Inche Kacak + Puan Chantik

Thursday, 8 December 2011

Laki Gangster Vs Minah Brutal Bab 3

“Ed!Bangun la dari tido kau.Kau kena berlatih!”sergah Adam yang baru datang ke rumah Adelia.
     Adelia menggaru kepalanya. “Ko pehal datang rumah orang pagi pagi buta ni?!”Adelia menanya kehairanan.
     “Pagi kau kata.Sekarang ni 5 jam lagi nak masuk petang dah!Adik kau macam mana?”
     “Dia tak balik sekolah lagi rasanya.”
     “Dia tak breakfast?”
     “Dia dapat RMT.Mak ayah aku mana ada dah.”
     Adam bersimpati.
     Sekarang baru Adelia perasan. “Woi!Yang kau masuk rumah orang suka hati ni kenapa?!”
     Adam hanya tersengih. “Aku hantar makanan.”
     Adelia segera bangkit dan terus ke dapur. ‘Amboi,sedapnya!’katanya dalam hati.
     “Pergi mandi!”
     “Aku dah mandi cuma aku tidur balik je tadi.”
     “Eleh.Busuk macam tu jugak.”
     “Kau teringinkan penumbuk sulung aku ker?”
     “Sorry,sorry.”
     “Aku takder masa nak dengar lagu SUperJunior yang sorry sorry tu.”
     Adam hanya menggaru kepala.Banyak loyar buruk betul la minah ni.
     “Yang kau datang rumah aku ni kenapa?Aku rasa takkan nak hantar makanan jer.Ataupun kau ada hajat dan ataupun kau nak buang hajat.Hehe.”
     Adam hanya mampu tersenyum. “Sebenarnya,kau kena berlatih.”
     “Berlatih?Untuk apa?”
     “Kumpulan aku,semuanya kena kuat kuat.Selalu berlatih.”
     “Berlatih kat mana?”
     “Kat sini cukup!”
     Adelia menggaru garu kepalanya.Berlatih?Malas betul.
     Badan kau aku tengok kurus jer.Tak tegap langsung.Adam mengetuk perut Adelia. “Perut pun kurus.”sambungnya lagi.
     Adelia tercengang.Adelia menolak bahu Adam.
     “Kau nak cari gaduh ke?”
     “Ok jugak.Jom,alang alang boleh berlatih.”
     Mulalah,pertarungan macam Goku lawan Go Han!

     “PENAT!”hanya itu yang mampu Adelia katakan.
     “Kau ni,baru berlatih setengah jam dah penat.Lembik.”
     “Bab lembik lembik jangan masuk.Aku teringat pulak salah sorang geng kau nama per,tak silap nama dia Faris.Kata lembik dekat aku,kang lebam muka.”Adelia ketawa.Mereka berdua sedang duduk di atas tangga luar rumah.
     “Sebenarnya,Faris tu yang lembik.Aku dah outkan dia dari geng ni.”
     “Sebab?”
     “Sebab dia boleh kalah dengan kau.”
     “Aku memang hebat!Op…Wan tak balik lagi ke?Dah lewat dah ni.”tanya Adelia bimbang.

     “WAN!Wan!Wan!”Adelia menjerit jerit memanggil nama Ikhwan.
     Adam hanya mengekori dari belakang.
     “Tolong!”terdengar suara meminta tolong.Suara macam Ikhwan.Adelia segera berlari mendapatkan Ikhwan.
     Ikhwan di kelilingi oleh enam orang pemuda.Semuanya tegap tegap kecuali ada sorang ni ketot nak mampus!
     “Woi!Apa korang buat?!”jerkah Adelia.
     Adam hanya ingin menjadi pemerhati.Ingin dilihat kehebatan Adelia setakat mana.
     Enam orang pemuda itu memandang Adelia yang sedang bercekak pinggang.
     “Bos,ada minah sweet la.”kata seorang botak kepada bosnya yang ketot!
     “Betul la.Sweet!”kata bos mereka yang ketot tu.
     Adelia hanya mendengus.
     Bos mereka yang ketot menghampiri Adelia.
     “Hai,nama aper?Nama abang Saiful panggil Epul je.”bunyinya cukup miang.
     “Wei ketot!Kau fikir aku ada hati ke dengan kau.Tinggi kau setakat pinggang aku jer.Boleh blah la.”
     Epul nampak macam tak berpuas hati. “Yusri!Tangkap dia!”
     Adam yang menyorok di belakang pokok tidak sabar sabar nak tengok perang dunia.
     Adelia bukak langkah.Pang!Kena penampar sekali.Lelaki yang dipanggil Yusri tadi nampak macam kesakitan.Berbisa beb penampar aku.Jangan main main,Adelia berbangga dalam hati.
     Yusri tu menghayunkan penumbuknya,namun segera ditepis dengan tangan yang penuh oleh Adelia.Adelia menumbuk sekuat kuat hati perut si Yusri.Si Yusri nampak macam tengah mengerang kesakitan.Tangan terketar ketar pegang perut.
     “Alamatnya,cirit seminggu la kau Yusri.”Adelia menunjukkan jari telunjuknya kearah Yusri.
     Adam ternganga.Hebat juga dia ni.
     “Amboi,pompuan ni muka ja sweet tapi perangai macam singa betina.”kata Epul dan memang jelas sekali kedengaran di telinga Adelia.Adelia yang dengar terus naik angin.Memang sah tempah kubur!
     “Abang Epul.Boleh ulang sekali apa yang abang Epul cakap tadi.”Adelia bercakap lembut lembut.
     Epul dah meremang bulu romanya. Adelia menghayunkan penumbuk sulungnya.Lebam pipi kau Epul!Padan muka!Gigi rongak habis!
     “Dan lagi satu.Aku lelaki.Bukan perempuan!”Lagi empat orang di belakang melarikan diri.Ikhwan segera berlari memeluk kakaknya.
     Kakaknya menolak Ikhwan sekuat hati.
     “Apasal kau lembik sangat?!”jerkah Adelia.Adam yang hanya dari tadi menjadi pemerhati segera kearah Adelia.
     “Ed.Sabar!”
     “Aku tak der adik yang lembik macam kau!”
     “Maaf.Wan memang tak berguna.Wan hanya tahu menyusahkan ka…abang.”
     Adelia hanya memandang adiknya sekilas.Kemudian anginnya berubah. “Dah,jom balik.Adam bawa makanan sedap.”
     Ikhwan nampaknya takut takut bila melihat muka Adam.
     “Wei Adam.Kau maafkan lah adik aku ni.Tidur tak basah,makan tak lena mandi tak kenyang teringatkan kau.”Adelia loyar buruk.
     Adam hanya ketawa kecil.Kemudian dia mengusap kepala Ikhwan. “Ok.”
     Adam mengongkong Ikhwan.Ikhwan hanya mampu tersenyum.

Ditaip oleh tuan rumah!Follow yuk! :D

No comments:

Post a Comment