"Yani ke ni?"Eliyana menyoal.Doktor Yani mengangguk setelah selesai meneguk air jus orennya.Eliyana Binti Dato` Hamid.Doktor Yani menggeleng.Dia ni memang spoil la.Time aku gemuk dulu,dia ni la orang kuat mengata aku.
Eliyana sengih dan mengambil tempat di sebelah Doktor Yani.Eliyana memandang dari atas sampai bawah.
"Kau dah cantik la."Eliyana memegang tangan Doktor Yani sambil tersenyum mekar.
Terkejut Doktor Yani dengan tindakan Eliyana.Doktor Yani menarik tangannya.Doktor Yani menghadiahkan senyuman plastik.
Doktor Yani terimbau kembali ketika Eliyana memalukannya dengan teruk sekali.
G-Han memegang pinggan yang berisi lauk dengan air minumannya.Dia mencari cari tempat duduk.Ramai la pulak orang.Tadi baru habis merentas desa.Malang sekali,suku perjalanan aku dah tercungap cungap.Hari tu adalah hari akhir persekolahan.Mungkin buat kali terakhir nak merasa masakan makcik kantin.
Dengan ramai orang,G-Han terasa berhimpit himpit.Cawan yang dipegangnya terlepas.Terkena pulak kasut sekolah seseorang.Air sirap plak tu.G-Han mengangkat kepala.Eliyana!Budak paling bajet kat sekolah aku!
"Wei G-Han!You look at my shoes!Hah!"Eliyana menolak kepala G-Han.Yang lain mentertawakan.G-Han sekadar tunduk.
"Minta maaf."Tuturnya perlahan.
"Senang kau minta maaf.Kalau kau nak aku maafkan kau,kau kena buat sesuatu."Eliyana memeluk tubuh.Kawan kawannya di belakang sudah berbisik bisik di telinga Eliyana.
"Aku nak kau.."
G-Han menelan air liur.
"Jilat balik kasut aku sampai putih bersih.Okey tak kawan kawan?"Eliyana mengangkat kening sebelah kirinya.Yang lain mengiakan.
"Buatlah GG!GG boleh!"Terdengar sorakan itu.G-Han tunduk.Perlahan.
"Cepatlah sikit."Eliyana sengih.Dia menolak kepala G-Han sehingga tertunduk mencium kasut sekolahnya.
"You are too much Eliyana!"Ikhwan menolak bahu Eliyana.
G-Han tersentakDia mengangkat kepala.
"Kau pehal ha Wan?Aku ada hutang ke dengan kau?"Eliyana menjulingkan matanya.
Ikhwan tidak menjawab.Tetapi dia menarik tangan G-Han meninggalkan kantin.Selepas sudah keluar dari kawasan kantin,G-Han menarik tangannya.
"Kenapa ni?"
"Kau jangan jadi terlalu bodoh G-Han!Kau ada otak,kau ada akal.So,think!"
G-Han menelan air liurnya.
"Okey,aku bukan nak bela kau tapi aku harap,kau jangan tertipu.Dan aku harap,kau takkan kecewa kalau dapat satu kebenaran hari ini."Wajah Ikhwan ada makna.Sungguh berharap.Seperti ingin berkata sesuatu.
"Kau nak beritahu aku sesuatu ke?"G-Han memandang ekor mata Ikhwan.Cuba mentafsir sekali lagi.
Ikhwan memandang lama.Kemudian dia menggeleng.Dan,kali pertama seumur hidupnya nampak Ikhwan senyum sebelum meninggalkannya.
G-Han tunduk.Dan aku belum selesaikan misi aku lagi.
"Kau okey tak Yani?"Eliyana menyoal.Mati sudah lamunan Doktor Yani.Yani senyum.Dia mengangguk.
"Aku okey."
"Apa rahsia kau yani.You are so beautiful."Eliyana senyum mekar lagi.
"Aku takder rahsia pun.Cuma,aku kuruskan badan je."Doktor Yani memandang Eliyana sejenak.
"Aku bertuah sebab aku berpeluang merasa hidup jadi kurus.Dan mungkin aku takder peluang dah untuk dihina."Doktor Yani tidak memandang Eliyana.Eliyana tersentak.Seolah olah kata kata itu tertuju pada dia.
Eliyana mengawal senyumannya.
"Yeah!Well,apabila kita cantik,susah nak cari orang tengah hina kita.Okeylah.Aku nak pergi jumpa geng aku.Jumpa nanti ya."Eliyana melambai tangannya.Doktor Yani mengangguk.
Dia memandang makanannya kosong.Siapa sangka aku akan lupa sewaktu aku masih dimalukan lagi pada hari akhir persekolahan.Yang mana,ketika itu aku nak pergi luahkan perasaan dekat Syed Izzaq dan yang mana juga,aku boleh tahu makna GG yang ditujukan pada aku yang sebenarnya.
"Izzaq,aku..aku nak beritahu kau."G-Han tunduk sambil tersenyum.
"Aper?"Syed Izzaq memusingkan bolanya.Kawan kawan Izzaq dan mentertawakannya.
"Aku suka kau."G-Han mengangkat kepalanya.Sejurus,tertampak bola di wajahnya.G-Han terjatuh dari belakang.
"Wei,aku tak pernah ada hati dengan kau walau sebesar zarah!Kau tahu tak,kau tu gemuk!GG yang dimaksudkan bukan Girl generation,tapi G-Han Gemuk!Blah la pompuan.Kau jangan kacau hidup aku!Dan jangan kau mimpi aku nak masukkan kau dalam jalan cerita hidup aku.Dasar gemuk tak sedar diri!"Tengking Syed Izzaq di depan orang ramai yang lalu lalang.
Terpana G-Han sementara.Dia mula mengalirkan air mata.Kau tak layak hina aku Izzaq!Aku..
G-Han bangun.Dia meninggalkan tempat itu.Malu tak terhingga.
Doktor Yani mengelap air matanya yang menitis.
"Nah."Sapu tangan?Doktor Yani memandang orang di sebelah kanannya.
"Ambillah."Ikhwan menyuakan lagi.
Doktor Yani mengambilnya.Dia mengelap air mata yang sedang deras mengalir.
"Kau teringat balik ke kisah silam kau?"Ikhwan masih tidak memandang Doktor Yani.
Doktor Yani mengangguk perlahan.
"Kan aku dah beritahu kau,jangan kecewa.Kau ingat?"Baru Ikhwan memandang Doktor Yani.Doktor Yani mengangguk sambil mencebik.
Ikhwan ketawa kecil melihat Doktor Yani mencebik.
"Aku okey je la."Doktor Yani senyum segaris.
Ikhwan mengangguk.
"Terima kasih ya."Perlahan Doktor Yani menuturkan tetapi jelas didengar Ikhwan.
"For what?"Terangkat sebelah kening kirinya.
"For this."Doktor Yani mengangkat saputangan itu.
"Dan,selama mana kau protect aku dulu."Doktor Yani tunduk.Malu malu kucing gitu.
Wajah Ikhwan merah menyala.Ngeri betul la.
"YANI!Cepat!Kau sempat online lagi.Orang tengah sakit tu!"Doktor Tina memanggilnya.Terkocoh kocoh Doktor Yani berlari ke arah Doktor Tina.
"Mana?"
"Bilik 18 tu.Doktor Imran ada sekali dalam tu."Doktor Tina menunjuk dengan jari telunjuknya.
Doktor Yani mengangguk.
Doktor Yani berlari lari.Ginilah nak jadi doktor.Kena cepat.
Dia menolak daun pintu.
"Doktor?Macammana kekasih?"Doktor Yani bertanya tercungap cungap.
"Kekasih?"Terangkat kening kanan Doktor Imran.
Doktor Yani menutup mulutnya dengan tangan kanan.
"Sorry.Silap.Pesakit?"
"Ouh,stabil sikit."Doktor Imran tersengih.Doktor muda dan kacak ni memang meruntun naluri seorang wanita.Ngee!
"Meh saya nak check."
Doktor Imran mengundur sedikit ke belakang supaya Doktor Yani boleh check sekali lagi keadaan pesakit itu.
Melihat dari segi pemakaian,nampak macam pesakit ni Dato`.Takpun Tan Sri.
"Encik rasa okey dah ke?"Doktor Yani bertanya sambil tersenyum manis.
Pesakit itu mengangguk.
"Jantung saya rasa sakit tadi.Ingatkan dah nak mati."Pesakit itu menengadah siling.
"Allah masih izinkan encik untuk hidup lagi.Maka,bersyukurlah."
Pesakit itu seperti tersentak.
"Kenapa encik?Sakit plak ke?"Doktor Yani bertanya bimbang.Doktor Imran pula ketawa dibelakang.
"Taklah,saya cuma terkejut."Doktor Yani mengangguk.
"Baru saya dengar balik nama pencipta kita."Pesakit itu seperti mengeluh.
Apabila bangun tidur, tanya kepada diri sendiri: "Kenapa ALLAH masih hidupkan aku pada hari ini?
Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali: "Kerana dosaku terlalu banyak. ALLAH masih izinkan (beri masa) aku untuk bertaubat.
Ye :D
Cun2..aq suka akhir dia..full support from aq,x tau nak bagi apa dah..he2
ReplyDeletemasheh :D
ReplyDelete