“Korang duduk sini dulu.Aku nak panggil mama aku.”
“Mama,ni kawan Adam,nama dia Ed,Ni adik Ed nama Ikhwan.Mereka sara hidup dua orang je.”
Datin Hani,masih jelita.Umur baru 38. “Kesiannya.”
“Nanti panggil auntie ni mama yer.” Adelia mengangkat kening sebelahnya.Datin Hani hanya senyum dari tadi.
“Adam,bawa mereka pergi masuk bilik.”kata Datin Hani dengan senyuman.Baiknya!
“Come on Ed,Wan!”
Adelia dan Ikhwan mengekori Adam dari belakang. “Ed!Kau nak tidur mana?”
“Ikut kau la.Mana aku tahu.”
“Kau tidur bilik aku jer la.Adik kau kan tahun depan nak PMR.Bagi dia relaks.”
Adelia terkejut.
“Ar…tak payahla.Aku kena jaga adik aku.”Adam hanya mengangguk.
Adelia menghembus nafas lega.
“Ed nak cari kerja tak?”tanya Datin Hani.Datin Hani sudah mengetahui cerita tentang Ed daripada Adam.
Adelia hanya mengangguk. “Ed kerja dengan papa nak tak?”tanya Datin Hani lagi.
Adelia masih belum berjumpa dengan papa Adam.Papa Adam selalu pulang malam kerana sibuk.
“Kerja apa mama?”
“Ed boleh pilih.Kerja dengan mama atau papa.”
“Kalau kerja dengan papa kerja apa?”
“Jadi PA papa la.”
“Kalau mama?”
“Kerja kedai bunga.Anak teruna tak berapa minat dalam hal hal ni.”
Adelia diam.Otaknya ligat berfikir. ‘Nak kerja dengan papa Adam ke mama Adam.’otak Adelia ligat berfikir.
Sekarang,dia sudah punya jawapannya. “Nak kerja dengan mama la.”
Datin Hani cukup terkejut. “Betul ke ni?”tanya Datin Hani untuk mendapatkan kepastian.
Adelia hanya membalas dengan anggukan.
DALAM pukul 9 malam,terdengar bunyi kereta memasuki tempat parking.Adelia masih melayani Datin Hani di dapur,belajar cara memasak la katakan.Ikhwan dan Adam ralik menonton televisyen.
“Assalamualaikum.”Datuk Fairuz memberi salam sebelum masuk.Dia memberi briefcasenya kepada pembantu rumah,Surti yang terkocoh kocoh menghampirinya.
Datuk Fairuz melangkah ke ruang tamu.Terkejut melihat Adam bersama seorang budak.
“Adam?Budak mana kamu bawa ni?”
Adam yang tersentak dengan sergahan papanya segera mengalihkan mukanya ke belakang. “Ni”tunjuk Adam kearah Ikhwan “anak yang papa dengan mama kena bantu.”
Datuk Fairuz hanya tersenyum. Dia mengambil langkah untuk duduk di atas sofa. “Jumpa dekat mana?”
“Ni sebenarnya adik kawan Adam.Adam ambik dia ni dekat rumah kawan Adam la.”
“Kawan Adam dekat mana?”
“Dekat dapur dengan mama.”
“Takperlah,bermain dengan budak kecik ni dulu.”
‘Kecik?Umur aku dah 14 tahun da…’kata Ikhwan tetapi sekadar di dalam hati.
PAGI itu,Adelia menolong Surti menyediakan sarapan.Datin Hani yang baru turun dari tangga dengan berpakaian lengkap pergi ke dapur. “Ed?Tak nak bersiap ke?”
“Bersiap?Untuk apa?”Adelia nampaknya terkejut.
“Tolong mama jaga kedai bunga la.”
“Hari ni?!”Adelia membulatkan matanya.
“Yer la.Takkan tahun depan kot.”
“Saya pergi bersiap dulu,mama!”Adelia terkocoh kocoh lari.
Dalam tangga yang ke dua,dia dihalang dengan kehadiran tubuh yang sasa.Adelia mendongak. “Kamu kawan Adam?”tanyanya kepada Adelia.
“Ar…ar…papa Adam?”Adelia menanya semula.
“Terima kasih sebab masih mengizinkan saya duduk dekat rumah ni.”
Datuk Fairuz hanya tersenyum.
“Tak naik lagi?”pertanyaan Datin Hani mengejutkan aku.
“Saya naik dulu Datuk!”Adelia belum mempunyai keberanian untuk memanggil Datuk Fairuz ini dengan panggilan papa.
Adelia membuka pintu biliknya.Kelihatan Ikhwan masih tidur nyeyak.Mangkuk tingkat punya adik,dalam tidur pun kau nak posing.Posing lebih lebih pulak tu.Kau pikir kau tu model.
“Wan,bangun Wan.Kau nak pergi sekolah pukul berapa kalau kau masih tidur lagi.Bangun!”
Ikhwan masih lagi belum bangun.Malah,siap tukar gaya posing lagi.
“Wan,kebakaran Wan.Cepatla bangun!”Adelia berpura pura kalut.
Takder respon pulak.Adelia menggaru garu kepalanya. Hem…
“Wan.Aku dah jumpa diari kau.Amboi,cantik bahasa yang kau guna.”Adelia menggunakan suara yang sinis.Ikhwan serta merta bangun.
“Hahaha.Kau kena kelentong.”Adelia ketawa.
“Aper la kak ni.”
“Kau nak kena penumbuk ker.Aku kata panggil abang.”
Ikhwan hanya tersengih.
“NI la kedai mama.Cantik kan?”Adelia mengangguk sambil tersenyum.
Adelia masuk. ‘Besarnya kedai bunga pun.’
“Okey semua staf,ni pekerja baru kita.Nama dia …”Datin Hani tercengang.Tidak pernah dia ketahui nama penuh Ed ni.”
“Urm…panggil dia Ed.Saya pergi dulu.”Datin Hani menghadiahkan senyuman kepada Adelia. “Buat kerja elok elok.Nanti ada pekerja mama tolong beritahu tugas Ed yer.”
Adelia mengangguk. Datin Hani pula sudah berlalu pergi.
Adelia melihat keadaan sekeliling. Hem…saper pekerja mama yerk?
“Ed?”suara seorang pemuda mengejutkan dia.Garau pulak tu.
“Urm.Saya Ed.Ni pembantu mama ker?”
“Mama?”dia nampak hairan.
Kemudian lelaki itu mengangguk tanda faham.Apa kena laki ni.Kejap hairan kejap faham.
Kemudian lelaki itu menguntumkan senyuman. “Nama saya Ryan Iskandar.Panggil Ryan jer.”
Adelia membalas senyuman itu.
“Sebenarnya saya dulu anak angkat mama juga.Sekarang dah jumpa mak dengan ayah saya.Sekarang baru saya faham,awak ni mungkin anak angkat mama juga kan?”
Adelia hanya membalas dengan anggukan.Mungkin ini lelaki yang dimaksudkan Adam.
“Meh sini.Saya nak tunjukkan kerja awak.”
Adelia hanya mengekori dari belakang.Pekerja yang lain masih sibuk dengan kerja masing masing.
“Untuk permulaan,kerja awak simple jer.Awak tolong decorate bunga yang pelanggan nak beli.Boleh?”
“Ar…mudah je tu.”
Ryan Iskandar hanya tersenyum. Hai,tak lekang laki ni dengan senyuman.
“Do your work.”
“APA ni?Tak cantik langsung.Bunga ni saya nak bagi dekat kekasih bukan dekat pusah asuhan kanak kanak.”komen seorang pemuda sambil membuang cermin mata hitamnnya.
“Kejap saya panggil tukang hiasnyer.”kata tukang kira dekat situ.Namanya Farha.
“Ed,datang sini kejap.”Farha memanggil dengan suara yang perlahan.Adelia mendekati Farha.
“Kenapa?”
“Ada pelanggan tengah marah.”
“Marah?”
“Kau ikut aku jer la.”
Adelia mengikut Farha ke tempat pembayaran.
“Bunga ni kau yang hias ker?”tanya lelaki itu.
Adelia mengangguk.
“Tak cantik langsung.Aku nak bagi dekat kekasih bukannya dekat anak yatim.”
Adelia hanya menunduk. Banyak komen tul mamat ni,kang aku bagi penumbuk senyap. Bunga tu aku hias dengan penuh kasih sayang kau boleh kata tak cantik langsung.Banyak cantik muka kau,monolog Adelia.
“Ni,kau tulis aper?Selamat berjaya di dunia dan akhirat.Kau gila ker?Tulis la I Love you ker.Ni tak.Ayat skema la.”
Adelia menelan air liur.Selagi kesabaran masih ada,dia akan bertahan.
“Maaf.”
“Maaf,maaf. Maaf cekodok kau.”
Cekodok?Apsal cekodok juga yang dia cakap,takder makanan lain ker.Favourite aku tu.
“Dah la.Bunga ni aku tak nak beli.”
“Tapi Encik Ameer,bunga ni boleh tukar lain.”pujuk Farha.
“Menyusahkan betul la.Bazir masa aku.Dah la bazir masa,bazir air liur pulak tu.”
“Nanti Ameer.”sergah Ryan Iskandar yang tetiba muncul.
“Ha,baguslah kau datang Ryan.Ni pekerja kau ni,bab hias tak reti langsung.Tukar orang lain ler.”
“Dia baru bekerja,jadi dia tak tahu apa yang pelanggan nak.Aku pun lupa nak tunjuk apa yang pelanggan tetap macam kau nak.Sorry yer.”rayu Ryan.
“Hem la.Kau tolong hiaskan untuk aku.Macam biasa yer.”
Ryan hanya berkata ok dan berlalu pergi.
“Penat tunggu dekat sini.Setengah maut dah tau tak.”
Adelia hanya mengetap bibir.
“Pelanggan tak berkarisma macam kau sebenarnya tak layak kerja dekat tempat bagus macam ni.”sindirnya lagi.
“Ehem…maaflah,encik korek telinga tak pagi tadi?Ar…kan tadi encik Ryan dah kata saya ni pekerja baru so,saya tak tahu apa yang pelanggan nak.Lagipun encik Ryan sendiri lupa nak beritahu saya apa pelanggan tetap macam encik nak.”katanya dengan senyuman tetapi jelas berbaur sindiran.Adelia sudah tidak dapat menahan sabarnya.
Nampaknya Ameer sedang menahan geram.”Kau…!”katanya dengan keras menahan marah.Ingin sekali dia memberi penumbuk kepada lelaki ni.
“Ameer,nah!”Tindakan Ameer dibatalkan dengan kedatangan Ryan.
“Terima kasih.”kata Ameer sambil tersenyum.
“HEM…ni Ameer Fadlan Bin Tan Sri Fadzli.”kata Ryan sambil menunjukkan sekeping gambar berbentuk passport di dalam sebuah buku.
“Dia kalau datang sini mesti beli bunga untuk kekasih dia.”
Adelia hanya mengangguk tanda faham.
“Kekasih dia nama Wanda.Cukup gemarkan bunga ros.”
Ryan menyelak halaman sebelah. “Adam Eidrian Bin Datuk Fairuz.Kenal kan?”
Adelia mengangguk.Tapi,dia tersentak.Bunga untuk saper?
“Untuk saper dia bagi semua ni?”
“Kekasih dia.Nama Diana.”
Adelia mengangguk.
“ADAM!You tipu I.You kata you nak ambik I time I nak balik hari tu.Sampai hati you.”rengek Diana.Datang rumah Adam main sergah je.
Adam menjadi rimas. Dahla dengan perangai mengada mengada Diana,dengan pertarungan kumpulannya dengan Jon lagi.Argh!Tension!
“Kau diam la Diana.Aku tengah pening ni.”Adam menghempapkan diri dia ke atas sofa.
Diana terkejut. Kemudian dia mendekati Adam. “Adam,I` am so sorry.”
No comments:
Post a Comment