Inche Kacak + Puan Chantik

Thursday, 15 December 2011

Panah Asmara Bab 1

Kieys termenung sendirian di bilik.Watikah membunuh dari papanya buat dia tidak boleh tidur.Sesekali dia menengadah langit.Melihat bintang bintang yang berselerakkan.Susah dia hendak buat keputusan.Terimbau kembali kata kata papanya pagi tadi.
     Semua orang sedang menjamu makanan.Tiba tiba Fredo bersuara.
     "Kieys,umur Kieys dah 18 tahun hari ini.Jadi,Kieys dah ada?"Terangkat sebalah kening Kieys apabila Fredo atau papanya mengajukan soalan itu kepadanya.
     Kieys meletakkan garpu dan sudu ke tepi.Dia memandang papanya.Kemudian dia menggeleng.Dia tidak mampu berbohong tentang perkara ini.
     Fredo seperti mengangguk kecil.
     "Kieys jumpa papa lepas habis makan."Yang lain yang sedang makan seperti terkejut.
     Seperti biasa,Kieys pergi berjumpa dengan papanya di tempat raja.
     Kieys berdiri menghadap papanya.
     "Kieys tahu tak,tindakan Kieys adalah melanggar peraturan Fairy."Fredo menuturkan perlahan.
     Kieys sekadar mampu mengangguk.
     "Seperti biasa,papa akan buat pilihan bagi orang yang tidak ada kekasih sewaktu berumur 18 tahun macam Kieys.Sebagai pewaris takhta papa,Kieys sepatutnya perlu ada kerana apabila umur Kieys 20 tahun,Kieys perlu menggantikan tempat papa!Kieys diberi masa dua tahun untuk belajar bersama bakal isteri Kieys menjadi sebagai pemimpin.Bukan senang Kieys!"
     Kieys menelan air liurnya.
     "Kieys diberi dua pilihan.Satunya mungkin baik bagi Kieys dan satu lagi mungkin kurang baik."Fredo berbahasa dengan bahasa buku.
     Kieys memandang sekeliling.Yang lain dilihatnya sedang tunduk.
     "Kieys boleh pilih dan papa nak jawapan itu esok."
     Fredo diam sebentar.Mengambil nafas.
     "Kieys perlu memilih sama ada Kieys dengan Daisy atau..."
     Kieys menelan air liurnya.Dia menanti penuh debar.
     "Atau Kieys turun ke bumi!"
     Semua yang mendengar terkejut.Wajah mamanya sudah bimbang.
     Peluh di dahi dibiarkan.
     "Papa nak jawapannya esok jugak!"Wajah Fredo tegas.
     Kieys mengetap bibir.
     "Apa jadi kalau Kieys pilih untuk turun ke bumi."Kieys bertanya berani.
     Mamanya sudah menangis apabila dia mengajukan soalan itu kepada papanya.
     "Kalau Kieys turun ke bumi,Kieys diberi masa sebulan untuk mencarinya.Kalau Kieys tetap juga tidak menjumpainya,maka Kieys akan tinggal di bumi selama lamanya."Fredo menarik nafas sedalam dalamnya.
     "Dan kuasa Kieys akan ditarik balik.Semuanya dan Kieys akan menjadi manusia biasa."
     Kieys tunduk.Dia buntu.Takkan dia nak pilih Daisy.Tak mahulah!Gedik siot!Mentang mentanglah ayah Daisy tu kawan baik papa,papa boleh buat pilihan macam tu pulak.
     Kieys tersedar dari lamunannya.Dia menggaru garu kepalanya.Apa yang aku perlu pilih ni?Esok papa sudah nak jawapan.
     "Aku hanya akan kehilangan kuasa aku dan menjadi manusia biasa kalau aku tak jumpa cinta sejati dalam masa sebulan.Tapi,aku ni hati keras.Susah nak jatuh cinta.Sebulan tu bukannya masa yang cukup.Dia perlukan lagi masa.Tapi arahan papanya tidak boleh diprotes.
     Malam itu,Kieys berfikir semasak masaknya.

     "MAKA,apa jawapan Kieys?"Fredo menyoal melihatkan semua sudah hadir termasuk Daisy dan keluarga Daisy sendiri.
     Kieys dari tadi memerhati Daisy.Perempuan itu tersengih sengih sahaja sejak masuk ke istana.
     Kieys menelan air liurnya yang terasa susah untuk ditelan.
     "Kieys nak cari cinta di bumi."Lancar dia menuturkan.
     Daisy seperti terkejut.Yang lain juga.
     "Ini tak adil!"Jerit Daisy di khalayak ramai.Semua mata tertancap kepadanya.
     "Daisy!Apa ni?"Puan Imelle menutup mulut anak itu.
     Puan Bella menangis.Kieys itu satu satunya anak dia.Mana mungkin dia hendak melepaskan anaknya itu turun ke bumi.
     "Kieys dah fikir masak masak?"Fredo bertanya sayu.Sedih juga apabila dia akan berpisah dengan anaknya.Tapi yang lebih membimbangkan kalau anaknya itu terpaksa hidup di bumi selama lamanya.
     Kieys tersenyum sambil mengangguk.
     "Rasanya papa tidak perlu mengulang kembali risiko yang kamu akan dapat kalau kamu tidak berjaya mendapatkannya."
     "Tak perlu papa kerana Kieys memang dah fikir masak masak.Kieys bersedia turun ke bumi."Wajah Kieys cukup yakin.
     "Kieys diberi masa untuk bersiap sehingga malam ini.Malam ini,Kieys akan turun ke bumi."Fredo memberi kata putus.Kieys hanya mampu mengangguk.
     Puan Imelle menarik tangan anaknya yang sedang memberontak itu keluar dari istana.
     Mama Kieys menghampiri Kieys dan memeluk Kieys.
     "Kieys tinggal elok elok dekat sana ye."Pelukan Puan Bella semakin erat.
     "Mama,Kieys akan jaga diri Kieys baik baik.Kieys janji.Kieys janji yang Kieys akan balik semula."

     "KIEYS,papa harap Kieys baik baik dekat sana nanti."Fredo menggenggam erat tangan anaknya itu.Satu satunya anak dia.
     "Kieys janji papa.Kieys akan balik semula ke sini dengan bawa seorang gadis."Kieys sengih.
     "Nanti,Kieys akan ditemani oleh seorang penjaga.Nama dia Dolly.Papa dah arahkan dia.Dia akan beritahu segala hal tentang bumi dekat Kieys."Fredo menepuk bahu anaknya.
     Kieys mengangguk.
     "Dan ambillah ni.Gunakan ia bukan nak jadi kasanova tetapi untuk mendapat cinta sejati.Gunalah akalmu Kieys."
     Fredo menyuakan set panah kepada Kieys.Set panah itu berubah tangan.
     "Untuk apa ni papa?"Kieys membelek belek set panah itu.
     "Kalau Kieys panah seseorang dengan anak panah itu,maka wanita itu akan jatuh cinta dengan Kieys."
     Wajah Kieys seperti hairan.
     "Papa,macammana nak cari cinta sejati kalau guna kuasa magik?"
     Fredo hanya tersenyum.
     "Gunalah akalmu Kieys."Hanya itu yang Fredo balas.
     "Papa,sakit tak kalau kena panah ni?"Kieys menyoal lagi.
     Fredo memandang anaknya itu sekilas.
     "Sakitnya dua kali ganda lagi sakit dari panah biasa."
     Kieys tersentak.Mana sanggup dia menyakitkan orang lain.
     "Kieys tak perlu bimbang.Kalau benar dia cintakan Kieys,mesti dia sanggup.Lagipun,ini takkan menyebabkan kematian."Kata Fredo apabila melihatkan anaknya itu mulai risau.
     Kieys mengangguk.
     "Satu lagi,Kieys jangan beritahu identiti Kieys.Dari mana Kieys datang.Kuasa Kieys pun sama."Fredo memberi pesanan terakhir.
     "Tapi kalau dia tahu sendiri?"
     "Sebenarnya,identiti Kieys perlu dirahsiakan sebab takut Kieys tak boleh cari cinta sejati.Kalau perempuan tu tahu yang Kieys ni berketurunan raja,papa takut kalau perempuan tu tak ikhlas mencintai Kieys.Dan Kieys tak boleh naik ke Fairy selama lamanya."
     Kieys memandang papanya.Dia gentar juga.Turun ke bumi orang.
     "Dah Kieys.Kieys kena ready.Papa nak turunkan Kieys ni."
     Fredo memejamkan matanya.Mereka yang hadir menjauhi Kieys.Kieys dikelilingi oleh cahaya berwarna oren.
     Zup!Kieys sudah hilang dari pandangan mata mereka.
     Puan Bella sudah menangis teresak esak.Dia memeluk suaminya yang jelas kelihatan sayu.

     "HEY!Bangunlah!"Suara seorang gadis mengejutkan Kieys.Kieys membuka matanya perlahan lahan.Dia bangun dari pembaringannya.
     Kieys memandang sekeliling.Dia berada di sebuah padang.
     "Kau saper ha?"Kieys menyoal apabila gadis itu dari tadi memandangnya.
     "Aku Dolly.Aku ditugaskan mengawasi kau."
     Kieys mengangguk.
     "Kau manusia ker?"Kieys memandang Dolly.
     Dolly menggeleng.
     "Aku sebenarnya pari pari.Tapi sekarang aku jadi manusia ler.Aku akan jadi pari pari bila masa aku suka la."
     Kieys mengangguk lagi.
     "So,nak start dari mana ni?"Dolly bertanya.
     "Up to you."Kieys mengangkat kedua dua keningnya.
     "First,kau kena cari rumah.Kau ada duit?"Dolly memandang Kieys.
     "Duit tu aper?"Kieys memandang Dolly semula.
     Dolly menepuk dahinya.
     "Meh aku terang dekat kau dari A sampai Z."Dolly menarik tangan Kieys.
     Dolly memusingkan jari telunjuknya.Tiba tiba ada buku di telapak tangan Dolly.
     "Kau baca buku ni sampai habis."Dolly sengih dan menyuakan buku itu kepada Kieys.
     Kieys mengambil buku itu. 'Panduan Hidup di Bumi' .Keningnya terangkat sebelah.
    
     "PADAN muka kau!"Roselle menolak bahu Violet.Violet mencebik.
     "Dasar tak sedar diri.Dahlah miskin,mak ayah takder plak tu!Blah la kalau kau nak main viola tengah tengah ni!Berapa sangat duit kau dapat!"Roselle mencaci Violet.
     Violet hanya tunduk.Dia tidak boleh buat apa apa.Roselle itu anak orang kaya.Sedangkan dia hanya menumpang kasih pakcik dan makcik mana ntah selepas ibu dan ayahnya kemalangan dan meninggal.
     "Roselle,cukup!"Puan Denny menarik tangan Roselle.Anaknya yang seorang ni memang biadap.
     "Makcik minta maaf ya Violet."Puan Denny tunduk.
     "Mama!Malu la minta maaf dekat orang macam ni.Jatuh saham tau tak!"Roselle menengking.Orang ramai yang lalu lalang berbisik bisik.
     Violet mengetap bibir.
     "Saya minta maaf la kalau ada ganggu Cik Roselle.Saya minta diri dulu."Violet mengangkat violanya.
     Menyampah aku!Violet kembali balik kerumahnya.
     "Dah habis kerja?Berapa dapat?"Puan Ferly menerpa di hadapan rumah.
     Violet menelan air liurnya.Duit yang aku dapat sikit je.Ni semua pasal minah berlagak tu.Hampeh!
     Violet mengambil duit dari poketnya.Berapa sangatlah yang dia dapat.Puan Ferly merampas duit itu dari tangan Violet.Wajah Puan Ferly mulai bengis.
     "Abang!Awak tengok ni.Hari ni nampaknya kita tak makan la."Jerit Puan Ferly memanggil suaminya itu.
     Zach menjulingkan matanya seraya melihat hanya sedikit duit yang dipegang Puan Ferly.Puan Ferly berbisik pada telinga Zach dan akhirnya Zach menarik senyum lebar.
     "Kemas barang malam ni."

Ditaip oleh tuan rumah!Follow yuk! :D

No comments:

Post a Comment