,sungai dan macam macam lagi.Sampai ada uji keberanian terjun bangunan setinggi 20 tingkat.Tapi ada alat keselamatan la."
"Wow!Best tu!"
Hatinya berdebar debar tidak sabar untuk pergi ke sana bulan depan!
TERBELIAK MATA AM`NA.Is this a joke?Dia bertanya sendirian.Namun,5 minit selepas itu,dia mengukir senyuman mekar.
"Berangan apa anak mama ni."Sergahan Puan Laila mengejutkannya.
"Mama!Am`na dapat pergi Eropah.Bestnyer!"Dia tersengih.
Puan Laila menepuk paha anaknya."Best tu memang la best tapi kena kuat.Don`t give up kalau dah pergi sana nanti."Puan Laila memberi pesanan.
"Mama pernah pergi?"
Puan Laila mengangguk.
"Mama pergi Vietnam.Sangat mencabar.Kalau sehari tu,boleh habis 4 liter air.Maybe bagi Am`na itu normal.Tapi,jangan fikir ni kem suka suka jer,dia mengajar kita macam macam.Kerjasama la.Everything."
Am`na mengangguk kecil.
"Aktiviti apa yang paling mama suka?"
"Cari pacat.Tapi tak tahulah sama ada aktiviti ni ada ke tak lagi sebab macam macam report dapat pasal aktiviti ni.Tapi best!"
Am`na meremang bulu roma.Pacat?Urgh!Aku geli!
"Am`na takut pacat?Tak pun nanti mereka tukar lintah pulak."Puan Laila tergelak kecil.
Argh!Dahsyat tuh!Pacat pun aku geli,ni lintah.Ngee!Se-ram beb!
CI-FAK TERSENTAK dengan surat yang baru diterimanya dari ibu.
"Ibu benarkan Ci-Fak pergi?"Ci-Fak menuturkan perlahan.Takut pulak kalau ibunya tak benarkan.
Puan Ju tersengih.
"Ibu bagi!Tara hal!Memang ibu nak Ci-Fak pergi pun.Aktiviti bukan calang calang punya games."Puan Ju menepuk belakang anaknya itu.
Ci-Fak tersenyum segaris.Dia tak kisah pun.Setakat ni,apa yang dia dapat semua dia terima.Tak pernah tolak.Cuma,yang ni buat dekat luar negara.Macam mimpi plak.
"Waktu ibu pergi dulu dekat Vietnam,ada aktiviti meluncur!Best!Tapi ada syarat la.Pegang dalam kumpulan,buat bulat.Lepas tu,tempat tu sempit.Mesti berlanggar langgar.And,dekat situ,jarang ada yang pandai meluncur.Kalau dalam satu kumpulan tu ada sorang terror meluncur tak sah lagi kumpulan tu menang.Sebab ahli lain ada yang tak reti.Waktu tu,memang la."Puan Ju menggeleng geleng.
"Ibu nak Ci-Fak enjoy but behave yourself.Adab memang kena jaga."
Ci-Fak mengangguk.
"Kalau ibu dulu,ibu enjoy puas puas.Sampai bila ibu balik,penuh luka dekat kaki.Tapi itu tak menghalang ibu untuk bermain sepuas hati.Memang tahap tak ingat!"
Puan Ju terimbau kembali ketika dia masih muda.Indahnya kenangan.
ARE-YEE MELEMPAR SAMPUL SURAT ke meja dapur.Nak buat lawak bukan dekat aku okeyh!Dia mendengus.Ada plak buat lawak aku pergi Eropah.Memang lawak yang tak lawak la!Mesti ada yang nak pekena aku nih.
Dia mengambil sampul surat itu.Diperhati sekali lagi.
"Kenapa ni Are-yee?"Emaknya,Puan Tina bertanya hairan.
"Tu,ada orang nak mengenakan Are-yee mak."Are-yee mencebik.
Puan Tina tergelak kecil.
"Are-yee,ni betul la.Eropah?Tak percaya ke?"Puan Tina tersenyum.Anaknya susah untuk percaya benda yang di luar kemampuan dia.
"Kita bukan boleh percaya benda karut macam ni mak."Are-yee memandang emaknya.
"Tapi yang ni bukan lawak Are-yee.Ni kem di Eropah.Are-yee tak nak ikut?"
Are-yee menggeleng.Dia tak suka kem kem ni.Malas!
"Pergilah Are-yee.Seronok sangat.Mak harap sangat Are-yee pergi."
Are-yee mencebik.Dia memuncungkan mulutnya ala ala tikus mondok.
"Are-yee."
Are-yee tetap menggeleng.
"Please Are-yee."Emaknya merayu separuh mati.
"Kenapa mak?Penting sangat ke kem ni?"
"Bukan senang nak dapt pergi kem ni Are-yee.kalau tolak alamatnya takkan pergi dah."
"Bosan la mak."Are-yee bersandar pada dinding.
"Mak nak bagitau ni.Dekat sana ada aktiviti pecah sana pecah sini.Are-yee mesti suka kan?"
"Betul ker mak?"
Puan Tina menggangguk.
"Baiklah,Are-yee pergi."Are-yee memaksa dirinya berkata juga.Walaupun hatinya benar benar tidak rela.Aku pergi kerana mak.Fine!
NUR MENARIK KERUSI.Puan Hanim,kawan ibu yang suruh datang kafe nih.Dia mencari cari kelibat seseorang.Takder pun.Pelayan tu kata meja ni.Dia mengeluh.Hadoih!
"Awal Nur sampai?"Tersentak Nur dibuatnya.
Ni ke Puan Hanim.Urm..
Nur sekadar tersenyum.
"Kami cari Nur tadi,tak jumpa."Empat orang gadis belakang Puan Hanim tersenyum.
Mereka menarik kerusi masing masing.Muka Nur kelam.Tak faham.Apa motif Puan Hanim nak jumpa aku.
"Sebenarnya,tujuan Puan panggil kamu semua ni sebab nak perkenalkan diri masing masing.Kamu semua dapat kan tawaran kem di Eropah?"
Semua mengangguk blur.
"Jadi,perkenalkan diri.Just name jer."
"Ar.Nurul Shifak Amrina Binti Mohd Nor."Ci-Fak tersipu sipu malu.
"Tengku Hanan Assyakirin binti Tengku Hamid."Han memandang bosan.Kira bagus jugak la aku keluar ni,kang bertekak dengan abang aku tu.
"Nik Nora Amalina Binti Nik Ahmad."Am`na membaca buku selepas memperkenalkan dirinya.
"Nasreen Afrina Binti Tan Sri Shuib."Are-yee memandang sekeliling.
"Syazwanuri Adilla Binti Dato` Shukeri."Nur memerhati Are-yee yang sedang memandangnya.Dia mengangkat kening sebelah.Ada hutang ka sama lu!
"Dan,kamu berlima akan bergerak ke Eropah dalam kumpulan.Puan akan hantar kamu semua ke sana.Yang akan mengawasi kamu semua."
Macam mimpi ngeri jumpa kawan baru yang perangainya aku rasa pelik pelik!
No comments:
Post a Comment